06 January 2011

APAM GULA HANGUSSSS

Petang tadi saja menyebukkan diri , buat apam gula hangus. Kudapan petang, merangkap makan pagi esok dan bekalan si kecik ke rumah umminya (pengasuh) bukan mak nombor dua ya. Resepi dapat dari sahabat di sekolah lama , cikgu Zukadariah.
Sebenarnya Zu panggil apam sengget sebab bila masak dia jadi sengget (bila penuh) dalam acuannya.



Ikhsan Google

Walaupun gambar dari google tapi memang saya menggunakan acuan tembikar yang saya warisi dari zaman opah saya lagi. Dah perpuluh tahun. Sedar-sedar acuan tu dah ada. Saya bawa ke rumah sendiri pula . Sayang,  dah jadi barang antik la pula.

Bahan.

2 cawan gula (dihanguskan) + dgn secawan air.(campur air bila gula dan hangus dan kacau hingga larut)
3 cawan tepung gandum
1 st soda bikarbonat
3/4 cawan minyak masak
3 biji telur

Caranya:

1. Pukul telur dengan gula hangus tadi.
2. Masukkan tepung dan soda yang diayak. Kacau hingga sebati.
3. Masukkan minyak. Kacau.
4. Kukus sehingga masak.

Boleh dapat dekat 30 biji. Kukus dalam acuan yang besar sekali gus boleh.

4 comments:

  1. Salam,
    Sedap nampak apam tuh ye. Tak kisah la senget ke tak, asalkan bila ngap tu.. nikmat! :D

    ReplyDelete
  2. wahhh terima kasih kongsi resepi, nak cuba buat esok hehe...

    ReplyDelete
  3. hanis : senang aja nak dapat bahan2nya. Buat pun mudah. Cubalah.

    ReplyDelete
  4. PatinPasta: Tq dtg sini. Cubalah resepi ni.

    ReplyDelete