24 December 2010

Pekan Sehari Sg. Bayor.

Salam ceria di pagi Jumaat.

Wah , tadi aku bershopping  sakan di pekan Sehari Sg. Bayor. Pekan sehari ini dah wujud dari aku kecik lagi. Sedar -sedar dah ada. Di sini lah orang kampung aku membeli belah.  Setiap minggu pada hari Jumaat.Pekan sehari ini bukan saja menjadi tarikan penduduk sekitar tetapi menjangkau pekan-pekan kecil berhampiran.

Dah 3,4  kali pindah tempat tapi around situ jugalah. Pekan ni pjgnya hampir 2 km .Mak aihh, boleh tercabut kaki kalau nak pusing sampai kehujung. Boleh kalah Pasar Serikin kat Sarawak tu. Happening betul. Tambahan kalau nak raya atau musim gaji. Penuh dengan manusia.

keistimewaannya ialah semua barang ada. Dari ikan, sayur, buah-buahan, kuih-muih, pakaian, mainan kanak2 ,kasut, daging lembu , kerbau, dodol, garam , belacan semua ada.  Alamak , pjg lah pulak. Betul . boleh kata semua ada. Harga pun murah.

Tadi aku beli  :
1. Tshirt - 2 helai (saiz xl)
2.Tuala mandi -  4  helai
3. Tracksuit- 2  helai
(semua di atas RM6 satu aja mana nak dapat harga ni tmpt lain. ada ka.? Sebab kualiti baik punya)
4. Sayur
5. Halia
6. Popcorn -2 bungkus
7.Kismis rm 3
8. Kasut  ala2 Crocks untuk si kecik aku (RM7) kat kedai RM 10
9. Putu Buluh - rm 2
10.Sayur













Potato spring pun ada. Tapi aku tak beli.

Kena stop  kat sini kilat & guruh dok berbunyi.

Bye.

No comments:

Post a Comment