Foto semasa majlis makan beradab di sebuah hotel terkemuka di Taman Abad, Johor Bahru bermula jam 8.30 malam tadikat sini..
"Saya bersyukur dan terima kasih kepada keluarga sebelah isteri saya, bagi pihak pak sheikh, dah boleh panggil bapak ya kerana sudi menerima.saya sebagai menahantu (lafaz Salih berlawak ketika berucap di majlis makan adab)."
Honeymoon kat China bawa semua sekali. Ko ado.
Kredit pada Hazrey.com. KLIK KAT SINI.
30 May 2011
SALEH YAAKUB DAH NIKAH!
Masa jalan-jalan tadi terjumpa cerita nikah SY ni kat sini. Siapa nak tahu dengan lebih lanjut boleh klik kat situ ya.Kredit gambar untuk Hazrey.com.
Apa-apa pun tahniah dan selamat pengantin baru.
29 May 2011
Terlupa pasword
Kes naya , terlupa pasword pula. Semalam anak remajaku Ain baru balik bercuti. Bila ada di rumah nak layan FB pula. Lappyku yg jadi mangsa.
Bila dia guna , dia logout. Jadi bila aku nak masuk FB balik kena taip pasword semula. Selalu bila guna sorang terus klik automatik FB keluar.
Buka 5,6 kali taip perkataan yang familiar tapi tak betul. Aduh , macam mana ni. Mak dah lupa!!
Tetiba masa dok gosok baju tadi , datang balik memori
TAK TAHU PULA?
Semalam di sekolah kami ada program motivasi oleh En Abd Aziz b Jamaludin dari JPN , Ipoh. Majlis penutup bagi Program Matematik dan Sains bagi pelajar Tahun 6 dan 5 yang merangkumi 4 buah sekolah.
Sedap syarahannya , tak mengantuk dan penuh dengan informasi. Dalam gelak ketawa tapi terselit berbagai kata-kata hikmah untuk pelajar dan ibu bapa.
Satu info yang sangat menarik dari beliau ialah satu CD boleh memuatkan aksara sama banyak dengan menggunakan 390 000 helai kertas A4 .
Bersamaan dengan 723 bungkus kertas A4 dengan kapasiti setiap lori seberat 2 tan untuk memuatkan kertas-kertas tersebut.
Betapa dunia ICT dapat membantu memudahkan kehidupan pada hari ini.
Sedap syarahannya , tak mengantuk dan penuh dengan informasi. Dalam gelak ketawa tapi terselit berbagai kata-kata hikmah untuk pelajar dan ibu bapa.
Satu info yang sangat menarik dari beliau ialah satu CD boleh memuatkan aksara sama banyak dengan menggunakan 390 000 helai kertas A4 .
Bersamaan dengan 723 bungkus kertas A4 dengan kapasiti setiap lori seberat 2 tan untuk memuatkan kertas-kertas tersebut.
Betapa dunia ICT dapat membantu memudahkan kehidupan pada hari ini.
MAKANAN BERKHASIAT MENJANA MINDA
Ada beberapa makanan yang perlu di makan untuk menguatkan minda terutama kepada anak-anak yang sedang belajar. Terutama anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan.
Antaranya, yang perlu diambil selalu ialah kismis , kekacang,oat, ikan (sumber protein utama), susu kambing (minuman nabi), kurma, ayam kampung , dan hati (jangan makan banyak).
Kenapa mesti ayam kampung bukan ayam daging? Ayam daging , ayam yang hidup dan membesar dengan ubat yang dicucuk ke badannya. Manakala ayam kampung pula hidup dengan memakan makanan yang dicari sendiri secara semulajadi. Ayam ni lebih kuat semangat. Kalau kena sembelih pun nyawanya liat nak mati. Kadang-kadang masih boleh melompat-lompat lagi walau darah berjejer keluar. Jadi semangat yang kuat inilah supaya dapat diserap ke dalam jiwa pelajar.
28 May 2011
PETUA AWET MUDA.
Zaman muda remaja dulu , rajin belai wajah sendiri. Pantang ada petua kecantikan semua dicubanya. Selalu baca dalam majalh Jelita, Wanita atau Keluarga mak saudara punya. Masa tu umur dalam 14-15 tahun.
Sapu ketul ais ke wajah untuk mengelakkan kedut pun pernah cuba. Sejuk sangat tapi sebab nak lawa buat juga.Siapa pernah cuba sila angkat tangan. Tapi kesan hingga sekarang memang kurang kedut di muka. Kalau tak percaya boleh cuba.
Petua untuk melembapkan muka dengan menggunakan buah-buahan keliling rumah pun pernah buat. Paling mudah guna buah betik. Ambil betik yang dah masak , buang kulit , ramas-ramas buah yang ranum tu dan sapu ke muka . Biar beberapa minit , baru di basuh dengan air bersih.
