31 August 2012

Kenduri kahwin tempat jumpa saudara mara.

Bial ada jemputan , mak tak akan melepaskan peluang untuk hadir.Tambah-tambah pula jika jemputan dari sepupu-sepupunya. Semalam 31 Ogos kenduri kahwin anak sepupunya .

Gembira hati  dapat berkumpul dengan sanak saudara dalam satu tempat dalam satu masa yang sama.Pagi tadi bercakap di talipon dah tahu rasa hatinya .


 Mak pakai baju ungu dengan kaum kerabatnya.




Pengantin dengan Dato Zahari  Sulaiman


Makan beradap


Bergambar dengan Faizal Tahir .



Dua pasangan pengantin diraikan . Satu pakai baju biru , satu lagi baju ungu.

30 August 2012

Selamat Hari Merdeka

Esok  tarikh keramat negara menyambut Hari Merdeka yang ke 55 tahun.  Semoga Malaysia tercinta terpelihara aman makmur dan sejahtera.

Kekal bebas dari dijajah minda dan segala.
Hidup bersatu padu dan harmoni berbilang bangsa.


Sambutan Merdeka Raya di sekolah hari ni.



Semangat patriotik

Dalam bergembira menyambut pelancaran minggu merdeka kami dikejutkan berita rumah Wani kena rompak pula. Siang-siang pun depa buat kerja. Tengah orang tak ada .
Tak tahu apa yang hilang . Tuan punya diri masih terkejut lagi.

Dulu kereta dia kena langgar dengan Mat Bangla sekarang rumah kena rompak pula. Malang sungguh nasib Wani. Kesian dia.

28 August 2012

Tupperware2all Page Contest: Great Prizes & Cash!!!



GA Tupperware yang tak mungkin dilepaskan. Memang meroyan bila tengok barangan Tupperware yang cantik beraneka  warna. Berbagai bentuk dan kegunaan. Berbanding Tupperware zaman dulu hanya berwarna putih saja.

Sekarang macam-macam ada . Berpinar biji mata aiiihh. Semua berkenan. Paling best untuk menyimpan makanan seperti biskut atau gula konfem tak masuk semut atau masuk angin. 

Sesiapa nak cuba boleh KLIK SINI dan lihat peraturan -peraturan serta hadiah-hadiah yang disediakan.

Tarikh tutup : 28 Ogos 2012 - 17 september 2012.

Jangan ketinggalan.

27 August 2012

Bila dah berjiran dengan orang Kelantan.


Kita bagi kuih raya saja sebekas. Dia balas berkebas-bekas.
Ada keropok kering, serunding ikan, bkuih batang buruk dan sos cili Ummi.
Rezeki jangan ditolak.

26 August 2012

Shauqi dah 4 tahun

Pagi-pagi lagi mak tok dah menalipon nun jauh dari Johor mengingatkan maknya Shauqi , hari ni 26  Ogos  hari ulang tahun ke 4 Shauqi.


Gambar terbaru raya 2012 -Ahmad Ikhwan Shauqi dan Batrisya

Mak  bukan lupa tapi tak perasan. Maklumlah masih mood raya.

Lepas  tu abah pun sibuk tanya , Shauqi nak hadiah apa? Tapi yang menjawabnya ramai. Mak, kakak dan abang-abangnya. Ada yang sebut nak Pizza Hut, nak kereta kontrol  haih...macam -macam lah. Tapi Shauqi kata nak chewigum(ceklat getah). Buat lawak sungguh Shauqi ni. Semua orang gelakkan dia.Takkan nak hadiah tu saja kut. Orang lain yang tak kena mengena pun minta hadiah yang  lagi  best.

Bukan apa sebab dah terbiasa dengan abah yang selalu beli cokelat getah banyak-banyak buat umpan masa nak naik kapal terbang supaya tak menangis dalam flight. Last last sekali dia sebut nak raksasa. Hahahah....dia kena gelak lagi.

Petang tadi, masa balik dari hantar kakak-kakak ke asrama singgahlah ke kedai nak beli raksasa macam yang dia nak.
.
.
.
.
.
.

Inilah raksasa yang dia pilih.





Inilah raksasa yang menjadi hadiah  Shauqi tahun ni. Dia yang pilih sendiri. Ingat ke Utraman ke.....?Rupa-rupanya benda ni. Apa-apa pun tak apa asalkan dia gembira.

Tak sempat main lagi. Shauqi tertidur dalam kereta  sampai ke rumah .Pagi esok lah main.

