31 July 2012

Memang nak keluar duit juga ni...

Tayar dah tukar dengan tayar spare buat sementara waktu, sebelum bawa ke kedai. Bapa dan anak bujang yang tolong gantikan. Akak tak tengok pun cik abang  anak beranak yang  dok buat kerja. Tahu-tahu dah siap.

Nampak gaya kena keluar juga duit ganti tayar baru. Berlubang tayar kata Cik Abang. Sah-sah kena beli yang baru. Alamak terbang lagi duit. Sabtu ni , dah booking untuk servis , duit juga tu.

Apa nak dikata.

Tapi syukur sangat , kalau terbabas atau berlaku perkara yang tak elok tadi lagilah haru.


30 July 2012

Alahai ....

Semalam meriah blog akak dengan kunjungan sahabat alam maya. Lebih dari sepuluh orang . Gembiranya blog dilawati oleh rakan blogger. Selalu-selalu pun 5,6 orang saja.

Terima kasih kepada Doc, Kakcik  Seroja,Ibu Hani, Pink Lavender, Makchaq,Hanis, Asmara, Qaseh Honey, Lady Lavender, Rai, Kak Azian  Pelangi Mulus dan Khaty Tuah.

Almaklumlah blog pinggiran. Bajet sedar diri . Mana nak terlawan blog orang terkenal macam Fatin Liyana yang mencecah ratusan pembaca dalam satu masa.

Dalam syok -syok tu pula ada yang tak syoknya hari ni. Tayar kereta meletup pula dah. Tak pernah-pernah lagi dalam sejarah bawa kereta , tayar meletup waktu memandu. Jangan tak percaya. Bunyi kuat sangat tapi bila tengok kut cermin macam tak ada apa-apa yang berlaku. Masuk lopak ke....tapi tak ada lubang pun kat jalan tu.

 Bawa terus kereta sampai kat rumah (  Memang dah dekat dengan rumah masa ni). Bila sampai rumah  tengok tayar sebelah kanan pemandu. Dua-dua ok. Tup-tup bila pandang sebelah belakang kiri ni.........memang dah flet langsung.Nasib baik dah dekat nak sampai rumah. Nasib tak baik jauh pula nak bawa kereta ke kedai tayar.



Alahai , dahlah bulan posa. Macam mana ni?

Anggurku berbuah juga

Buah anggur di tanam depan rumah saja.
 Hari tu tak ada rezeki, bila berbuah habis dikebas dengan monyet belakang rumah. 
Kawasan rumah kami memang banyak monyet .
 Boleh tengok monyet-monyet keluar bergayut di wayar letrik.
Macam kat zoo pula. Anak-anak dah tak heran dah sebab selalu dok tengok.



Saiz taklah besar macam kita beli kat kedai. Gamaknya tak berbaja kut. Kecik  comel saja.
Adalah besar jari kelingking. Dah rasa manis  , tapi taklah manis macam anggur Siam pula.


Anggur hijau. Macam mana rasa kalau tanam  anggur hitam noooo....

28 July 2012

Ganti Lampu

Ambil peluang cuti hujung minggu menukar lampu yang tak menyala. Bukan 
satu yang terbakar tapi ada lebih 15 biji mentol yang rosak. Bertangguh nak ganti sampai semua dah terbakar.

Nasih baik ada anak teruna  sorang ni yang boleh buat kerja. Memanjat dan buka sarang lampu kat pagar tu.
Kami bermula seawal 7.30 pagi. Kalau lewat takut berpanas pula bila matahari dah keluar .
Nanti  takut ada yang tak posa  . Opss...!

 Abang Izatt , kalau bab repair barang memang rajin.
 Kalau nak perosak barang pun rajin gak.
Tapi hari ni boleh bagi A  , sebab semua lampu pagar  dah menyala.
Maklumlah nak raya.


 Adik pula jadi pembantu . Asyik dok jaga mentol kerjanya .

Tak mahal harga mentol ni. Sebiji RM1....tapi berkurun baru nak berganti.

Selesai tugas hari ni. 

Dalam hati ada cinta

25 July 2012

Hilang pula...