Kesannya , kulit muka terasa segar dan tegang. Murah pula tu. Betik free belakang rumah.
Petua guna gula pun dah pernah cuba . Sapu gula ke wajah rata-rata. Biar seketika dan basuh dengan air bersih.Petua ni tak boleh bagi tahu kat anak dara aku, kang habis satu balang dia sapu. Gula naik harga. Dasar mak kedukut.
* Baru sapu muka dengan betik . Rasa segar bugar wajahku.
Gambar dari Google.
Hari ni 2 saja. Tak boleh jadi!
Mula dengan hari petang Jumaat sekolah kami menerima tetamu dari 3 buah sekolah lain yang terdiri daripada murid-murid Tahun 5 dan 6 untuk Program Matematik dan Sains. Termasuk fasilitator seramai 31 orang dari SMK Selinsing termasuk 2orang pelajar Politeknik dan UiTM (bekas murid dari SK RTBK).
Oleh itu , tuan punya blog tidak berkesempatan untuk berlama-lama melayan blognya kerana program ini berlangsung selama 2 malam 3 hari. Maka guru-gurunya memulakan cuti di sekolah dulu sebelum terbang jauh.
Pageview pun sejuk saja .Tak ada cerita baru.
Oleh itu , tuan punya blog tidak berkesempatan untuk berlama-lama melayan blognya kerana program ini berlangsung selama 2 malam 3 hari. Maka guru-gurunya memulakan cuti di sekolah dulu sebelum terbang jauh.
Pageview pun sejuk saja .Tak ada cerita baru.
26 May 2011
APAM LABU TENGAH MALAM
Mula rebus labu dah lepas waktu Isyak malam ni. Alamak dah lewatlah pula . Tapi teringin nak makan apam labu. Sebab buah labu dah banyak hari dalam peti sejuk tu.
Intai blog Yatie semalam tengok resepi kat sini. Yatiekan pakar kukus mengukus. Semua resepi kukus mesti dia ada. Terima kasih pada Yatie yang rajin berkongsi resepi.
Mula -mula tu pening juga bila tengok ada A,b dan C. Tambahan pula ada si kecik Shauqi pun nak buat apam labu sekali. Jenuh dok bersilat dengan dia pula. Akhirnya jadi juga apam labu malam ni.
Resepi boleh tengok kat blog Yatielah. Dah mengantuk ni.
Intai blog Yatie semalam tengok resepi kat sini. Yatiekan pakar kukus mengukus. Semua resepi kukus mesti dia ada. Terima kasih pada Yatie yang rajin berkongsi resepi.
Mula -mula tu pening juga bila tengok ada A,b dan C. Tambahan pula ada si kecik Shauqi pun nak buat apam labu sekali. Jenuh dok bersilat dengan dia pula. Akhirnya jadi juga apam labu malam ni.
Resepi boleh tengok kat blog Yatielah. Dah mengantuk ni.
JENG,JENG ADA TETAMU JAUH NAK DATANG.
Dah 17 tahun lebih saudaraku( dua pupu ) ini tidak datang berkunjung ke rumah kami. Kali terakhir dia datang masa aku nakdiijabkabulkan. Masa tu dia pun masih dara sunti di awal remaja. Sekarang dah ada anak. Semasa dia berkahwin aku pergi meraikan bersama keluarga di KL.
Cuti 1 Mei lalu (ada dlm entry yg lepas) , kenduri Fatin dan Sofian di Bangi pun tak sempat berjumpa. Hanya tengok dari jauh sahaja. Bila dah sudah makan dia pun dah balik.
Kunjung mengunjung antara keluarga perlu untuk mengeratkan silatulrahim. Atas alasan kesibukan hubungan kaum kerabat semakin renggang. Kadang-kala antara sepupu pun dah jauh .Buat hal masing-masing.
Berbanding zaman dulu-dulu, nenek moyang zaman dulu sangat menjaga hubungan kekeluargaan. Sepupu-sepapat pun mesra macam adik beradik kandung.
25 May 2011
BASIKAL ROSAK.
Minggu lepas baru hantar kedai , basikal si adik rosak. Brek basikal mencekam roda sampai tak boleh bergerak. Hantar ke kedai, petang ambil . Untungnya tak payah bayar. Mungkin hanya buka dan pasang balik brek tu kut.
Hari ni , basikal abang pula kena hantar ke kedai. Kedua-dua tayar kempis. Hari tu dah pergi tampal roda tu. Tup-tup esoknya kempis balik. Astaga. Tampal ke tak?
Apek kedai basikal ni dah beroperasi dengan anak bujang dia. Dulu dia kerja sorang-sorang. Servis bagus. Bila sampai ja kedai, si anak tu siap datang kat kereta tolong usung basikal rosal tu keluar. Respek la kat dia.
Hari ni tak tahu nak kena berapa ? Tak ambil lagi basikal kat kedai.
