30 March 2012

GAJI BARU

Ramai yang tertunggu kehadiran bulan April. Apa lagi kalau tak kerana kemasukkan gaji baru. Berserta dengan tunggakkan lagi

Pengiraan GAji Baru ada di sini. Seronok weh ! Kira gaji baru sendiri. Tengok berapa yang anda akan dapat nanti.

grrrrrrrrrrr

Baru post entry baru tapi tak naik pun dalam senarai bloglist . Geramnya.

SURABAYA Part 7 - Ladang Epal

Macam tak percaya , hari kedua di sana kami nak ke Ladang Epal. Ya, Ladang Epal....Jangan tak percaya. Ladang epal ini terletak di daerah Batu- Malang yang merupakan kawasan tanah tinggi yang berhawa sejuk. maka epal dan tanaman negeri orang putih ini dapat hidup subur.

Abahnya dah masuk kawasan larangan. Tapi buah-buah di situ punyalah lebat berbuah. 
Eh! Tumpang bergambkan  sahaja.

Di sini , kami dibenarkan memetik 2 biji buah epal seorang. Plastik disediakan untuk setiap sorang. Namun semua epal ini berwarna hijau. Teringin nak petik epal merah tapi bukan spesis itu kut yang ditanam.  Semua pokok berbuah hijau walau pun dah cukup matang.

Boleh makan terus. Tapi ...basuh dulu.
Bagus sungguh , kat sini ada disediakan paip air . Jadi kami semua menonong kat situ basuh buah untuk terus makan . Tapi epalnya tak berapa rangup. Macam epal lama. Padahal baru petik . 
Atau memang macam tu??
Tak tahulah. 
Dalam tak rangup pun buah tu yang kena kokak masa lapar dalam coster .Haha...

Bukan senang  perjalanan di Indonesia , tambah-tambah di Surabaya . Jalan rayanya tidak seperti di Jakarta atau Bandung . Di sana kita dihubungkan dengan jalan yang luas dan besar seperti lebuh raya kita .Malah lebih besar lagi. 

Kata Pak Supri, pemandu kami, semakin dekat dengan Jakarta tempat pemerintahan maka kawasan itu akan mendapat perhatian yang lebih baik dari kerajaan.

Dalam bakul ini ada pula epal merah. Sekilo Rp 5000 ye.
Mereka jual dilaluan nak keluar dari ladang epal. 
 
Lepas ni kami dibawa utuk minum dan makan kacang peas.
Percuma ya. Mungkin dah masuk dalam pakej .
Bayaran masuk Rp 37000 sekepala. Kanak-kanak dan dewasa harga sama saja.

Mereka juga menjual yogart berasaskan buah-buahan. 1 botol Rp 3000.
Budak-budak ni pantang tengok , nak saja.


Kami dijamu dengan air jambu batu merah dan kacang peas rebus.
Kacang peas yang kita buat sayur tu...tapi kat Surabaya ini  kami makan biji kacangnya yang besar-besar.

Kami ke Safari pula selepas ini.




29 March 2012

Restoren baru di R&RTapah....Tu diaa Pak Tam.




Perjalanan balik dari KL tempohari kami singgah di R & R Tapah. Meriah sungguh , orang pun ramai . Maklumlah musim cuti sekolah.

Ada mercu tanda baru  di situ. restoran baru dibuka  mungkin tak sampai sebulan. Kerusi meja masih cantik.
Selepas solat saya pun menuju ke situ. Restoren Tu....dia Pak Tam  mempunyai dekorasi cantik dengan banyak bahagian-bahagiannya.

Ada bhagian minuman ,  nasi dan mee rebus dia pun sedap. Tapi harga agak tinggilah. Mee rebus yang saya makan RM 4.50 dalam mangkuk kertas pakai buang. Mungkin nak jimatkan kos tenaga membasuh maka mangkuk kertas digunakan. Tak payah beli sabun.

Harga minuman saya tak ingat tapi menggunakan cawan pakai buang juga.








 Anak bujang saya  dah makan nasi ayam. ...2 pinggan ko. 

Tak tahulah sebab kapasiti yang diberi sikit atau lapar sangat . Dari Plaza Low Yat sebelumnya  hanya makan donat Big Apple saja.

Dengan kata lain, siap duit saja  , semua boleh.


24 March 2012

Surabaya Part 6 - Ladang Strawbery

Cerita semalam di  sini. Siapa tak baca lagi boleh klik ye. Jangan malu , jangan segan. Mari-mari ....free, free.


Susah nak bergambar  dengan anak lelaki sorang ni selalu jual mahal. Tetiba tang patung ni dia offerkan diri pula. Dasar budak-budak.

