07 February 2011

Kebun Mak Tok.

Hai dah lebih seminggu mak tok menghilangkan diri. Menziarah kaum keluarganya dan merangkap makan kenduri sekali di KL. Mak tak rindu ke pokok dan sayur belakang rumah ni? Tapi pokok -pokok dan sayur ni pulak yang rindukan tuannya. Yalah, sekarang ni musim panas. Selalu mak tok yang rajin siram dan belai tanamannya tu.

Ada serba sikit yang ditanam . Bolehlah lepas duit ke pasar. Cili kecil belakang rumah ni ,dah lama  tak  beli. Tak habislah  pulak . Dapat bagi kat jiran tetangga. Sesak-sesak nak buat nasi goreng  ke apa -apa , petik aje. Siap nasi goreng.




Selain pokok cili ada lagi tanaman lain yang ditanam . Ada bendi, kangkung, betik , rosselle, daun kesum, pandan ,dan serai . Musim rosselle berbuah ranum, paling jauh kat Bentong buah tu sampai .Rumah adik ipar. Sedap buat sirap rosselle. Banyak khasiat pula tu.

                                                



Asalnya pokok betik ni satu pun  tak ada  kat rumah kami. Sebab selalu sangat beli betik  , Mak tok ni pun taman betik dari biji  dari buah yang dibeli tulah. Sekarang tak yah beli dah.



                    Kangkung ni bolehlah buat sayur kalau bekalan dalam peti sejuk dah kepupusan.

4 comments:

  1. Salam Nieda, mmg best dok rumah yg ada tanah. Tanam kangkung paling mudah, campak batang, 2-3 minggu dah buleh petik. Pucuk dan bunga betik cukup sedap buat ulam. Bape umor Mak Tok?

    ReplyDelete
  2. as salam nieda..seronoknya akak tengok pokok betik yang berderat tu..dirumah baru tanam jugak.ada 3 pokok..
    senang nieda..kot nak masak gulai betik kan..tinggal petik je..

    ReplyDelete
  3. kak halima: mak tok mak saya. Umurnya thn ni masuk 61 th.Dia yg rajin menanam keliling rmh.

    ReplyDelete
  4. KAk Erna: ada tanaman serba sikit belakang rmh , senang kalau nak guna on the spot.Tinggal p kutip aja.

    ReplyDelete