24 May 2011
SEMUT DAH MASUK TELINGA SEMALAM.
Baru sahaja bagi komen kat blog Cik Cempaka SINI pasal semut masuk dalam telinga , tup-tup seekor semut merah dah masuk dalam telingaku malam tadi. Nasib baik tak lama di meronda. Bila terasa ada semut, terus suluh dengan handphone yang memang ada bawah bantal tak lama kemudian nampak dia keluar.Alhamdullilah.
Sebenarnya , dah lama semut tak masuk dalam telinga ni. Padahal zaman remaja dan kanak-kanak dulu kejadian sebegini memang dah jadi wajib bagiku. Kenapa semut ni suka sangat masuk dalam telingaku , kenapa tak masuk dalam telinga orang lain? Agaknya
Bila semut dah masuk ke dalam telinga, setakat ronda-ronda tak jadi masalah . Tapi kalau dah mula mengigit ...aduhai rasa nak tercabut telinga tu. Siap bunyi berdesing semacam dan rasa sakit lagi. Memang satu rumah boleh terjaga dari tidur.
Masa tu siap dapat petua macam -macam. Masukkan hujung kacip besi ke dalam lubang telinga satu daripada petua yang diberi. Memang menjadi. Tahan juga beberapa lama sebelum telinga dimasuki dengan semut. Satu lagi petua , kalau telinga masuk semut suluh dengan lampu suluh atau handphone kita. Sure dia keluar dengan cepat sebab dia nampak jalan keluar. Petua ni paling membantu.
Hai semut , semut. Walaupun kecil tadi penangannya bisa buat kita tumbang.
DISOROK HANTU.
Pak google.
Ingat kan zaman moden, zaman ICT, zaman bukit dan hutan dah rata hantu pun dak tak ada. Rupa-rupanya ada lagi .Kita saja yang tak nampak. Agaknya dok bertengek tepi kita pun tak tahu. Tengah tersengih sebab kisah dia masuk blog.
Kisahnya semalam tapi baru tahu sekejap tadi masa adik telepon pada mak. Anaknya hilang masa balik dari kedai menolong abahnya berniaga. Adik aku ni , buka kedai makan. Jarak kedai rumah tak jauh dari rumah mereka . Dalam satu pagar saja. Masa dia habis kerja dalam pukul 3 pagi, nak balik ke rumah berjalan kaki , masa tu juga dia nampak abah dengan maknya memanggil dari satu arah.
Sedar, sedar si anak tak ada dalam rumah. Jenuh pakat mencari tak berjumpa juga. Satu keluarga tak tidur sampai cerah. Tup-tup pukul 7 pagi tadi , si anak balik sendiri dengan baju penuh lumpur berselut. Mamai lagi. Macam orang bodoh.
Rupa-rupanya dia tidur bawah pokok durian tepi rumah sampai ke pagi. Nasib baik hilang sekejap saja. Kalau berhari-hari tak tahulah nak kata apa. Mesti heboh satu kampung. Mak bapak tak boleh nak buat kerja. Asyik susah hati fikirkan si anak.
Kejadian begini , zaman dulu-dulu selalu berlaku kena sorok dengan hantu. Kita tak boleh menolak hantu dan jin juga makhluk Allah jua. Kita sebagai manusia kena pandai mencari mendinding dengan ayat Kursyi dan sebagainya.
23 May 2011
SK RTBK PONDOK TANJONG
SK RTBK PONDOK TANJUNG
SK RTBK PONDOK TANJUNG
Inilah sekolah tempat aku mengajar. Sekolah kecil yang berada di kawasan luar bandar. Majoriti murid-murid di kalangan anak pekerja ladang dan peneroka kelapa sawit .
Bermula pada hari Jumaat , kami akan mengadakan program UPSR Matematik Sains(Pro Matsa) selama 3 hari 2 malam yang melibatkan 3 buah sekolah . Murid yang terlibat dari Tahun 5 dan 6. Ia melibatkan seramai 103 orang murid yang akan bermalam di sini di bawah selia para guru.
Program memang banyak dirancang terutama setelah Guru Besar YM Raja Zainal Hafiz b Raja Adnan yang baru mengambil alih. Beberapa program telah berjaya direalisasikan seperti Gotong -royang dengan kerjasama PIBG, Perkhemahan Kokurikulum, Mengecat semula kelas-kelas, membangunkan semula surau (kuarters guru yang tidak digunakan Program Ku Petik Bintang, dan mewujudkan Bilik J-Qaf (sehingga bulan Mei ini).
Beberapa perancangan masih disusun atur dan akan dilaksanakan.
Semoga segala perancangan akan berjaya dilaksanakan sebaik mungkin. Kami guru-guru akan memberi sepenuh dedikasi untuk kejayaan anak didik di sekolah ini.
