17 December 2010

Kesian Kak Hawa.

Salam Ceria pepagi ni.

Hari ni aku nak bawa cerita tentang Kak Hawa. Kak Hawa ni kerja di sebagai pekerja am swasta di tempat aku bekerja. Kerja dia, sapu-sapu, bersih sana bersih sini, clear sana , clear sini. Datang kerja,  pagi -pagi dah sampai. Belum pukul 8 dah ada. Balik pukul 3.30 ptg macam tu lah. Tapi kerja dia aku tabik lah.Tak semua org boleh buat macam dia. Dia kerja betul. Fahamkan maksud saya. Erti kata lain tak ada istilah curi tulang. Alih2 sekarang ni dah berhenti kerja. Dia kerja pun , utk belanja anak sekolah saja.


Tup-tup , masa aku pergi sekolah (ada kelas tambahan dalam Th 6 dalam cuti) bertugas dapat berita kak Hawa dah tak kerja. Kesnya, ada laporan mengatakan ttg kerja tak betul. Apa yg tak betul?? Masuk bulan ni dah 2 kali kena potong gaji. Tentu dia marah. Potong bukan sikit, dekat-dekat Rm 100. Gaji dia bukannya besar sgt pun tentu dia terasa perit  duit kena potong.

Dah  merajuk hati dah dia . Aku pun pernah rasa macam mana Kak Hawa rasa.Aku tahu perasaan dia. Macam apa yg kita buat tak ada makna. Macam kita tak buat kerja. Habis tu , lantai dah bersih , tingkap tak berabuk, longkang clear, kawasan sekolah ok aja. Siapa yang buat tu semua ???. Mana nak dapat pekerja sebaik dia lagi.

Kesian Kak Hawa.

Sampai jumpa lagi.

2 comments:

  1. dunia ni mcm dgn ragam manusia.simpati gan kk Hawa.meh dtg negeri sembilan.keje gan kita.kita serius.tgh cari org yg rajin cam Kk Hawa ni.lagi2 cari rezeki tuk keluarga.tgh mencari2 pekerja yg betul amanah n ringan tulang ni

    ReplyDelete
  2. Anie: kak Hawa ada suami tentu susah sikit nak berhijrah ke N9.

    ReplyDelete