Doa mak dan abah semoga Shauqi membesar dengan sihat . Belajar rajin-rajin .Patuh agama dan mendengar nasihat mak dan abah serta menjadi anak yang soleh , berjaya di dunia dan akhirat.
Amin.



Al Bulqary ( 2 )

















Dengan 3 buah kereta MPV untuk diisi dengan kaum kerabat anak cucu, maka macam-macam kerenah boleh dilihat . Masa ni dah selesai bersolat zuhur berehat sekejap di perkarangan masjid sebelum bertolak balik .

Sementara menunggu masa untuk berpecah, sebab sebuah kereta akan terus ke Senawang dari Alor star. Kami yang lain dengan 2 buah kereta yang lain bergerak balik ke Perak.




25 August 2012

Masjid Al Bulqary, Alor Star.

Kami singgah solat Zuhur di sini. Beberapa kali pi Kedah tapi hajat belum kesampaian  untuk singgah di sini. Gah bangunan masjid ini membuat hati tak sabar untuk singgah.

Tak sangka pula , bertembung dengan sahabat persekolahan di sini tak kala masing-masing menuju ke tempat berwuduk. Teman sekampung lagi tapi berjumpa di tempat orang. Dia dari rumah mertua , orang Alor Star beraya. Dah nak balik ke rumah sendiri dah.


Tangga utama menuju ke tempat solat. Tempat solat selesa dengan kipas angin yang banyak .
Tapi yang mendukacitakan bab tandas. Tandas  (wanita) kalau nak ikutkan saiz masjid tak cukup setakat 2 dari 3 pintu sahaja yang dapat digunakan. Satu dah rosak ,air bertakung.Bilik air pula tak keluar air hujannya.

 Pokok tamar banyak ditanam di perkarangan masjid tapi  tak ada buah lah masa ni.

 Sempat lagi main air .

Nak juga bergambar bawah pohon tamar.

 Alia dan Maksu Jida adik bungsu selah suami . Hari ini dah terbang balik Sabah.
Tahun depan pindah Semenanjung  balik..

Las kopek.

Daaa.
 Jumpa lagi.

24 August 2012

Kuih Bunga Pudak


Dari google

Pertama kali mendengar namanya dah rasa pelik sikit. Kuih Bunga Pudak , kuih tradisional negeri Kedah. Kuih yang berinti kelapa muda. Ada yang diwarnakan merah macam dalam gambar dan ada juga hijau semasa saya mengoogle.Jadi warna ikut tukang yang buat agaknya.Kemudian dibalut dan dilipat  pula dengan gula yang disira.

Kuih ni popular dijadikan hantaran mungkin sebab keunikan yang tersendiri. Semasa rombongan meminang kami ke Alor Star tempohari kuih ini salah satu yang diberi sebagai balasan.

Memang Malaysia  kita kaya dengan kuih warisan.



Tadarus Al Quran di RTBK

Aktiviti selama sebulan bertadarus di bulan Ramadan yang lalu oleh murid murid Tahun 4,5 dan 6. Kemuncaknya sebelum bercuti raya satu majlis  Ihya Ramadan  telah diadakan. Seramai 22 orang telah berjaya khatam dan diberi sambutan gilang gemilang.

Sebenarnya selain bertadarus ada lagi aktiviti yang diisi pada bulan puasa yang lalu. Ada Program Bijak Jawi iaitu membaca buku cerita dalam tulisan jawi dan bercerita.

Dalam ramai-ramai pelajar yang berjaya mengkhatam AlQuran itu termasuklah putera kami Ahmad Izzat Hakimi  b Ahmad Azhar dan Ahmad Aiman Wafi b Ahmad Azhar.

Entry kali ini sebagai kenangan mereka berdua untuk dilihat kemudian hari.

Moh layan gambar sajalah.









Dibantu oleh jemputan khas Ustaz Halideh yang  pernah menjadi Johan Tilawah Negeri Perak.


Sedang beratur untuk menerima bunga telur oleh Guru Besar







Pemenang Bercerita  adik Syakir Fahmi -Tahun 3.


Selain itu juga baju raya / duit raya untuk anak-anak yatim tak dilupakan dan semua murid-murid lain  mendapat duit raya juga.

Terima kasih kepada teacher Isma atas semua gambar-gambar di sini.