NUR JUN 2011
Tumpang bangga seorang kenalan seasrama masa sekolah menengah dulu interprem dalam Majalah NUR keluaran Jun 2011.
Fairuz lebih muda dari akulah, pangkat adik. Wajah yang comel dari zaman dulu kekal jelita hingga sekarang. Terputus hubungan sehingga terjumpa dalam Facebook. Itulah salah satu kebaikan FB dari sudut positifnya dapat menghubungan silatulrahim antara satu sama lain.
Tak tahu si Fairuz ni keluar dalam segmen apa? Beli beli majalah NUR.
Sapa dah beli meh tolong citer sikit.
22 May 2011
DAPAT BAJU BARU.
Gambar kredit dari google.
Hari ni dapat sedekah pakaian sekolah daripada hamba Allah yang baik hati kepada murid-murid
sekolah ini . Tetapi pakaian bagi murid lelaki sahaja. Majoriti murid -murid lelaki ini mendapat seorang satu. Bolehlah berganti setiap hari.
Murid-murid tidak diberi pula. Tak apalah lain kali mungkin rezeki murid perempuan pula. Terima kasih kepada Hamba Allah yang pemurah itu.Semoga rezekinya diberkati.
SELAMAT PENGANTIN BARU HULWANI DAN SUAMI 22.5.11
Selamat Pengantin Baru untuk rakan seperjuangan Hulwani bt Abd Aziz dan suami. Semoga perkhawinan kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Walau pun diuji tetapi ke pelamin juga akhirnya.
Hari ni serba merah pengantinnya.
* Tiada gambar kerana kamera kehabisan bateri.
21 May 2011
Tanah runtuh melibatkan anak-anak yatim dan Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Batu 14, Ulu Langat.
Negara di kejutkan dengan kejadian tanah runtuh yang melibatkan rumah anak-anak yatim Tanah runtuh melibatkan anak-anak yatim dan Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Batu 14, Ulu Langat.
Menurut berita semasa di TV3 sebentar tadi, 2 mayat kanak-kanak penghuni Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, Kajang, sudah dibawa keluar dari tempat kejadian tanah runtuh. Sebelum itu 3 orang kanak-kanak berjaya dikeluarkan dari timbunan tanah.
Enam lagi kanak-kanak berjaya diselamatkan dan keadaannya dilaporkan parah selepas anggota penyelamat dan penduduk kampung mengorek tanah yang tertimbus. Mereka yang cedera kini dibawa ke Hospital Kajang.
Dipercayai kira-kira 20 hingga 30 penghuni dalam Rumah Anak Yatim Al-Takwa. Sama-sama lah kita doakan agak penghuni yang terperangkap selamat dan berjaya dikeluarkan. Al-Fatihah untuk mangsa. Segala update akan menyusul sebentar lagi. Credit Gambar : gambarpic.co.cc, Berita Harian, mStar, Harian Metro, Bernama.
*Update.
- Menurut Berita Harian Online, seramai 23 penghuni sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah dan beramah mesra dengan anak yatim.
- Ketika kejadian, 23 orang berada di bawah khemah untuk majlis makan tengah hari itu.
- Rumah anak yatim berkenaan mempunyai 34 penghuni, semuanya lelaki.
- Setakat ini, dua penghuni maut dan enam pula cedera parah.
- **Seramai 24 orang terperangkap akibat kejadian berkenaan iaitu 20pelajar dan empat warden kata Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.
- **Kini tujuh mayat kanak-kanak telah dikeluarkan manakala tujuh mangsa cedera, mereka yang cedera kini dibawa ke Hospital Kajang.
- **Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor, Yayasan Amal dan Briged Amal ke tempat kejadian tanah runtuh di Hulu Langat untuk memberi bantuan segera.
- ***Sehingga jam 6.30 petang tadi, mayat tiga kanak-kanak dikeluarkan dari tanah runtuh. Sementara itu, pasukan penyelamat bersama penduduk berjaya mengeluarkan enam kanak-kanak lain dan semua mereka dikejarkan ke Hospital Kajang
- ***Polis mengesahkan sehingga jam 8 malam ini 5 orang maut dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa. 12 yang lain berjaya diselamatkan.
- ***Sehingga jam 11 malam tadi, jumlah mangsa yang maut dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa ialah 10 orang. 9 orang berjaya diselamatkan dan 6 lagi dilaporkan masih tertimbus.
- Setakat 1.30 pagi tadi 12 mangsa disahkan terkorban, manakala 4 lagi masih tertimbus.
- ***2.00 pagi (22.5.11) Seramai 21 orang daripada 25 mangsa, membabitkan 20 pelajar dan lima dewasa, yang tertimbus berjaya dikeluarkan.
- Mangsa ke 6 meninggal sebentar tadi.
- Seramai 4 orang lagi masih tertimbus dan gerakan mencari dan menyelamat masih diteruskan.
