20 March 2011

PAHIT ITU ADA MANISNYA.

Jangan jemu ya , tak habis lagi cerita bercuti ke Penang tempohari. Sebenarnya , perkahwinan sepupu dan suaminya sekarang adalah perkahwinan kali kedua. Pengantin lelaki kematian isteri akibat barah dan sepupu saya pula kerana bercerai sejak 15 tahun dulu. Masing-masing ada anak .5 orang sebelah lelaki dan seorang anak perempuan yang dah 14 tahun bagi sepupu saya. Jadi sekarang menjadi 6 orang.

Pada mulanya memang menjadi masalah bagi si anak remaja itu nak melepaskan ibunya berkahwin baru. Sehingga ke hari nak di akad nikah pun masih bermuram durja . Sehingga tak makan seharian asyik berkurung di dalam bilik sahaja. Masakan tidak selama ini hidupnya hanya berdua dengan ibu dan sekarang kena berkongsi kasih dengan orang lain. Tapi setelah dipujuk akhirnya si anak lembut hati dan menerima kehadiran bapa baru .

                                                          Baru pulang dari makan kenduri .

Semoga perkahwinan ini berkekalan sehingga ke hujung nyawa. Selamat pengantin baru untuk  Hafidah dan Abdul Razak.

No comments:

Post a Comment