05 November 2011

Terbang dengan KLM

Ada kawan yang tag gambar ni dalam FB.



Aziz Aljaffari (Abdul Aziz)




Dream To Fly.................Bila dpt terbang lagi..................







Bulan Jun yang lepas kami menggunakan perkhidmatan KLM ke Jakarta. Selalu naik Air Asia saja. Gamaknya rasa seronok sebab ada serve makanan yang otomatik dapat bila kita booking tiket. Halal lagi.

Kalau yang bawa kanak-kanak lagi syok dapat rasa kedua-dua meal dewasa dan kanak-kanak. Kat sini cerita makan-makan dalam KLM .Sebenarnya KLM ini adalah dari Belanda yang transit KL- Jakarta - Belanda.

Kalau naik AA kena order makanan asing jadi rasa seronok dapat makan-makan sebelum tiba ke detinasi yang dituju. Memang kenyanglah. Tak risau jika lambat makan selepas tiba di sana.

Barisan 9 bangku iaitu 3,3,3 setiap baris membayangkan betapa besarnya saiz kapal terbang ini. Tiada gegaran dan tiada rasa telinga berdenggung dek tekanan udara.Saiz yang besar agaknya dapat mengurangkan rasa gegar tersebut kut.

Itulah agaknya Pak Aziz masih terkenang pengalaman semasa menggunakan KLM tempohari.

Nanti kita terbang lagi ya Pak Aziz!

No comments:

Post a Comment