- ***3.00 pagi (22.5.11) Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan akan memberikan bantuan RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi ini. Kos rawatan turut ditanggung kerajaan.
- Setakat jam 4.10pagi, seorang lagi mangsa yang terkorban ditemui namun belum dibawa keluar menjadikan jumlah 13 terkorban manakala pasukan menyelamat menemui anggota badan yang tidak sempurna dan tidak diketahui identiti.
- ***4.30 pagi Lagi mangsa terkorban ditemui, menjadi angka korban sekarang ialah 15 orang. Seorang lagi belum ditemui dan masih tertimbus.
- ***5.10 pagi (22.5.11) Mangsa terakhir berjaya dikeluarkan dan ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban ialah 16 orang. 13 kanak-kanak dan remaja manakala 2 dewasa.
- # Tragedi ini melibatkan jumlah rasmi 25 orang terdiri daripada penghuni, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus. 16 orang ditemui mati manakala 9 yang lain cedera, 3 daripadanya masih kritikal.
AL-FATIHAH UNTUK MANGSA DARI KAMI. SEMOGA YANG KRITIKAL AKAN KEMBALI NORMAL DAN SEMBUH SEPERTI BIASA. SEKALUNG TAHNIAH DAN PENGHARGAAN KEPADA PASUKAN BOMBA DAN PENYELAMAT DAN TURUT SERTA PENDUDUK YANG MEMBANTU MENYELAMATKAN PENGHUNI RUMAH INI. AL-FATIHAH.
Berita saya minta izin dari suffer.frenzyfm.my berkongsi berita ini untuk makluman semua. Terima kasih.
DARI 68 DAH KE 74.
Already a member? Sign in
Terkejut pagi-pagi ni, bila buka blog tiba-tiba follower dah bertambah. Dalam masa beberapa jam sahaja sahabat yang add ke CB lebih seorang. Alhamdullillah. Bertambah lagi kenalan baru. Sebelum tidur semalam , baru saja tengok jumlahnya hanya 68 orang. Tak bertambah-tambah sejak seminggu dua. Nak tambah seorang pun susah, ini kan pula masuk berdesup-desup. Almaklumlah blog tepi tangga saja. Merapu -meraban. Apalah sangat.
Terima kasih kepada sahabat yang baru datang, eida, Malaysia Tourism, Radiokita_fm, TOPmp3, PRAPET pk tengah dan Forum 1 Malaysia.
Bila orang dah follow kita, saya akan follow balik. Itu tanda terima kasih saya pada yang sudi .Memang bila kita follow orang , kita klik dia, dalam hati berharap apa salah orang tu follow balik. Walau pun bukan perkara wajib kena follow balik. Orang berbudi kita berbahasa. Percuma beb!!Tolong kawan-kawan.
Peel saya , kalau ada yang sudi letak blog Cempaka Biru saya di bloglist mereka , saya juga akan letak blog mereka di bloglist CB juga. Ada beberapa sahabat, yang sudi menempek blog saya di blog mereka. Saya sangat berbesar hati dan merasa gembira. Saya akan buat entry lain tentang ini dan akan senaraikan satu persatu.
Tunggu...
Selamat Berhari Minggu.
DARI 68 DAH KE 74.
Terkejut pagi-pagi ni, bila buka blog tiba-tiba follower dah bertambah. Dalam masa beberapa jam sahaja sahabat yang add ke CB lebih seorang. Alhamdullillah. Bertambah lagi kenalan baru. Sebelum tidur semalam , baru saja tengok jumlahnya hanya 68 orang. Tak bertambah-tambah sejak seminggu dua. Nak tambah seorang pun susah, ini kan pula masuk berdesup-desup. Almaklumlah blog tepi tangga saja. Merapu -meraban. Apalah sangat.
Bila orang dah follow kita, saya akan follow balik. Itu tanda terima kasih saya pada yang sudi .Memang kita follow orang , kita klik dia, dalam hati berharap apa salah orang tu follow balik. Walau pun bukan perkara wajib kena follow balik. Orang berbudi kita berbahasa. Percuma beb!!Tolong kawan-kawan.
Bila orang dah follow kita, saya akan follow balik. Itu tanda terima kasih saya pada yang sudi .Memang kita follow orang , kita klik dia, dalam hati berharap apa salah orang tu follow balik. Walau pun bukan perkara wajib kena follow balik. Orang berbudi kita berbahasa. Percuma beb!!Tolong kawan-kawan.
20 May 2011
HIDAYAH SAM KAMIKAZE
Melihat wajah Sam Kamikaze terbaru, wajah putih bersih. Terpancar wajah keimanan di situ. Hati tersentuh dengan pengakuannya. Bergenang air mata .Bertuah sungguh dia.
Hidayah tak memilih . Kita perlu berdoa untuk berada di jalan yang lurus dan benar. Bahagialah dia yang mendapat petunjuk dariNya.
