13 April 2011

BILA CIKGU RAJIN DAH SILAP KIRA..

Jadi guru kelas tahun satu ni memang kena rajin dan pantas. Kalau tak  macam mana nak siapkan fail KSSR untuk kelasnya. Kalau murid sikit tak pa lah. Kalau 30-40  orang macam mana?  Sistem KSSR tahun ni kena siapkan fail untuk setiap murid .  Kalau 20 orang murid maka jawabnya 20 buah fail lah. Fail ini pula akan dibawa sehingga murid ini tamat Tahun 6.

Isi kandungan perlu ialah semua mata pelajaran yang diajar di dazlam kelas termasuk Muzik , Seni dan PJK.Kalau subjek teras apa lagi mesti mantap beb.

Nak jadi cerita ,cikgu  Tahun 1 tu  kena siapkan fail2 yang banyak tu. Fail ring weh!! Tebal 4 inci lagi.  Boss dah belikan kertas pembalut yang kiut-miut. Nak kena balut cantik2 sebab nak pakai sampai 6 tahun. Balutlah cikgu ni dgn bersemangat sekali. Sehari dah siap .Tapi ada 5 buah fail lagi tak cukup kertas bunga2 tu. Maka cikgu ni pun bergegas memberitahu Boss yg kertas tak cukup. Boss cakap ,'' Saya dah beli cukup2 dah pasal apa cukup pula ?". Heran bin ajaib.

Cikgu ni pun balik semula mengira kut2 dia tersilap ke apa. Betul lah 5 lagi tak cukup  pembalut. Nasib baik  kakak pekerja pejabat datang .Memanglah yang 5 buah lagi tu utk kegunaan pejabat memang dibeli lebih pun, bukan utk KSSR Tahun 1.

Baru cikgu Tahun 1 faham. Gamaknya kalau kertas bunga tu ada lagi mesti fail tu dah kena balut juga.

No comments:

Post a Comment