31 May 2012

Cerita Hadyai lagi


Tomyam putih

Sesampai kami di Hadyai, terus kami dibawa ke Restoren Salma untuk makan tengahari. Tengahari  pun tak macam tengahari dah sebab jam dah menunjukkan pukul 3 petang. Biasalah kalau travel , bab makan-makan ni selalu terbabas juga.

Kami dijamu dengan tomyamlah sebagai menu utama. Selain tu ada , telur dadar, ayam goreng, sayur kailan ikan masin dan sambal belacan. Licinlah sebab dah lewat makan.


Ayam goreng . Tak tau benda yg berbulu tu ....hihi.



Ini tempat impian nak pergi sekian lama. Kalau nak tengok lagi besar tentunya di Bangkoklah. Namun floating market ini sudah 6 tahun beroperasi di sini. Rupa-rupanya tak adalah panjang sangat orang berniaga dalam perahu.  Namun meriahlah juga. Semakin hari gelap semakin meriah dengan orang ramai membeli  belah.

Jual jeli yang bentuk buah-buahan. Di dalamnya ada rasa kacang hijau.
Dia pakai kayu panjang untuk bagi barang dan ambil wang dari pelanggan.

My room mate (baju biru) dengan  cikgu Shamsiah

Saya tinggalkan kisah Hadyai di sini. Ada lagi cerita tentang Ice Dome, Pantai Samila, Buah gajus yang ori atau tak ori, Nora Plaza tempat barang kulit dan permata  dan lagi, lagi dan lagi.

Tungguuuuu!

 

30 May 2012

HAdyai - Hari Pertama

Di hadapan pintu masuk Hotel Diamond  Plaza tempat  kami
menginap selama 2 malam 3 hari .
Saya menginap di tingkat 4 .
Bilik kami 417.

Diamond Plaza Hotel Hatyai,
62 Nipat u-thit 3 Hatyai, Songkhla
Tel: 0-7423-0130-41, 0-7435-3140-9 Fax: 0-7423-982


Hotel ini berada di tengah-tengah bandar Hadyai, turun kat bawah ada kedai untuk membeli belah. Kami hanya berjalan kaki untuk ke restoren muslim - Salma Restoren pagi  dan tengahari . 

Perjalanan ke restoren Salma , akan berjumpa dengan Hamid Restoren  yang famous dan selalu dikunjungi  oleh orang Malaysia. Tapi percayalah  harganya mahal dan rasa makanan tak seberapa. Buktinya, suami saya singgah makan di sini beberapa minggu lepas sebelum kedatangan saya, bayarannya untuk seorang makan RM 25 .


Mesti lalu kat sini untuk ke restoren Salma.


Berjualan pagi-pagi seawal 7.30 am setiap hari.

Banyak gambar nak tempek tapi tenet slow pula. Nantilah saya sambung lagi. Nak sudahkan ini pun punyalah lama.



p/s - Beruntungnya saya mendapat teman sebilik yang bawa Samsung Galaxy Note. Boleh kongsi gambar cantik dengan dia. Terima kasih  JalihaMshin.

29 May 2012

Hadyai @ Hadjai



Hadyai ....tapi orang Siam sebut Hadjai.


Bertolak awal pagi selepas Subuh untuk ke Hadyai dari Taiping. 2 buah bas dengan lebih 70 orang guru dalam lawatan Penandaaras ke Hadyai selama 3 hari 2 malam.

 
Bagi diri saya memang impian nak ke Siam kerana teruja nak melihat orang berniaga dengan perahu di Pasar Air di sana. 

Selepas dah bayar duit  nak ikut rombongan ini, meletus berita Hadyai dibom tak lama dulu.
Terkedu sekejap sahaja... nak pergi juga.
Namun seramai 16 orang dari senarai awal peserta menarik diri ekoran dari peristiwa Hadyai dibom.

Sempadan Siam/ Malaysia.


Orang melaut kat border nak masuk Siam. Mungkin hari Sabtu dan cuti musim sekolah bermula.
Punyalah lembab proses nak masuk.  Barisan kami ni diingatkan  , tak payah selit RM 1 sebab Ketua Rombongan dah uruskan.

Tapi dek tak sabarnya menunggu...kami 3.4 orang kat belakang ni dah ke barisan  sebelah. Kat sini , cuba tak selit tapi pegawai imigresen Siam ni ,  minta juga ....huhui.

 Dalam kepanasan menunggu giliran. Tiada kipas angin  yang dapat membantu.
Sempit dan sendat dengan orang ramai.
Bila tengok orang ramai ni, memang mereka tak takut dengan berita Hadyai kena bom dulu.
Kata En. Rashid, bukan kena bom tapi tong gas meletup di Hotel  Lee Gardens.
Memang pun , hanya  bahagian bawah / restoren sahaja yang rosak.