LAKE GARDEN TAIPING
Sesiapa yang datang ke Taiping , singgahlah ke Lake Garden di sini. Kalau nak mendapat kelainan pengalaman datang sebelah malam boleh melawat Night Safari. Taman Taiping ni , lebih popular di panggil Lake Garden oleh orang sini. Tak kira budak-budak atau orang tua pangkat Tok Nek .Mesti sebut nak pergi Lake Garden.
Pokok -pokok kat sini pun dah berusia ratusan tahun . Popular tempat pengantin ambil gambar bila musim kenduri -kendara.
Taman ini akan penuh dengan manusia setiap hari. Kalau hujung minggu dan cuti sekolah lagilah ramai. Meriah betul datang kat sini. Boleh berjogging , naik itik , bergambar , duduk -duduk di tepi tasik atau boleh juga ke terus ke Bukit Larut .
Nak ke Bukit Larut kena pergi awal pagi, kalau lambat tak dapat nak naik. Ada banyak faktor , orang ramai atau dah terlepas jip yang disediakan. Boleh juga tidur di atas sana . Boleh booking awal. Dari atas Bukit Larut boleh melihat pemandangan sekitar bandar Taping sehingga Bukit Merah nun. Bila dah pagi sejuk sampai ke tulang hitam. Pagi-pagi mandi macam mandi dengan air ais.
Jip ni yang akan bawa kita naik setelah beli tiket. Waktu naik dan turun telah ditetapkan kalau tak nanti bertembung susah pula. Kereta sendiri takdibenarkan naik rasanya atas faktor keselamatan.
Orang kahwin pun suka abadikan memori mereka di sini.
Siapa kat atas tu? Azizul Hasni dan isteri. Kalau nak tengok gambar lagi boleh ke blog beutifulnara.
19 May 2011
SOLAT TAHAJUD
Seandainya berniat nak bangun solat malam, memang kita akan terjaga sendiri. Bercakap dari pengalaman sendiri, solat tahajud, solat hajat atau mana solat sunat kita kan terjaga sendiri seperti digerak kan oleh orang lain.
Kadang -kadang rasa nak terkencing dan kadang-kadang anak kecik nak susu .Macam kita dah berjanji dengan Allah . Allah akan gerakkan kita dengan berbagai cara dari tidur yang lena itu..
Kalau tak jadi nak bangun , mata susah nak pejam balik. Terkelip-kelip. Akhirnya , kena selesaikan solat sunat dan selepas tu dapat tidur dengan mudah pula.
Mentang-mentang malam ni malam Jumaat, teringat pula solat Tahajud ni. Bukan nak bermegah-megah dapat bangun solat tengah malam. Bukan selalu pun dapat melakukannya. Tetapi bagi sesiapa yang berhajat nak bangun tengah malam, niat dalam hati nak solat malam , Isyaallah kita akan terjaga dari tidur dengan mudah. Tak payah pakai jam pun boleh terjaga.
Semoga kita mendapat redha dariNya.
ASAM PEDAS SIAKAP TERANGKAT
Balik tengahari dari kerja rasa tak nak makan nasi dah. Tapi bila tengok atas meja ada sambal belacan dengan ulam daun getah ubi, bendi rebus, ada juga asam pedas siakap tak boleh tolak pinggan nasi. Terangkat weh. Mak yang masak. Sesekali mak masak sedap meleleh.
Selalu ikan siakap ni orang masak tiga rasalah, masak stim la. Tapi nak cuba pula masak asam pedas . Sedap dengan rasa isi nya yang lembut dan tebal tu.
Lain kali boleh cuba lagi.
*Tengah tunggu kek oren blended masak.
Selalu ikan siakap ni orang masak tiga rasalah, masak stim la. Tapi nak cuba pula masak asam pedas . Sedap dengan rasa isi nya yang lembut dan tebal tu.
Lain kali boleh cuba lagi.
*Tengah tunggu kek oren blended masak.
18 May 2011
Air Gas Merbahaya , boleh kena diabetis.
Baru balik rumah Makcik Nah di Taman Damai , Parit Buntar. Pergi ambil barang kiriman dari Sabah. Lama dah Makcik Nah balik dari KK. Tadi baru boleh pergi ambil barang tu hari ni. Orang Sabah dah dok tanya, nak pergi ambil bila?.Bukan pasal barang kiriman yang datang naik belon tu. La ni nak cerita pasal lain .
Mak cik Nah ni tinggal suami isteri sebab anak-anak dah besar panjang. Masing-masing dah kerja . Dua-dua anaknya kerja kat KL. Bila suami pergi kerja tinggallah sorang-sorang. Kerja kat rumah pulak bukannya banyak. Maklumlah tinggal berdua. Makan , tidur saja lah. Masa bersantai tu lebih banyak peluh tak keluar.
