02 January 2012

Tanjung Dawai cari belacan


Dari Restoren  Mendy , lepas makan nasi arab kami terus ke Tajung Dawai. Dari Sungai Petani dalam 45 minit boleh sampai  ke sana. Sungai Petani sekarang terus pesat membangun . Nampak susun atur bandarnya yang cantik dengan bangunan perniagaan yang besar dan gah.
 Hebat!


Sebelum singgah di Arked Tanjung Dawai kami terus ke tepi laut . Berdekatan dengan Masjid Tanjung Dawai. Ambil angin sekejap di situ dan lepas tu ke masjid  pula.

Laluan masuk ke masjid .Di bawahnya boleh tengok hidupan seperti ikan belacak,  anak ketam ,ular pun ada di dalam selut kat bawah tu. Agaknya kaau air pasang, air laut boleh sampai kat sini. Bunti bot yang lalu lalang  terdengar sampai ke masjid.

Jemaah yang singgah bersolat pun ramai  orang luar. Ada yang datang menghantar anak  balik asrama. kat sini   
ada MRSM .Semalam di Kedah mula kerja . Murid-murid pun ada yang ke sekolah dah.  

 Benda apa tah? Anak ketam ?


Pemborong dok tawar menawar.
Ada mamat sebelah ni pun dok ambil gambar.


Kami singgah tengok ikan-ikan sampai di jeti. Masa ni tengah sibuk ikan dibawa naik . Peraih ikan dok pakat tunggu dah. Tapi ikan semua kecik-kecik tak ada pun yang bersaiz besar.Kempunan budak-budak ni nak tengok ikan Jaws.


Mana ada ikan besar. Semua ikan kecil-kecil.

Kalau datang ke Tanjung Dawai tak sah kalau tak beli belacan dan ikan kering . Boleh beli di Arked Tanjung Dawai. Dua tingkat  bangunannya. Di bahagian atas tempat jualan belacan dan  hasil laut. Bawah pula ada jual baju dan cenderamata.

Semua gerai menjual benda  yang sama. Tapi kena rajin tengok harga. Ada harga tak sama walau dok sebelah menyelah. Sampai kat sini nak beli juga sikit sebagai tanda kenangan dah sampai ke Tanjung Dawai.Orang kata belacan Tanjung Dawai sedap. Belacan tumbuk pun ada.
 Handmade dari orang kampung. RM7 sebuku. 
Kalau yang kilang buat sebuku RM4. 3 buku RM 10. 
Iklan belacan pula! 








6 comments:

  1. Nieda..pertama kali acik menjejak kai ke tanjung dawai ni tahun 1978..lama tu..tapi lepas tu tak pernah pergi lagi..sebab tak berani nak naik bot kcek tu..bila turun rasa macam tanah pun tinggi rendah.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Yong,

    Weh lama akak tak ke Kedah. Tahun 90an selalu ronda buat keja kat Guar, Sg Petani, Tj Dawai, Alor Star. Ya, belacan tumbuk deme best!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum! Hai Cikgu Nieda, selamat tahun baru 2012. Semoga bahagia selalu menyertai Anda. Asyik juga jika liburan bisa jalan2 (melancong/makan angin). Mahal juga harga belacan di Kedah ya! (Saya suka sambal belacan). Kami baru saja lepas ujian semester 1 (peperiksaan penggal 1) dan sekarang adalah masa libur, masuk kembali pada tgl 9 Januari 2012. Hanya diberi libur 1 minggu oleh pemerintah.

    ReplyDelete
  4. Acik : Bot kat mana? sekarang ni naik kereta ikut jalan raya. Bot tangkap ikan saja ada la.
    DAh lama Acik datang sbb tu byk perubhan.

    ReplyDelete
  5. Kak Halima: Belacan tumbuk mahal sikit tapi tak ada pewarna .Dia pilih ikan yg terbaik saja.

    ReplyDelete
  6. Isman: Orang Medan pun makan sambal belacan ya?

    ReplyDelete