15 April 2011

Cempaka Biru.





Ada ke bunga cempaka berwarna biru? Selalu nampak  warna putih, merah dan   kuning air aja. Biru ? Biar betul! Itulah nama yang dipilih untuk blog tercintaku ini.
Kenapa pilih nama ni. Sebenarnya Cempaka Biru , diambil dari nama email aku. Senang tak payah dok reka nama lain , automatik je bagi nama tu.
Tapi tak sangka juga , rupa2nya ada lagi blog yang bernama Cempaka Biru disini .Selain tu memang ada blog sama nama  dah singgah blog ini. Spellingnya - Chempaka Aziz  (pakai nama sebenar). Terima kasih kepada dua orang sahabatku ini yang dah follow blog Cempaka Biru. Dah pun jadi  follower mereka.

Tertarik juga novel dari AINA EMIR -BUNGA-BUNGA KEMBOJA. Memang syok novel ni.Kemboja dan cempaka kan bunga sama. Novel terbitan Karnadya. Siapa nak tahu boleh klik disini. Novel darinya akan membawa kita mengembara ke merata dunia sambil asyik dengan cerita yang syahdu. Macam cerita ni, penulis membawa kita ke Cambodia. Bahasa yang mudah dan plot2 menarik menjadikan novelnya lain dari yang lain.
Dah buat promosi pulak. Sebenarnya terkenang En. suami yg ke Cambodia sbb tu hari ni entry nya saling berkait.

Bunga-Bunga Kemboja
* Hari ni En Suami dah terbang Ke Cambodia 7.oo pg  tadi dan selamat mendarat di sana pada pukul 9.15 pg waktu tempatan. Semoga  pergi dan kembali dengan selamat hendaknya.


5 comments:

  1. hihi...chempaka jumpa cempaka ye.biarpun ejaan berbeza bunyi tetap hampir sama.seronok dpt bknlan sesama kita.

    ReplyDelete
  2. Ya, semoga persahabatan berkekalan.

    ReplyDelete
  3. hai...cik cempaka pun nak join group cempaka gak..hihi ^^

    ReplyDelete
  4. salam kak..saya pi Cambodia bulan 12 tahun lepas tapi still tak buat entri lagi.huhu

    ReplyDelete
  5. Suka nama Cempaka biru ni..sounds classic and calm :)

    ReplyDelete