06 April 2012

Teh botol , Frestea dan Soda Gembira .

Frestea


Frestea ni rasanya ala-ala teh botol tapi namanya saja lain. Sedap minum sejuk.
Cik abang saya memang mengorder teh 'O' memanjang. 
Itulah minuman kegemaran walau di mana berada.


Soda Gembira

Terpengaruh dengan nama , Alia dan Shuhada  mengorderlah minuman ini. Masa pertama kali  singgah makan sesampai di Surabaya terlepas pandang. Dah minta air lain baru nampak minuman ini. Akhirnya malam terakhir baru dapat merasa minuman ini. 

Campuran susu pekat , sirap merah dan ais krim soda.
Namun tak menepati citarasa.
Tak sesedap mana pun. 
Namun sebelum balik Malaysia harus mencuba juga.
Nanti teringat hajat tak sampai susah pula.


Teh botol

Kalau ke Indonesia tak minum teh botol tak sah. Tapi kalau minum tak sejuk memang tak best. Kena minum sejuk baru terasa keenakkannya.
 Teh ini habis dek Shauqi . Hujung-hujung botol baru mak  dapat merasa. 
Nak order lagi dah habis. 


7 comments:

  1. Salam Yong,

    Sonoknya main rasa-rasa minuman. Ala-ala sirap bandung salah satu minuman tu, tp ada soda pulak!

    ReplyDelete
  2. dulu masa menetap di jakarta memang beli teh sosro ni satu kotak tau bila anak-anak datang waktu cuti sekolah.

    ReplyDelete
  3. unik la nama minuman tu hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bebudak tu tergoda dgn nama -Soda Gembira

      Delete
  4. Assalam kak, mcmx2 jenis air ada tu..sedapnya kalau dapat rasa:)

    ReplyDelete
  5. assalam nieda..kalau masa minum rasa gembira.nanti boleh oder lagi..

    ReplyDelete
  6. salam dik
    minuman disana memang pelik2 sikit kan ;)

    ReplyDelete