Ini ialah tour guide kami, En Rashid orang Saturn, Thai.
Dia ada asas sekolah pondok tapi ada ijazah.

Masa ini dia , tengah memperkenalkan diri selepas selesai  urusan di border.
Dia ialah orang Melayu Siam.

Kena stop dulu ...nak kena masak pula.Nanti kita sambung lagi.



25 May 2012

Makan-makan

 Bab makan-makan memang meriah. Lebih-lebih lagi semua sporting nak bawa makanan
serba sedikit.

Ini adalah acara makan-makan  hari ini. Maklumlah nak bercuti 2  minggu.

Yang macam karipap itu namanya Apam Sarawak. Intinya ialah
tepung  yang manis.

Lontong

Limas, Lepat pisang, Laksam(dlm plastik merah)
Semua order...... hahaha


Ayam Cheese


kenyang.

24 May 2012

Tak Bertajuk ......

Esok nak mula bercuti. Semangat weh! Hari pertama cuti sekolah, hari tu dah nak mula berjalan. 3 hari 2 malam  makan angin ke negara jiran.

Tapi  pergi sorang saja dengan izin suami  dengan sorang lagi kawan sekerja - Wani. Anak-anak tak ikut . Kami ikut rombongan sekolah lain yang pergi atas Lawatan Penanda Aras . Ramai , dalam 2 bas.

Yang tak bestnya....pagi-pagi tadi mai sekolah Wani kata suami dia nak ikut. Hilang partner sebilik dan sekerusi ni.

Nak ajak suami saya? Anak-anak tiada orang nak uruskan pula. Mana nak hantar tusyen , nak ambil balik dari asrama dan sebagainya. Turn cik abang berjalan , minggu kedua cuti  pula .   Saya pula ambil alih tugas tu.
Anak-anak dah bawa  makan angin masa cuti bulan 3 , hari tu ke Surabaya .Cerita ada DI SINI.  Lain kali pula jalan ramai-ramai sekeluarga .

Pasrah saja le....nak buat macam mana . Nak cari orang lain pong masa dah suntuk.


Roti Garlic lagi


Petang ni makan roti Garlic tanpa mushrum sup. Makan kosong macam tu pun ok dah sebab roti sangat gebu dan lembut.

Mesti Daddy Ziyyad terbau roti pula petang ni sebab tadi dia boleh bau laptop baru ......hihihi.

Roti dah naik sedia untuk dibentuk. Kalau kita nak bakar terus pun boleh dalam BM ni tapi jadi roti benggalilah. Sebijik macam tu. kalau buat macam tu rasa tak syok pula. Nanti cepat habis. kalau kita bentuk kecil-kecil boleh dapat dalam 23 -25 biji dalam satu adunan.

Hasilnya.
.
.
.
.
.
.
.


.
.
.
.

Jemput makan.
Ccah kopi O pon ok.


23 May 2012

Testing, testing

Alhamdullillah bersiaran  dengan laptop baru hari ini . Delivery sampai ke sekolah tadi. Jangan ingat Pizza Hut atau Dominos saja , komputer pun ada servis macam tu.

Beg  free  dapat sekali.



Saya order dengan anak cikgu Hamdan , salah seorang guru di sekolah yang sama dengan saya. Tolong bangsa sendiri dan satu lagi kalau ada apa-apa masalah nanti boleh call dia untuk servis. Dan yang penting servis mesti telus.

Terpaksa beli baru, sebab komputer kecik yang selalu digunakan  ada masalah skrin pula walaupun dah tukar skrin di Lowyat 3 bulan  lepas.



 Baru sedar garenti yang diberi hanya sebulan  sahaja . Biar betullll! Ke dah kena  tipu  . Takkanlah tak sampai 3 bulan dah rosak skrin lagi. Ini memang kes naya.

Jangan ada masalah lagi hendaknya.

22 May 2012

Border Pas

Bercuti kali ni hanya pakai border pas saja. Pasport pula dah habis tamat  tempoh  . Malas nak bayar RM 100 untuk reniew .   Tunggulah , kalau nak ke mana - mana yang wajib  kena bawa pasport baru buat nanti.

Untuk nak buat Border pas kita hanya perlu  bawaa salinan kad pengenalan  dan original pun mesti adalah ,  2 keping gambar dan bayaran RM 10 sahaja. Proses lebih mudah dan cepat. Sekejap saja dah siap.