23 August 2012

Cerita raya lagi


Selepas balik solat sunat hari raya, kami berkumpul untuk bersalam-salaman dengan atuk dan  Tok Da(tok baru).  Masa ni yang rasa syahdu tapi merupakan moment indah setiap kali raya.


Anak cucu menunggu giliran untuk bersalaman.mengikut giliran dari anak yang sulung hingga yang bungsu.Diikuti dengan anak masing-masing. Masa ni Shauqi tak sabar dok tunggu giliran.

 Anak cucu beratur nak terima duit raya. Yeahh....

Apa kehal ni...?
Alia ,cucu sulung tahun ni diberi peluang terima duit raya  yang pertama. Siap boleh tarik berapa yang boleh  tarik duit merah tu dari atuk.
Rezeki le tu

Sekelurga adik ipar dari Melaka tak balik beraya di kampung tahun ni. Giliran sebelah  sana pula. Tahun depan pula berkumpul 5 beradik beraya di  Perak.

22 August 2012

Ada yang baru pula

Punya banyak ikon kat catatan ni, berderet-deret. Nak cari ikon untuk masukkan gambar pun tak nampak lagi.

Bila pula bertukar kaedah ni ? Maklumlah minggu raya sibuk beraya tak sedar ada yang baru pula di bahagian catatan ni.


20 August 2012

RAYA 2012

Kenangan Raya 2012.

Gambar keluarga  beraya di rumah mertua. Selepas bersolat sunat aidil fitri ,kami menziarah ke kubur arwah ibu mertua., dan nenek. Rutin wajib setiap tahun.

Tengahari , kami beraya di rumah mak saya pula. Padahal mak lebih banyak tinggal bersama kami . Namun bila raya balik beraya di kampung bersama adik perempuan saya pula.

 Kampung kami tak jauh dapatlah beraya di kedua-dua rumah. Paling best, walaupun kata balik kampung tapi dapat singgah juga di rumah sendiri untuk menukar pakaian. Antara 3 buah rumah - rumah mak saya, mertua dan rumah kami berdekatan.

Raya kedua pula berkonvoi adik beradik berjalan raya .
Sempat lagi singgah beli cincin . Ada yang nak bertunang pula nanti.


18 August 2012

Kerabu mangga untuk berbuka


Untuk hari terakhir berpuasa. Makan ramai-ramai di rumah mertua .

Bahannya
4 biji mangga muda
1 biji bawang besar
segengam cili padi
garam dan gula
3-4 biji limau nipis (untuk airnya)
segengam udang geragau
segengam kacang tanah tumbuk kasar


Potong dadu bawang besar dan  cili . Mangga sagat nipis. Campur semua bahan -gula, garam , udang dan kacang tanah. Gaul rata dan masuk ke dalam peti sejuk sebelum berbuka.


16 August 2012

Selamat Hari raya Aidil Fitri.




Tinggal tak beberapa hari lagi hari raya akan tiba. Mungkin dikala ini masing-masing sudah sibuk untuk pulang beraya di kampung.

Di kesempatan ini akak ingin memohon maaf di atas silap dan salah dalam menutur kata semasa menulis di alam maya ini. Manalah tahu terguris hati rakan-rakan blogger tanpa disedari.

Selamat pulang ke kampung halaman masing -masing semoga kita selamat di dalam perjalanan.

Sampai kita berjumpa lagi.

"Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf zahir dan Batin".

15 August 2012

Udang galah masak lemak


Menu berbuka hari ini .
Udang hasil pancing cik abang. Siakap dah tak layan, layan udang pula.
Goreng sudah, bercili pun sudah.
Masak lemaklah pula.

13 August 2012

Agar-agar kering


Imej dari google.

Agar-agar kering salah satu juadah tradisional yang sedap dan tersendiri untuk dinikmati.
Nasib baik , dapat juga  disiapkan untuk  raya kali ini.

Resepi orang dulu-dulu.  Berwarna warni nampak ceria.

Bahan utama mesti ada:

30 gm agar-agar 
1 cawan gula batu (untuk nampak berkilat)
300 gm gula pasir
6 cawan air
daun pandan

Cara:
1. Masak agar-agar dengan air dan daun pandan hingga larut.
2. Tambahkan gula dan gula batu. Bila gula sudah hancur tutup api.
3.Bahagikan kepada beberapa loyang untuk ditambah warna. Contohnya merah, hijau , kuning.Ikut suka nak letak warna apa.
4.Bila keras , potong kecil-kecil untuk dijemur sehingga kering.