05 August 2012

Resepi Biskut Mazola

Memandangkan minggu ni , cuti bekerja sehingga  3 hari jadi rasanya sesuailah  buat kuih-muih. Kalau hari bekerja penat pula. Lagi pun , bila petang dah  mula masak untuk berbuka pula.
  1. awal akak start maraton ehehe..saya nak start minggu last ramadhan. Buat kuih2 wajib atas permintaan aje kot. Biskut mazola tu camana yea akak . Nanti nak google resepi jugaklah :-)
    ReplyDelete 

    LL ada tinggalkan komen nak resepi Biskut Mazola. Resepi  ni senang sangat. Resepi ni pun akak dapat dari kawan , Mazura. Terima kasih untuk Zura yang bagi resepi ni dulu . Selepas  dia bertukar lost contact pula. Jadi bila buat biskut ni teringat pula pada dia. Selepas dapat resepi ni , tiap-tiap tahun mesti buat. 
    Di bawah ni ada resepi untuk LL atau sesiapa yang mencari resepi Biskut Mazola.
     Tak payah timbang-timbang tapi sukat dengan cawan atau mangkuk. Mudahkan?
  2. Kalau kita nak buat dalam kuatiti yang banyak, guna saja mangkuk atau sukat dengan cawan tapi gandakan semua bahan.
  3. Mari kita semak resepi.
  4. BISKUT MAZOLA
  5. 1 mangkuk kacang tanah yang telah digoreng dan dikisar halus
  6. 1 mangkuk tepung gandum
  7. 1/2 mangkuk gula halus
  8. minyak mazola/ minyak masak biasa yang lain(ikut elok)
  9. sedikit garam
  10. kuning telur (untuk hiasan)
  11. Caranya:
  12. Campurkan semua bahan kecuali kuning telur sekali dan gaulkan sekata. Bila semua bahan dah bersatu baru masukkan minyak. Lebih senang gaul dengan tangan sebab kita tahu kelembapan adunan.Kira sampai aduan boleh kita bulat-bulatkan atau terap dengan acuan. lepas tu sapu kuning merah di atasnya. Bakar dalam 170 C  sehingga masak.
  13.  
  14. Ini bentuk yang akak buat. Tapi terpulanglah mengikut citarasa sendiri untuk membentuknya.
  15. Selamat mencuba.

Post a Comment