22 December 2010

Petua nak buat rumah.

Salam .
Pagi tadi ada orang datang mengoffer untuk sembur ubat anai-anai kat rumah  kami ni. Luar dalam dia nak caj RM 100 aja .Selalu aku dengar samapai ribu-ribu.Sbb ada lebihan ubat yg dia buat tak habis jadi dapatlah murah.  Orang kitalah. Lepas dengar penerangan  aku pun kata ok. Cik abang ikut aja. Rupa-rupanya rumah kami ada suku sakat anai-anai dah berkampung.

Masuk aja dlm rumah, tgk pula syiling dapur dibuat drpd kayu.Wah! ni ada potensi kena anai2 kata dia. Anai -anai ni mesti ada kat rumah kita sikit atau banyak aja. Diam-diam rumah kita reput. Macam resdung la juga.

   Diorang ni kontraktor yg kerja dgn sekolah2 sekitar tempat kami. Rumah kami pulak memang banyak guna kayu  sebagai eksesori. Alang rumah pun pakai kayu. Udahlah mahal  kayu ni , penyebab resdung lah pula.

Anai2 ni berasal dari tanah bukit  yg digunakan untuk tambak  tanah bagi rata . Ini  spesis bahaya. Dia akan makan kayu sampai habis.



Jadi , kalau nak buat rumah kena kurangkan guna kayu.Misalnya, sekarang ni banyak orang guna besi buat alang rumah. Harga  lebih murah dan dpt elak daripada anai2 .



Gambar ikhsan Google.

Ketemu lagi.

No comments:

Post a Comment