Untuk masuk ke Ladang epal ini dikenakan bayaran Rp 37,000 (kira sendiri unruk nilai RM) Tiada beza antara kanak-kanak atau dewasa. Harga pas masuk adalah sama. 

Kami disediakan  pekerja sebagai informer ladang tersebut . Ala -ala pemandu pelancong . Dalam group kami ada 3,4 orang yang ikut sekali meneroka ladang ini sambil berjalan kaki.

Pantang nampak patung budak-budak ni mesti suka nak bergambar.

 Angin sangat  kuat sampai tudung Ain melayang begitu sekali. 

Ladang ini terbahagi kepada epal dan strawbery sebagai tanaman utama.  Mula-mula kami dibawa melawat ladang strawberi dulu. Setiap seorang dibenarkan memetik 4 biji strawberi yang masak ranum itu. Awal-awal lagi kami diberi setiap seorang plastik untuk mengisi buah-buahan ini. 

Buah-buah ini percuma dan boleh dimakan terus . Eh! Basuh dululah. Air pili ada disediakan bagi membersihkan buah yang kita ambil.Bukan main seronok lagi budak-budak ni dapat petik buah sendiri. Mak budak pun seronok jugalah.

 Stawberi yang dah matang.

Pemandu pelancong di sini- berbaju batik. Baju batik mereka menjadi pakaian biasa setiap hari  dan di mana sahaja.Tak kira umur dan jantina . Bangganya mereka berpakaian batik setiap hari.

Anak beranak tak melepas peluang memetik buah stawberi.

Gorilla pun ada .

Tak lepas peluang juga.


Shuhadah, Alia , Ain dan HAfiz dari ladang strawberi nak ke Ladang epal pula. Di  sini ialah laluan  ke Ladang epal .Ladang epal dan strawberi di tanam dalam tempat yang sama.










23 March 2012

Malam Pertama di Surabaya - Part 5


Inilah hotel yang kami tidur  pada mlam pertama. Sangat luas dengan 2 katil besar di setiap bilik. Saya yang tidur berlima tentu terbih selesalah kan. Anak perempuan dua orang tidur dengan Shuhadah anak kawan baik saya. Maknya tak pergi, dia kirim anak saja jalan-jalan dengan kami.

Kawan Ain satu sekolah dulu. Kemudian dia tukar ke MRSM Baling. 
Budak bijak.

Dulu mak dia ikut trip ke Jakarta tahun lepas . Sekarang giliran anak pula.

 Kami berkawan sejak menengah rendah Form 1 sampai dah jadi mak-mak sekarang ni. Persahabatan masih kukuh terjalin. Alhamdullillah.

Eh! panjang umur sungguh sahabat saya ni. Tengah dok menaip entry ni dia telepon pula.

Kisah mak Shuhadah ke Jakarta tahun lepas  ada kat  SINI .

Mereka ni suka melukis objek-objek timbul kat dinding. Satu lagi kat Villa tempat inap kami pada malam kedua pun ada juga.  Nantikan kisah di villa ini nanti nooo!



Di luar bilik disediakan kerusi. Sarapan pagi pun kat sini. Roti, telur 1/2 masak dan kopi ke teh?  Tak ingat dah. Tapi roti dia sedap. Betuk macam kuih akok Terengganu. Dia pakai toaster bentuk macam tu kut.

Bila kami di tengah-tengah antara bilik abang ipar dan bilik anak perempuan. Jadi kalau berebut bilik air , nak telekung , nak ubat gigi...nak macam-macam lagi boleh terus ke sebelah.


Ini pandangan dari hotel kami ke bahagian belakang Warung Bamboo yang kami singgah makan malam. Di bahagian belakang ni ada dibelanya  ayam (dalam sangkar), landak pun dalam sangkar dan ada satu lagi burung ke apa? Tak ingat.

 
Sebelah malam kami keluar lagi . Ke sini. Tempatnya tak jauh dari hotel.
Mulanya saya tak mahu keluar . Nak berehat  di bilik dengan Shauqi. Tapi bertuah sungguh budak ni. Bila tengok semua orang dah hilang meraung dia dalam bilik nak ikut sama. Last-last  pergi jugalah maknya.
Dengan pakai baju tidur (baju batik Terengganu yang sopan itu)  ke sini. Bag tangan dan kamera pun tak bawalah. Gambar ni kamera Kak Ila , biras saya.

Tempat ini macam ala mainan kat Pesta Pulau Pinanglah lebih kurang . Ada bahagian mainan, pasar malam
( dalam kedai kecil)  tapi dipanggil pasar malam, ala-ala I-City tapi kat Shah Alam lagi hebat. Besar di dalamnya tak dapat nak meneroka sampai habis. Lagi pun dah penat. Ada tempat main ski  macam kat luar negara.

Kalau cerita makan angin idea datang berkodi-kodi.