Seandainya kita pergi berpasangan  suami -isteri , kita perlu bawa surat nikah bersama untuk diproses oleh pihak Imigresen.

21 May 2012

Pos biasa ...sampai juga



Hadiah FM dari Zefa dari blog   jejari Asmara ibu yusof  dan Mariam. Sampai juga ataupun tak guna pos Laju atau Pos Express.



Alhamdullillah dah berada di tempatnya.

P/s: FM Selamat hari Guru hadiah daripada boss . Semua dapat sorang satu. Bulan ni bulan menambah FM. 

Terima kasih  .

20 May 2012

Penyu Menangis Giveaway @ Jemari Asmara


Penyu Menangis Giveaway @ Jemari Asmara




GA akan berlangsung dari 07 Mei 2012 hingga 10 Jun 2012


Ibu Yusuf dengan baik hati nak bagi:


Hadiah pertama:

Hadiah misteri bernilai RM50.00 dan Ganu FM


Hadiah kedua:

Hadiah misteri bernilai RM40.00 dan Ganu FM


Hadiah ketiga:
Hadiah misteri bernilai RM30.00 dan Ganu FM

Hadiah saguhati:

Ganu FM x 6 pemenang

Boleh klik DI SINI untu melihat syarat-syarat penyertaan.
Hadiah lumayan disediakan.

Melepas



Dalam banyak-banyak hadiah ni, satu pun tak  dapat.

19 May 2012

FM Fraser Hill dari Ibu Yusof dah sampai


Menang GA  dari blog jejari Asmara ibu yusof .

Entry terdahulu  tentang kemenangan  itu ada DI SINI
Barangnya sampai pada hari jumaat , tapi malam baru saya sedar hadiah dah sampai.

Terima kasih banyak-banyak.

GA dari blog beliau juga  sedang berlangsung. Hadiah lumayan sedang menanti.
Mari    kita  joint ramai-ramai.

 

14 May 2012

Pulut mangga

Pulut mangga



Berhujung minggu di Kulim tempohari sempat merasa pulut mangga yang popular .Kalau ke Siam mesti mencubanya.

Pertama kali mencuba, boleh tahan juga sedapnya. Macam kita makan pulut durian . Ada santan , pulut dan mangga.

Sepinggan RM 5. Boleh habiskan seorang. Wah ! kenyang sampai ke petang . Tak  makan nasi pun tengahari tu.

Sesiapa nak cuba , boleh ke Giant Kulim. Ada kiosk makanan Siam di  tingkat 2 . Selain pulut mangga, ada tomyam dan somtan. Tapi tak sempat nak merasa. Pulut mangga pun beli bawa balik .

Aura Siam dah sampai !!!!

13 May 2012

Apa khabar?

Bukan sibuk tapi komputer buat hal lagi...huhu.
Tak boleh nak bersiaran dan BW . Bercuti tanpa rela.

Harap cepatlah ok lappy comel tu.

09 May 2012

Rupa-rupanya Jelajah Malaysia

Tengahari tadi keluar ke Pekan Selama . Hajat hati nak cuci gambar dan ke Pejabat Pos sekali. Tup-tup bila sampai kat  depan dataran stesen bas ada polis suruh berhenti dan cari tempat parking. Masa tu tengok orang dah ramai berdiri di tepi jalan. Macam nak sambut Menteri gayanya. Kereta pun dah banyak berhenti.

Masa tu masa puncak . Ada orang baru balik kerja , ada ambil anak balik sekolah, nak hantar anak sekolah petang pun ada.

Dalam hati tertanya-tanya . Sapalah yang nak lalu  kat Selama time  tengahari panas  gini. Polis trafic dengan motor besar tu tok sah kira la. Menderu-deru.

Lama juga dok tunggu dalam kereta . Nasib baik ada aircorn kalau tak cair.

Depa ni yang lalu.

Mula-mula  lalulah sebuah kereta yang betulis JELAJAH MALAYSIA. Ooo , baru tau, jelajah dengan basikal rupanya  bukan Pak Menteri yang nak lalu .






Basikal naik kereta

Nasib baik urusan selesai juga hari ni walaupun terpaksa memberi laluan kepada 
JELAJAH MALAYSIA  dulu.
 Lega.

   p/s - Kebetulan  bawa kamera  sbb nak ke kedai gambar boleh snap gamabar sekali hari ini.


08 May 2012

KAMERA APA YanG OK

Google



Saya tengah teropong brand kamera digital mana yg ok. Saya nak gambar yang jelas dan terang kegunaan merakam kenangan jalan-jalan atau sisipan di dalam entry.

