11 September 2011

UPSR DAH MENJELANG

Murid -murid Tahun 6 akan menghadapi Peperiksaan besar mereka bermula esok sehingga Khamis. Lepas itu mereka akan merdekalah jawabnya dari menghadap buku sebulan dua sebelum naik sekolah menengah.

Kepada anak didik , semoga semua mereka beroleh kejayaan yang cemerlang dan gemilang. Semoga  keputusan tahun ini akan membuatkan RTBK meletup. 

Kejayaan mereka bukan bermula ketika  mereka di  Tahun 6 sahaja malah bermula sejak pertama kali mereka menjejak kaki ke sekolah.Dari  semasa  mereka di Prasekolah lagi. Setiap tahun bertukar guru. Hasil kejayaan mereka atas usaha sendiri selain dari tunjuk ajar dari guru-guru.

 
Semua orang mahukan 5A. Seandainya ada antara anda yang tidak berjaya . Usah kecewa. Ini hanya satu anak tangga untuk didaki. Ada lagi di depan yang menanti usaha gigih anda .

Tidak semestinya tidak berjaya  mengenggam 5A punah harapan. Masa depan anda masih terbentang luas menanti.



3 comments:

  1. Assalam nieda..semoga semua anak2 didik nieda berjaya dengan cemerlang

    ReplyDelete
  2. Acik Erna:Terima ksih atas doa itu.

    ReplyDelete
  3. Semoga anak didik Nieda beroleh kejayaan dengan 5A.

    ReplyDelete