Photo: Finally!!!

Ini jam kawan saya yang hilang. Tersembunyi balik baju. Sebulan baru jumpa balik.

Hari ni , jam tangan saya pula hilang. Tiba-tiba tengok kat tempatnya dah tak ada. Jam tangan yang ini jarang guna. Maklumlah jam baru beli.


Sekali sekala saja pakai.

Tup-tup dah taka ada. Huhuhuuhu.....


Benda hilang ni walau pun tak mahal , tapi otak asyik teringat kat manalah aku letak?

Dalam beg tangan dah cari, dalam kereta pun dah tengok . Tinggal kat masjid ke ?Masa singgah solat?

Nak sedapkan hati , kalau ada rezeki adalah dia nanti.

Cari slow-slow dan ingat balik.




Bonus Raya 2012



Berita gembira bagi penjawat awam  sempena sambutan hari raya tahun ini. 
Setengah bulan gaji dengan bayaran minimun RM 500 sedikit sebanyak dapat membantu .

Syukuran, syukran.

24 July 2012

Pertama kali masak rebung madu.


Pokok buluh madu.
 Lawa buat pokok hiasan.


Sehari sebelum berpuasa, ada orang bagi rebung madu fresh dari pokok. Tapi dia dah potong-potong kecil. Nak masak senang dah , cuma hiris lagi nipis-nipis. Masalahnya  saya tak tau nak masak macam  mana. 

Pernah makan , tak pernah buat sendiri pun.

Mula-mula saya rebus dulu,  sebelum saya buat masak  lemak cili padi .Kemudian baru masukkan santan dan bahannya.

Redah sajalah jawabnya. Nasib baik jadi elok.




23 July 2012

Fadilat Bersolat Terawih

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan. 

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.



11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Semoga memberi manfaat kepada kita semua.



22 July 2012

Saja Nak Kongsi


Tertarik dengan info menarik ini di FB.
Sekadar renungan dan ingatan untuk diri sendiri.

20 July 2012

Salam Ramadan



Rata-rata semua dah postkan entry menyambut Ramadan.
Akak pun tak mau melepaskan peluang. 


Esok bermulanya 1 Ramadan , hari berkumpul untuk berbuka beramai-ramai. Ada yang balik kampung semata-mata untuk bersama-sama menyambut Ramadan bersama keluarga tercinta.

Seronoknya Ramadan datang membawa seribu rahmat. Bulan keberkatan , bulan mengumpul pahala.Bulan membuat kebajikan. Bulan yang diberi berganda-ganda pahala.

Selamat menjalani ibadat puasa di bulan  Ramadan Al Mubarak...Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lalu.

Insyaallah.




19 July 2012

Apam Indon




Siap.
Sekali pandang macam kek padahal hanya apam sahaja.
Resepi  dari blog Masam Manis.
Boleh je buat. Bagi sesiapa  yang nak cuba.
Pertama kali buat pun boleh jadi dengan elok.

Buat untuk pot luck menyambut puasa.

Terima kasih berkongsi resepi.

18 July 2012

Kesian Aina..ayah dah tiada.



Hari ini terkejut dengan kematian bapa salah sorang anak murid di sekolah kami. Serangan jantung. Tak sangka siang tadi mengambil dan menghantar anak ke sekolah . Malam dak tak ada.
Al....Fatihah untuk arwah.

Menangis si Aina , ayah kesayangan dah pergi untuk selamanya. Anak bungsu kesayangan yang memang rapat dengan ayah.

Semalam masih ada ayah , bermesra , bergurau senda tapi malam ni.....dah tiada . Sekelip mata hilang.

Hanya kenangan  bersama ayah di zaman kanak-kanak akan menjadi peneman sehingga  meningkat dewasa. Malah mungkin sampai bila-bila.Akal kekal selamanya.


Sayunya melihat wajah manja Aina yang kehilangan kasih ayah. 

Tambahan lagi beberapa hari nak berpuasa dan kemudian akan menyambut raya, mesti Aina akan rasa kehilangan.

