Percutian ke Sarawak pada cuti pertengahan tahun dulu melengkapkan jelajah satu Malaysia. Alhamdullah, Sarawak negeri terakhir aku sampai. Maksudnya ,semua negeri aku dah sampai.Tapi ke bandar-bandar utamanyalah sahaja. Kalau ikutkan masih banyak bandar-bandar lain yang aku belum sampai.
Kami sampai dah magrib di Kuching. Elok nak tunggu bag keluar, bas yg akan bawa kami ke Hotel dan sebagainya tentulah mengambil masa. Sebelum ke Hotel kami di bawa untuk makan malam dulu di restoren yang Taukenya dari Penang.Setelah makan-makan kami pun terus ke hotel. Tidur. Pagi esoknya kami akan ke Serikin untuk membeli belah.Seronoknya ke Pasar Minggu Serikin.Orang punya lah ramai , especially dari Semenanjung.Anak aku ada terjumpa dengan kawannya budak seasrama. Kecilnya dunia boleh terjumpa di sana. Di sini semua ada pinggang mangkuk, barangan kaca, ikan kering ,udang kering, dan keluarganyalah semua ada. Tikar Sarawak, baju, kain lace dan segalanya . Bas-bas pelancong berpuluh-puluh buah .Selain kereta yang beratus-ratus buah.
Pandai masyarakat di situ yang mengambil kesempatan dalam bidang ekonomi. Mereka menyediakan tandas di rumah masing - masing mengikut bintang 3,4 dan 5. Yang 5 tu paling klas lah.Bersih dan elok berbanding yang 3 bintang.
Asalnya mengikut pemandu pelancong kami, tempat parking kenderaan itu adalah kebun getah. Dari tidak mendapat hasil dengan getah, tuan punya kebun telah menebang dan dibuka untuk tempat parking pula. Rasanya ia memang berbaloi berdasarkan jumlah bas dan kereta yang ada. Ini adalah aktiviti hari pertama kami di Sarawak.Macam Pasar Minggu di tempat kitalah juga tapi bezanya ramai pelancong dari luar datang beramai-ramai.
Macam mana nak masuk gambar ni ada errorlah pula. Tunggu punya tunggu gambar tak boleh masuk pula. Frust betul. Nantilah lain kali aku masukkan gambar dan cerita hari kedua pula.
26 October 2010
22 October 2010
Duit hilang.
Kehidupan di asrama memang pelbagai dugaan.Ramai kawan-kawan yang datang dari pelbagai lapisan.Tak tahulah , kalau yang kena gayanya boleh diharap kawan tu.Kalau sebaliknya hampas.
Baru sekejap tadi si Alia ,anakku yang sulung menalipon memberitahu duitnya hilang. Duit tu untuk sepanjang dua minggu, tapi dah tak ada. Nasib badan ,ingat nak rilex saja kat rumah, tapi nampak gayanya kenalah pergi jenguk dia di asrama.
Baru sekejap tadi si Alia ,anakku yang sulung menalipon memberitahu duitnya hilang. Duit tu untuk sepanjang dua minggu, tapi dah tak ada. Nasib badan ,ingat nak rilex saja kat rumah, tapi nampak gayanya kenalah pergi jenguk dia di asrama.
12 October 2010
Gambar- gambar .
Bagi aku, sekeping gambar sudah cukup menceritakan segala-galanya.Gambar yang menarik adalah satu bonus kepada tuan rumah blog. Di samping bijak menulis tentu ia dapat menarik banyak pengikut.Perlu ada sedikit unsur humur supaya yang membaca dapat elemen santai ketika berkunjung , kecualilah blog yang memaparkan perkara yang serius.
Aku rajin melawat ke blog orang lain untuk mendapatkan sedikit info, resepi baru ke, or what everlah.Tengok gambar yang menarik dan sebagainya.Sementara melayan mata mengantuk atau masa tak tahu nak buat apa.
Nanti kalau ada masa aku akan masukkan gambar kami jalan-jalan ke Indonesia, Sabah dan Sarawak.
Aku rajin melawat ke blog orang lain untuk mendapatkan sedikit info, resepi baru ke, or what everlah.Tengok gambar yang menarik dan sebagainya.Sementara melayan mata mengantuk atau masa tak tahu nak buat apa.
09 October 2010
Jakarta oh jakarta
Hujung tahun lalu, kami sekeluarga jalan-jalan ke negara jiran kita , ke mana lagi kalau tidak ke Jakarta.Ini trip pertama kami keluar negara tentulah rasa tak sabar menunggu masa untuk terbang.Ya lah , booking tiket berbulan-bulan.Dari Sikecik kami yang dari bertatih dah mula pandai berjalan. Kami tiba malam di sana, dalam perjalanan ke hotel tak banyak yang dapat di lihat kecuali rakyatnya tidur di tepi jalan dan peniaga yang masih membuka kedai mencari untung. Dari pengalaman ke sana, memang negara itu surga membeli belah. Pertukaran wang ringgit -rupiah memberi kelebihan kepada orang Malaysia. Beg dan barangan kulit di Bogor memang cantik dan berbaloi. Telekung di Pasar Baru ,Bandung , aduh cantik sekali.
Suasana di Puncak , dengan cuaca ala-ala Cameran Highland , nyaman sekali. Di pagi hari, airnya sejuk seperti ais dengan kabus di sekeliling hotel.Peniaga yang menjual cenderamata awal-awal lagi sudah menunggu di luar pintu. Mereka tidak segan silu mengejar pelancong untuk berjualan. Boleh dikatakan disemua lokasi peniaga-peniaga ini ada dengan barang dagangan mereka. Bahkan di sepanjang jalan kelihat penjual majalah , peta , surat khabar , minuman dan sebagainya. Mereka hanya menunggu lampu isyarat bertukar merah sahaja lalu menuju mencari pembeli. Pengemis pun sama berebut-rebut menadah tangan meminta simpati.
Safari Indonesia
01 October 2010
Ini si bungsu yang keleteh.Menjadi kesayangan kakak-kakak dan abang-abangnya.Menjadi peneman dikala sunyi dan penghibur dikala duka. Jarak usia yang jauh dengan si abang di atasnya ialah tujuh tahun. Dengan kakak yang sulung empat belas tahun.Dalam keluarga aku ada anak remaja dan ada anak kecik.Tapi bila ada anak yang besar ni bolehlah tolong serba sikit meringan kerja di rumah.
Raya ahri tu kami adik beradik berkonvoi ke rumah atuk di Pasir Putih di Ipoh. Seronok jalan ramai ramai macam ni. Bukannya selalu. Setahun sekali pun susah. Atuk ni sebelah suami saya.Memandangkan anak tunggalnya dah meninggal (ibu mertuaku) kekerapan berjumpa dengannya agak jarang jika dibandingkan semasa adanya aruah dulu. Atuk yang berusia sekitar 80 an masih sihat cara orang tualah. Alhamdullillah. Semoga atuk diberi kesihatan yang baik dan sejahtera hendaknya.
Masalah ...Masalah
Hai dah 2 minggu tak dapat nak connet dengan internet. Mode, habis terbakar gara-gara terkena kilat masa hujan lebat minggu ini. Hati asyik teringat nak melayan FB dan nok berblog. Tapi apakan daya baru hari ni baru boleh layan....
Subscribe to:
Posts (Atom)