28 June 2011

Sambutan 1 murid 1 sukan Peringkat Kebangsaan di Taiping Sabtu ini

Petang tadi ke Taiping, sambil-sambil tu tengok anak di asrama sekolah mereka. Agaknya timing silap, sorang dapat jumpa sorang lagi tidak. Masa kami sampai budak-budak tengah "prep". Si adik-Ain ada di dewan makan tengah study. Tingkatan 1 dan 2 study kat Dewan Makan asrama. Bolehlah kawannya tolong panggil.

Si kakak -Alia sedang berada di sekolah. Ada latihan kompang untuk sambutan 1 Sukan 1 Murid yang akan diadakan di Taiping peringkat Kebangsaan. TPM akan datang merasmikan nanti yang melibatkan 15000 murid sekitar Taiping. Oleh kerana pasukan sekolah anakku ini menang peringkat Negeri jadi merekalah yang akan muncul semasa perasmian nanti.

Tak dapatlah jumpa si kakak. Ingat masa turun nak balik nak singgah ke sekolah jumpa dia. Tup2 boleh lupa. Minggu ni kena pergi tengok lagi lah nampaknya.

Awal-awal lagi dah pesan suruh tengok TV Sabtu ni masa majlis pelancaran tersebut . Tapi sayang, mak pun sekolah juga. Semua sekolah akan mengadakan larian serentak seluruh negara.

Bravo Alia. Eh , betul ke ?

2 comments:

  1. semalam Sakinah balik sek bwk surat penyertaan lari 1 M'sia utk Sabtu ni.dia nak sgt g berlari kononnya nk dpt no 1...bukan tak sokong tapi dh plan nk balik kg sementara en suami ada kt kl ni.nmpknya lari balik adalah...hihii

    * kak,lom dpt lagi.huk..huk

    ReplyDelete