Kuatlah semangat Aina. Hidup mesti diteruskan. Jadilah anak yang berjaya di dunia dan akhirat.

Belajar rajin-rajin . Bahagiakan hati bonda.  Hanya Aina , kakak dan abang harta bonda sekarang.




17 July 2012

Puasa dah dekat mesti ada serunding dan telur masin.


Datang bulan puasa, serunding ni wajib ada kat rumah. 
Mujurlah  ada orang Kelantan  tolong belikan .
Sekilo RM 60  bagi daging tempatan .
 Kalau daging import RM 50 . 


Apa mimpi tah , tiba-tiba nak buat telur masin sendiri pula.
Dah beli sepuluh biji.  Sebiji 60 sen.
Masa ada aruah tok dulu , rajin dia buat telur masin. 
Bila masuk bulan Rejab mula dah  dia buat telur masin . 
Bila tiba bulan Ramadan dah boleh makan dah . 

Nak buat telur masin senang saja. 
Masak dulu air garam (selalu orang masak air gula....  hihi ). Bila masak cepat sikit garam larut.
Tunggu air garam sejuk. Baru masukkan telur itik yang dah dicuci bersih. 
Masukkan ke dalam balang .Dok diam-diam  dalam balang  tu sebulan dua.

Tunggu air garam sebati dengan telur boleh lah telur direbus buat lauk.
Jangan rebus dulu telur sebelum diasinkan pula tau...


Kita baru terhegeh-hegeh beli telur.
Bilalah dapat makan entah le...
.
Gara-gara musim puasa dah dekat ni....

Dua jenis makanan ini pembuka selera masa nak bersahur.
Tekak saya lah.

Gambar dari google.



14 July 2012

Bukan senang nak buat tapai pulut

Orang buat tapai pulut  tanak ke kukus?

Hari tu ada kukus pulut nak makan dengan durian . Pesen yang makan  durian dengan santan dan pulut tu . Ala-alat pulut mangga. Punyalah banyak dekat sekilo . Sampai penuh periuk pengukus. Bajet nak makan ramai rupa-rupanya orang lain nak makan fresh durian tanpa pulut. Tak ke nanya makcik?

 Banyaklah kan. Sayang pula kalau tak habis nanti membazir .

Takut membazir, saya pun try nak buat tapai sebab ragi pun dah ada berkurun beli tak pakai-pakai.

Yang tukang tengok pulut masak ke tak tu pun rabun. Jadi, bila dia kata dah masak , mak tutuplah api.

Separuh buat makan dengan durian . Separuh lagi buat tapai. Taburlah ragi halus lepas ditapis atas pulut. letak dalam teperware saja. Mana sempat cari daun segala sebab idea spontan.

Lepas tu peram 3 hari 3 malam  . Lepas 3 hari pun nampak pulut dok kematu semacam saja. Tak nampak iras-iras nak jadi tapai jadinya terus masuk tonglah jawabnya.

First time nak buat tapai tapi tak ada ilmu.  Lain kali kena cuba lagi.
Tak puas hati betullah.

13 July 2012

Cuka Kurma @ KHAL


Baru order, nak cuba .

Tertarik dengan kebaikan yang dipromosi oleh sahabat  saya,  rasa nak cuba sendiri pula. Ada banyak jenis Khal yang terdapat di Malaysia sekarang dengan berbagai nama dan keluaran.
Tapi yang ini datang terus  original dari Iran . Dan harganya mampu beli , jika nak banding jenama yang lain.

Tukang promosi


Untuk info  tentang Khal KLIK KAT SINI.

11 July 2012

Makaroni Bakar

 Belum bakar , sedia nak masuk oven.

Petang semalam terasa nak makan makaroni bakar bila  tengok di blog Kak Ida yang tengah sibuk nak buat event minggu ni.

Makaroni masih ada separuh lagi , tapi kena keluar ke kedai juga untuk beli daging kisar pula doh.
Mula masak dah lewat petang , hasilnya 7.30 petang baru boleh makan.

Makaroni ni jadi kesukaan si anak saya  Wafi, siap dia kata  , "makaroni mak buat ni sedap lah ". Sampai bertambah-tambah. 



 Wafi and the geng. Wafi yang tengah.... semangat tu.

 Wafi dan Shauqi di atas Bukit Bendera .

Izzat  , abang pada Wafi dan Shauqi.

Izzat ini pula susah nak suruh makan. memilih pula tu.  Berbeza sungguh cara makan dengan si adik dia.
Dia ni boleh makan , nasi tanpa kuah. Berlauk telur goreng atau ayam goreng seketul  boleh aje dia makan nasi. 

Jangan Wafi, mesti nak kuah sampai banjir pun tak apa. 
Kalau buat cokodok jagung pula...sorang suka ada banyak jagung,  wafi lah. Sorang lagi tak mau jagung. Kalau dah nama cokodok jagung tak ada jagung tak ada maknanya lah.

Hanya mak yang tau selera anak-anak apa yang suka apa yang tak suka.

Eh! Entry hari ni dah lari tajuk .
Belasah aje lah.

10 July 2012

Shampoo Himalaya




Tercari- cari jenama shampoo yang sesuai , akhirnya saya memilih shampoo jenama ini . Setelah lebih dua bulan menggunakannya  , saya amat berpuas hati dengan hasilnya. 

Jenuh menggoogle saya dapat 2 jenis disyorkan  diblog-blog . Satu Himalaya dan satu lagi Ba Wang yang ada muka Jakie Chan kat botolnya. Tapi masa nak beli tu, Ba Wang tak ada , jadi Himalaya yang saya beli.

Kandungan herbanya serasi dengan kulit rambut saya dan nampak perubahan lebih baik  selepas menggunakannnya. 

Rambut lebih sihat, tidak mudah  gugur  dan semakin hitam.

Sebenarnya , banyak jenis shampoo ini dalam berbagai fungsi tapi saya pilih repair regenaration supaya rambut sihat dan kuat. 



09 July 2012

Cara nak buang Word Verification pada ruang komen.





Banyak blog masih menggunakan WV pada ruang komen. Tuan punya blog mungkin tahu atau mungkin tidak sedar. Wv sangat melecehkan yang mana  sekarang ada nombor pula selain perkataan.

Saya pun tak perasan, sebab kalau tuan punya blog sendiri  yang nak respon benda ini WV  tak akan keluar. Bila saya ditegur oleh WAHIDA baru saya terperasan , blog saya pun ada benda alah ni.

Pertama kali Wahida ajar, saya  tak tukar lagi. Otak dok blur lagi nak buat macam mana  . 
Kemudian , dia tegur lagi ......suruh saya  tukar.

Tak boleh jadi ni, so saya pun mulalah google cari cara nak buang WV ni .  Jumpalah kat satu blog ni. Sebab toturial siap dengan gambar maka cepatlah  selesaikan tugasan .

Kalau kata pergi ke dashboard----> klik setting------>klik komen  hasilnya lambat sikitlah nak fahamnya.

Caranya selepas ke Dashboard anda akan jumpa

.
.
.
.
.
.
.

Klik No dan jangan lupa save settings yang dah dibuat.

Selamat mencuba.


memo: TQ untuk Wahida , blog akak dah tak ada WV.

08 July 2012

Orang Johor dah balik.


Pagi tadi, Nadiah yang datang dari Johor (kalau GB jumpa kat Johor boleh hai-hai) dah balik selepas subuh hari ini. Dia bertolak ke KL untuk majlis konvonya.  Mak ayah jauh kat Sabah. Konvolah sorang-sorang dengan kawan-kawan sahaja.
Kesian dia.
Anak dara ni pun ada blog juga tapi sunyi sepi dah.

Ayah Nadiah sepupu dengan mak  saya. Jadi , dia datang rumah  kami sambil tengok adiknya yang baru masuk UiTM di Permatang Pauh. Rumah yang dekat untuk bermalam di rumah kamilah.

Kalau mak ayahnya pulang bercuti hujung tahun pun rumah kami yang jadi tempat bermalam.
Bulan 12 tahun lepas pun mereka sekeluarga singgah bermalam.

Ada entry tentang Nadiah KAT SINI
Semoga perjalanannya selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Bibik baru





Habis  satu rumah dia basahkan. Bla kita datang dengan mop nak keringkan tempat yang banjir tu, dia berebut pula nak buat.

Last-last dia yang buat semua.
Mak tengok saja.

07 July 2012

Bun Coklat untuk orang jauh.

Bun coklat

Cuti hujung minggu ini , kami menerima tetamu. Ayah dan mak mertua datang bermalam dan   tetamu jauh dari Johor. Memandu kereta sorang-sorang dari  selatan ke utara. Anak dara pula tu.

Apa lagi selain roti, yang buat sure jadi. Itu saja yang mudah. Apa tak mudahnya tukang ulinya ada.  Bread makerlah jawabnya.

Kali ini buat bun coklat pula  sebab inti kacang merah yang jadi kesukaan ramai dah habis. Coklat filling ini buat sendiri hasil google di internet. 

KLIK KAT SINI kepada sesiapa yang mencari resepi  filling coklat .Sangat mudah dan jadi  tidak berketul-ketul. Saya guna periuk tak melekat , jadi  hasilnya 100% tak ada tertinggal dalam periuk. Bulat je masuk dalam mangkuk.

Selamat berhujung minggu.


05 July 2012

Bloglist Kak cik Seroja.


Blog Kak Cik Seroja , sedang mengemaskini  senarai bloglistnya.  sesiapa yang teringin untuk tersenarai di sana silalah KLIK SINI.

Syaratnya sangat mudah......semudah memetik  jari. Ecece... cubalah , tak rugi punya.


04 July 2012

Makaroni Bakar...........nampak senang

Bila ke blog INI nampak pulak resepi makaroni bakar. Bila tengok , nampak senang saja sebab ada langkah demi langkah ditunjukkan. Orang tak pernah buat pun boleh buat sendiri.

Comel , sebiji sebiji makaroni ni. Bagi pengemar keju tentu suka dapat makan makaroni ni masa sarapan atau minum petang.



Selalu saya buat macam ni saja, kedebak dalam satu acuan. Nak makan potong kecil-kecil.



Bagi sesiapa nak cuba boleh singgah DI SINI.




03 July 2012

Belimbing buluh dan udang bertemu juga


Jemput makan.

Nisfu Sya'ban.

Jangan  lupa esok hari ke 14 Sya'ban, dan Maghribnya dah masuk malam ke 15.

.
Google je


Ustazah Yati   kata, Nisfu Sya'ban ni sangat besar nilainya selepas malam Lailatul qadar.
Malam ke 15 inilah buku catatan kita diganti baru dan buku lama dinaikkan ke atas.

Dia kata , banyakkan amalan di malam itu  supaya buku-buku catatan amal  kita tidak sia-sia.Bacaan  Yasin di malamnya dan berpuasa di siang harinya boleh kita lakukan pada hari ke 15 ini. Sesiapa berpuasa di bulan Sya'ban ini Allah akan haramkan tubuhnya dari api neraka.

Ustazah  Yati kata  juga , Nabi kita tidak tidur di malam Nisfu ini untuk memperbanyakkan amalan seperti bersolat tahajut , beristifar , berzikir dan membaca al Quran.

Ustazah kata juga , berdoalah banyak-banyak, sebab Allah akan makbulkan setiap doa dari hambanya pada bulan sya'ban ini. 

Sekadar berkongsi  dan selamat beramal.

Alamak ! Blog not found




Dengupan jantung berhenti sekejap ....eh lagi laju berdenyup bila tiba-tiba nak klik blog sendiri dah tak ada.

Tapi kalau jadi begini, jangan risau. Ikut step untuk nak cari balik blog kita yang hilang itu.

Masukkan no telepon untuk menerima kod baru secara sms. Kalau telefon rumah pun boleh tapi nanti dalam

bentuk suaralah.

Kemudian masukkan ke ruang yang disediakan kod yang baru diterima.

Dan dalam beberapa saat, blog  kita akan muncul semula.

Lega!!