16 May 2011

BILA SI SUAMI DAH JATUH CINTA LAGI



Ini kisah benar. Jangan tak percaya.

Jiran sebelah rumah W, tinggal sepasang suami isteri . Tapi malang bagi mereka walaupun dah lama berkahwin (10 tahun) masih belum mempunyai cahayamata.

Si isteri dah tahu perangai suaminya yang curang. Pada suatu malam , telah mengajak W mencari suaminya. Mereka keluar ke tempat port yang menjadi kegemaran pasangan kekasih ini. Bila sampai kat situ, memang sah-sah kereta suaminya ada  berparking kat situ. Mereka pun berhenti selang beberapa kereta di belakang.

Si isteri pun menalipon suaminya. Pura-pura tak tahu .

Isteri :  Bang kat mana ni?
Suami : Kat tempat kerja lah. Banyak kerja ni .
Isteri : Kenapa tak balik ? Baliklah kita bincang elok-elok.
Suami : Kenapa nak balik? Dah lama abang sabar. Tapi tak ada hasil juga.

Macam tulah lebih kurang dialog yang W bagi tahu.  Padahal  suaminya sedang enak berdendang sayang dok dalam kereta dengan awek Indon. Awek Indon ni pulak muda belia sangat . Baru 18 tahun. Tapi dah ada anak seorang di sana. Dia mengaku dah bercerai. Boleh caya ke?

Tak lama kemudian , keluar pasangan tersebut dari kereta . Nak balik dah kut si Indon tu. Mungkin area dekat  rumah dia . Terkejut badak si W dan isterinya bila tengok suami sendiri mencium pipi Indon tu. W dah very berasap. Perasaan isteri lelaki tu tak tahulah nak cakap . Sedih melihat perangai sendiri depan mata.

Sedih, sedih alasan anak tak ada menjadi punca nak cari lain. Indon pulak tu.

Senangnya lelaki membuat keputusan.

1 comment: