12 June 2011

CUTI DAH HABIS-SMK TAMAN TASIK TAIPING


Petang tadi menghantar dua anak gadisku balik ke asrama mereka. malu weh, si anak aku ni nak di masukkan gambar dalam blog maknya. Nasib baik dua beradik satu asrama dan satu sekolah. Kalau tak jenuh juga nak menghantar dan nak mengambilnya . Bas pula tak ada di kawasan situ.

 Asrama pula nun jauh dekat kaki Bukit Larut. Suasana sentiasa sejuk dengan pemandangan bukit bukau menghijau sekelilingnya. Berhampiran Taman Tasik  dan Zoo Taiping.




Bila dah dekat pukul enam petang, banyak kereta  ibu bapa yang nak menghantar anak mereka masuk. Sekarang dah jem .Bila sebuah Avanza hitam parking tengah-tengah jalan.Kereta berderet-deret  beratur dari pintu pagar nak masuk ke kawasan asrama. Rupa-rupanya si ibu turun , mungkin hantar barang anaknya. Masalah,masalah.


Tak berhenti pun.

Bila dah keluar, dari situ ternampak pula accident motor dengan kereta Waja.Nasib baik kereta peronda polis lalu.Tapi hampeh , peronda tak berhenti pun. Mungkin apek Cina yang jatuh motor tu tak teruk kut.

*Bateri telepon dah kosong, tapi lupa kat mana letak chagernya. Alih2 malam ni baru teringat , dok dalam beg pakaian pergi Indon. Lupa nak keluarkan.

 

No comments:

Post a Comment