Sekarang saya guna Canon CoolPix .

Mana yang best antara Olimypus, Nikon , Fuji, atau Sony?

Kamera yang selalu digunakan dah tak berapa cantik gambarnya dek kerana dah terhempas ke lantai . Lens dah tak berapa betul. Sekarang hasil  gambarnya tak boleh nak harap sangat  . Kadang-kadang cantik kadang-kadang blur.

Bila selak balik gambar lama , gambar lama itu jauh lebih cantik dan tajam.

 Siapa punya kerja? Shauqilah. Asyik nak jadi kameramen raya tahun  lepas.




Meh lah kongsi info kat sini.



06 May 2012

Menang GA dari Jemari Asmara

Tiba-tiba terkejut sekejap, bila terbaca  komen  oleh Zefa di entry sebelum ini. Waah !  macam wanted saja bunyinya.



Walla.. sedapnya.. :D

ps: saya masih menunggu alamat dan no phone kak nieda.. err, dah tgk result belum ni?



Bila diterjah rupa-rupanya menjadi pemenang tempat pertama. Kesian   Zefa menunggu info dari akak tak dapat-dapat. Tapi tadi akak dah send  ke email Zefa. Harap  maklumat tersebut dapat diterima dengan selamatnya.


Cabutan pertama memihak kepada:

v




Alhamdullilah , syukur menang kali ini. Tahniah juga pada pemenang yang lain.
Boleh baca  ENRTY GA yang menang DI SINI.

Hadiahnya dapat FM . Itu yang terlebih suka.




05 May 2012

Belajar buat kek coklat inguldence dan red velvet

Entah betul ke tidak nak eja kek nama orang putih ni.

Punya semangat nak belajar buat kek mahal sendiri. Kek ala-ala kek Secret Recepi.
Selepas tamat waktu kerja tengahari , Jumaat terus saja kami ke Taiping ke Rumah NazaIsma Sifu kek di sini . Blog Isma boleh terjah  DI SINI.

Dah siap segala barang ,mandi   dan tukar baju  pun di sekolah sebelum bertolak. Kami pun terus ke sana.  Bukan apa takut lambat siap , jawabnya lambat sampai rumah. Itu pun , pukul 7 malam  baru selesai. 2 jenis kek pula yang kena siapkan. Sampai rumah dah malam .

Barang-barang kek dah Hulwani  beli awal. Hari tu kami berenam belajar buat kek dengan Isma.Semua kawan satu tempat kerja .

Layan ajelah gambar ye.


 

Red Velvet cup cake

Tengah isi adunan red velvet 


Kek Coklat Inguldence . Gambar gegar pula.

Rasa kek ini  memang mantop macam SR punya. 




03 May 2012

Kebun epalku







Ini adalah kebun epal di Surabaya.  Sedang lebat berbuah.

Dengar cerita orang  Surabaya  yang berkerja di Malaysia sebagai buruh tapi ada  pokok epal beratus-ratus di tanah air mereka. Mereka kumpul duit  di sini dan buat harta di sana. Bijak sungguh. Duit Malaysia kan tinggi berbanding dengan Rupiah mereka.

Sekarang nak balik kampung mereka dah naik AA tak naik tongkang dah. Masa kami balik dari Surabaya dulu suku kapal terbang mereka yang duduk.


01 May 2012

Roti Blueberi


Projek meroti semalam , buat juga . Malu kalau  projek tak jadi buat. Satu donia dah tahu nak meroti petang semalam . Alhamdullillah , masuk waktu maghrib je roti-roti ku selesai .

Ikut resepi dari Ros JINTAN MANIS. Bestnya resepi ni tak menggunakan tepung roti semata-mata. Resepi ini menggunakan campuran tepung gandum .

Nak jadi  cerita  tepung roti di rumah saya semalam hanya ada 200 gm saja. Jadi selebihnya saya guna tepung gandum  saja  tapi hasil roti saya semalam  aduhh ! gebu sekali. Jadi senang kalau tak ada tepung roti bantai je tepung gandum pun.

Terima kasih kepada Ros yang berkongsi resepi.



Sayur buah tangan dari Cameron Highland.


Sayur dari CH. Apa lagi yang nak dibeli kalau kita ke sana . Kalau RM 10 kita akan dapat sayur yang tahan untuk stok seminggu ke dua minggu. Punyalah banyak sampai tak muat peti sejuk.

Tapi sayur -sayur ini bukan saya beli dapi buah tangan bekas ex-student suami saya yang ke sana .

Selain sayur dia bagi juga teh ini.


Tahan untuk 40 hari...hikhik.



Terima kasih Jo .