23 July 2011

X-SMDHH

Salam semua.



Pening masih berdenyut-denyut lagi bahana terhidu gas beracun daripada bahan cecair clorox semalam.Lain kali tak boleh buat dah. Lebih baik guna bahan pencuci biasa .

Petang tadi ada meeting akhir untuk menjayakan renion khas X SMDHH raya nanti. Majlis akan di adakan pada hari raya ketiga . Mengambil hari tersebut semoga dapat mengumpul ramai pelajar lepasan Sekolah Menengah Dato' Hj Hussein yang akan pulang beraya untuk bertemu setelah lebih 20 tahun tak berjumpa.

Dana berjaya dikutip selain mendapat sponsor-sponsor dari murid-murid yang bermurah hati menderma. Ada yang  bersedekah RM500, dan RM 1500 , sponsor banner, sate, lemang dan sebagainya. Murah rezeki mereka. Setakat nak buat makan-makan memang bajet dah cukup. Alhamdullillah.

Jadi warga X -SMDHH bolehlah menghadirkan diri nanti. Selain dari pelajar , bekas guru juga akan dijemput sama.

 Kelahiran sekolah ini ada  yang bekerja sebagai guru ( akulah tu),  bisnessman , pengurus bank, pilot, OCPD, toke kelisa ,pegawai kastam, jururawat,  jurutera, doktor, toke Petronas, wartawan ( Niezam Abdullah-wartawan hiburan Utusan dulu), askar ,pegawai KWSP, polis, antara beberapa yang dapat disebut di sini.

Semoga rancangan berjalan lancar.

1 comment:

  1. Bestnyaaa reunion! hanis dah lama teringin nk ber-reunion...

    akak, insyaAllah... tak lama lagi mesti sampai giliran akak pulak...

    ReplyDelete