26 January 2011

Masak Air Betik Muda


Hari tu dah janji nak masukkan resepi masak betik ni. Jadi hari ni nak tunaikan janjilah kiranya. Bukanlah tahap diva pun, tapi ok juga bertukar selera sekali sekala. Resepi ni tak ada kolestrol, tak berminyak & berlemak.

Cari betik yang dekat-dekat nak masak  supaya isi tak lecur bila masak.

Kupas betik  dan potong kecil. Masukkan ke dalam periuk bersama air . Rebus dengan cili kecil -ikut suka nak pedas banyakkan bilangannya (lebih khaw), bawang besar potong panjang, garam, udang kering (tak letak pun tak apa ,secubit belacan -larutkan. Rebus sampai mendidih. Siap hidangkan  dan makan dengan nasi.

2 comments:

  1. Salam, ni kira gulai leh ni...sayur manis! Sedap tu cicah sambal limo!

    ReplyDelete
  2. Lebih kurang sayur manislah tapi podas.

    ReplyDelete