Rupa-rupanya suami isteri ni dah kena diabetis. Sekarang kena makan ubat ikut aturan setiap hari. Asalnya, mereka ni suka minum air gas. Air gas ni pula bukan beli sendiri, tapi dapat percuma dari pasaraya berdekatan bila barang yang dibeli melebihi Rm yang di tetapkan. Contohnya ,kalau beli barang Rm100 dapat sebotol air gas. Akibat selalu dapat, banyaklah stok kat rumah. Tak ada sesiapa yang nak minum jadi makcik dan pakcik yang minum. Air gas ni walaupun sedap, tapi kandungan ula sangat tinggi. Itu yang merbahaya. Jadi kita kena elak minum air ni selalu. Minum air masak lagi bagus.
Mula-mula check, uren test bacaan sampai 21. Tinggi tu. Badan pun letih. Kerap dahaga dan selalu mengantuk di siang hari. Malam tak lena tidur sebab asyik nak ke tandas. Nasib baik sedar awal kalau tak , tak tahulah. Sekarang under control .
Harap mak cik suami isteri dilindungi olehNya.
17 May 2011
Semua orang dah tahu.
Minggu lepas dah keluar kisah Salleh Yaakub nak tambah cawangan bagi cukup 4. Sebelum ni pun ada dengan Kak Engku dok kenen-kenen SY dalam Sinar Pagi.Ingat main-main . Rupanya betul. Comellah wajah yang no 4 ni. Muda lagi baru 24 tahun.
Meh tengok gambar Si Emi ni. Cantik kan,kan,kan. Senyuman manis sebab tu SY terpikat.
Tak tahu nak kata apa. Hanya isteri-isterinya yang tahu apa kelebihan SY ni sampai boleh sangkut 4 sekali.
Dah jodoh. Semoga berbahagia hendaknya.
Meh tengok gambar Si Emi ni. Cantik kan,kan,kan. Senyuman manis sebab tu SY terpikat.
Tak tahu nak kata apa. Hanya isteri-isterinya yang tahu apa kelebihan SY ni sampai boleh sangkut 4 sekali.
Dah jodoh. Semoga berbahagia hendaknya.
Buat Bawang Goreng Sendiri Lagi sedap.
Tengahari tadi buat bihun sup. Barang-barang dan rencahnya yang lain dah dibeli. Daun sup , kiub ayam, punjut sup semua lengkap. Tang bawang goreng pula tak beli. Akhirnya , kena buat sendiri.
Stok bawang banyak kat rumah jadi tak ada masalah goreng sendiri.
Mula-mula kupas bawang dan basuh. Kemudian potong guna alat yang ada pisau di tengah tu supaya cantik dan sekata .
Dah siap, gaul dengan tepung beras . Tak payah letak air. Gaul bagi rata. Panaskan api , goreng.
Hasilnya lebih rangup dan sedap makan dengan semua jenis sup . Sekejap ja dah habis sebalang tu.
16 May 2011
Bungkus-bungkus dah nak balik.
Pakat dok lipat khemah, dah nak balik rumah.
Budak-budak ni tak mau mengaku , seluar sendiri dah kene lelong.
Kumpulan Cempaka Biru bersama GB, PK KOKO -En. Jamil
Dapat sijil dan hadiah hamper. Kumpulan Cempaka Biru Johan kumpulan .
Tak sangka you , CB menang.
Adik pun nak juga.
3 hari 2 malam. Tahun depan jumpa lagi. Murid -murid diberi sijil penghargaan.
BILA SI SUAMI DAH JATUH CINTA LAGI
Ini kisah benar. Jangan tak percaya.
Jiran sebelah rumah W, tinggal sepasang suami isteri . Tapi malang bagi mereka walaupun dah lama berkahwin (10 tahun) masih belum mempunyai cahayamata.
Si isteri dah tahu perangai suaminya yang curang. Pada suatu malam , telah mengajak W mencari suaminya. Mereka keluar ke tempat port yang menjadi kegemaran pasangan kekasih ini. Bila sampai kat situ, memang sah-sah kereta suaminya ada berparking kat situ. Mereka pun berhenti selang beberapa kereta di belakang.
Si isteri pun menalipon suaminya. Pura-pura tak tahu .
Isteri : Bang kat mana ni?
Suami : Kat tempat kerja lah. Banyak kerja ni .
Isteri : Kenapa tak balik ? Baliklah kita bincang elok-elok.
Suami : Kenapa nak balik? Dah lama abang sabar. Tapi tak ada hasil juga.
Macam tulah lebih kurang dialog yang W bagi tahu. Padahal suaminya sedang enak berdendang sayang dok dalam kereta dengan awek Indon. Awek Indon ni pulak muda belia sangat . Baru 18 tahun. Tapi dah ada anak seorang di sana. Dia mengaku dah bercerai. Boleh caya ke?
Tak lama kemudian , keluar pasangan tersebut dari kereta . Nak balik dah kut si Indon tu. Mungkin area dekat rumah dia . Terkejut badak si W dan isterinya bila tengok suami sendiri mencium pipi Indon tu. W dah very berasap. Perasaan isteri lelaki tu tak tahulah nak cakap . Sedih melihat perangai sendiri depan mata.
Sedih, sedih alasan anak tak ada menjadi punca nak cari lain. Indon pulak tu.
Senangnya lelaki membuat keputusan.
HADIAH HARI GURU
Selamat hari ini, warga pendidik menyambut hari guru. Meriah dan semua gembira. Murid-murid pun gembira . Dapat peluang main dengan guru-guru. Hari ni cikgu tak marah. Hari lain buat ko... kena dengan cikgu .
Kenangan tahun ni kami semua dapat hadiah dari guru besar. Semua dapat , cikgu ke, kerani ke, tukang sapu ke, pak gaurd ke ...semua dapat. Sebiji mug dengan beg yang tertera nama sekolah. Pekerja perempuan dapat warna pink dan lelaki dapat beg warna biru. Sesungguhnya kami warga sekolah ini berbesar hati atas ingatan GB kepada staff-staffnya.
Inilah hadiah Hari Guru yang dapat tahun ini. Terima kasih atas ingatan kalian anak muridku kepada cikgu.
Kenangan tahun ni kami semua dapat hadiah dari guru besar. Semua dapat , cikgu ke, kerani ke, tukang sapu ke, pak gaurd ke ...semua dapat. Sebiji mug dengan beg yang tertera nama sekolah. Pekerja perempuan dapat warna pink dan lelaki dapat beg warna biru. Sesungguhnya kami warga sekolah ini berbesar hati atas ingatan GB kepada staff-staffnya.
Yang tak nampak.
Yang dah nampak.
15 May 2011
TARIKH KERAMAT 16 MEI-SELAMAT HARI GURU
Esok 16 Mei, tarikh penting bagi warga guru.Esok sambutan Hari Guru satu Malaysia. Tanpa guru siapalah kita. Dengan penuh sabar mendidik dan mengajar anak bangsa.Mencurah ilmu walau di mana kita berada. Hakikatnya mendidik murid-murid zaman sekarang lebih banyak dugaan berbanding zaman dahulu.
Murid semakin hilang rasa hormat pada guru hari ini. Berani melawan guru.Bergaduh dengan guru pun ada. Walau tak semua begitu tetapi memang wujud pada hari ini. Sekarang murid-murid berani minum air(contoh kecil) dalam kelas tanpa minta izin dari guru. Kalau zaman aku dulu jangankan nak minum , nak minta izin tu pun takut. Kalau nak minum dan makan tunggulah waktu rehat.
Kereta cikgu digores-gores, berselisih bahu dengan guru segan nak menolong padahal dah nampak beban buku yang dibawa guru.Sekarang ni, kereta murid lebih besar dari kereta cikgu. lebih mahal, silap2 ada driver sekali.
Terima kasih guru-guruku yang telah mengajar aku dari tak mengenal huruf sampai dapat membaca, tak kenal nombor sampai boleh mengira.
AlFatihah juga untuk guru-guruku yang sudah kembali kepadaNya. Rasa teringat-ingat memori di sekolah rendah. Tempat pertama mengenal dunia. Ramai guru di sekolah rendah dulu telah meninggal dunia.
Selamat Hari Guru untuk semua yang bergelar guru.
MAKAN-MAKAN & PANGANG-PANGANG
Malam last ni ada persembahan dan pangang ayam , udang , sotong, sosej dan jagung. Tang pangang yang syok ni. Semua dapat rasa cikgu-cikgu dan murid pada malam tu. Kenyang depa . Sebelum kena kejut pukul 3, 4 pagi nak kena dengan "Burung Hantu".
Tengah gigih bakar ayam.
Isi jagung cantik dan rapat.
Udang, sotong dan ayam tunggu giliran nak kena bakar.
Malam akhir yang sangat happening. Kerjasama 100% dari guru-guru sangat dihargai.
14 May 2011
MALAM PERSEMBAHAN DAN MAKAN2
Kumpulan Cempaka Biru menunggu giliran nak naik pentas .
Mengantuk weh, gagah juga nak masukkan gambar. Baru balik dari sekolah . Persembahan tak habis lagi, tapi takut nak tunggu. Kalau tunggu sampai habis, mahu sampai pukul 11 kat rumah. Semua 8 kumpulan kan membuat persembahan. Muzik sangat gedebum bunyinya sebab sistem soundnya very the bagus.
Kumpulan nombor 3 memulakan acara. Kelihatan VVIP (GB kamilah tu) sedang menonton di bawah.
Subscribe to:
Posts (Atom)