26 September 2012

Tentatif Vietnam


Gambar dari kazaztan.blogspot

day 1: Hochiminh arrival            
Arrival Hochiminh, meet our guide and transfer to hotel for check in.

Then, take a short time to visit Notre Dame Cathedral, Centre Post Office, City Hall and China Town.
Dinner at Saigon Boat cruise (will traveling on the Saigon river) with traditional music or Muslim restaurant.
Overnight at hotel in Hochiminh.

day 2: HcmC – cuchi  
Morning, visit Cu Chi District where located Cu Chi Tunnel - 65 km Northwest of HCMC. This reknown network of tunnel, which is over 250 km long, became famous around the world during Vietnam war. Ben Duoc Temple – where setting up memorial steles to the martyrs who laid down their lives on the battle field in HCMC – Cho Lon – Gia Dinh during the war,.
Afternoon, continue city tour,  visiting War Remnants museum, the former Presidential PalaceVisit  Musulman Masjid- This is the most crowed people praying at Masjid in Hochiminh Built in11935 by Indians Muslims.(66 Dong Du – near Sheraton hotel. and Then  visit Kampung Champa-Melayu Islam* where there’s a Masjid Jamiul An-War. This is a place which most crowded Muslim people staying & still exit the traditional of the Champa-Melayu people ( 157B Duong Ba Trac, District 8, where there’s a Pondok for most Muslim students whom come from different area, provinces of Vietnam  to study). Besides, you are able to find out & buy some souvenir gifst for your trip such as Telekong, Tudung, dan lain2…with best price compare to other places. From district 8, just 10 minutes drive  connect to PHU MY HUNG  the new intelligent City.
And shopping at Ben Thanh market.

Dinner at local restaurant. At night, free for shopping at “Ben Thanh pasar malam” Overnight at hotel in Hochiminh.

day 3: HcMC – my tho – BEN TRE    ( B/L/D)                      
  Morning, meet at your hotel and drive to My Tho through fertile paddy fields. Upon arrival, visit Vinh Trang, then jump on a boat and cruise along the tributaries of the Mekong River for a close-up view of local life.visiting four beautiful & historical islands ( Long, Lan, Quy, Phung). Wander through Thoi Son Island and orchards where a huge variety of tropical fruit can be tasted; and Bonsai garden to watch people cultivating their gardens. Listening “ Don Ca Tai Tu Nam Bo” a traditional music of local people at Mekong Delta…
Lunch at local muslim restaurant & praying zuhor or combine zuhor & Asar prayerat Masjid My Tho (optional choice)
Afternoon, transfer back to Hochiminh City and free & leisure for shopping.

Dinner at local restaurant. Overnight at hotel in Hochiminh.

day 4: Hochiminh – departure ( B)
The morning is at leisure before cheking out. Have breakfast. Transfer to the Airport onward a flight for departure.

Tentatif di atas adalah aturcara yang telah diatur namun ia akan mengikut kesesuaian semasa lawatan kita. nanti.

25 September 2012

Jom , jom, jom Vietnam


Entry ini adalah sambungan dari entry sebelumnya  JOM VIETNAM.

Oleh sebab ada yang bertanya  ,kak Ni dan Kak Zai tentang harga  , jadi saya umumkan ongkos untuk ke sana.

Harga untuk seorang ialah RM 1600 termasuk semua sekali. Anda perlu bawa duit untuk bershopping sahaja. Jadi tak payah risau tentang penginapan dan bayaran yang lain-lain . Semua sudah termasuk di dalam pakej.

  1. Nieda, nak tahu jugak harganya dulu.
    1. Macam best aje...berapa ongkosnya?
      Jadi sesiapa yang berminat bolehlah ikut serta. Untuk trip bulan Mac tahun depan pun ada juga tetapi ke Bandung dan Jakarta.






23 September 2012

Jom Vietnam

Jom , jom sapa nak ikut . Ada 6 tempat kosong lagi.

Makan angin musim cuti sekolah hujung tahun ni.



Tarikh : 17 Disember - 20 Disember 2012

Perbelanjaan merangkumi semua termasuk tiket kapal terbang , tempat lawatan, makan minum  hotel serta pengangkutan semasa di sana.

Hanya perlu bawa duit shopping sahaja nanti.

Sesiapa berminat boleh tinggal pesani kotak email saya ye : cempaka_1002@yahoo.com.

Jom jom jom.

17 September 2012

Hati berbunga sampai ke petang...alahai.

Bila masuk umur 40an ni makin kuat pula lupa .

Hari tu berjanji nak bawa biji kacang hijau nak tanam pokok tauge.
Hari ni lupa, esok pun lupa.

Adam budak dalam kelas Tahun 1  kata, "Cikgu ni  nampak muda lagi tapi asyik lupa."

 Adam , kalau nak tahu, cikgu boleh tersenyum sampai ke petang.
Hebat betul kata-kata Adam boleh buat hati cikgu berbunga-bunga sepanjang hari.

12 September 2012

Muzium Taiping


Jika berkunjung ke bandar Taiping snggahlah  melawat ke Muzium Taiping , berhampiran Penjara Taiping. Penjara Taiping ialah penjara yang tertua di Malaysia.

Masuk percuma. 
Ia di buka seawal pukul 9 pagi - 5 petang. 


Gambar-gambar semua ini adalah sebahagian yang berada di luar muzium. 
Muzium  dua tingkat yang terbahagi kepada beberapa bahagian pameran. 

Bahagian atas terdapat barang-barang lama termasuk pasu-pasu. Terdapat bahagian Orang Asli dan suku-sukunya termasuk barang kegunaan mereka seperti arca, bakul, raga yang diperbuat dari akar dan kulit kayu.






 Kubur lama dari pada batu.

 Cendawan gergasi  yang dijumpai di dalam hutan Malaysia.

Sebelum masuk , bergambar dulu.



11 September 2012

Roti Garlic





Memang tak jadi roti bila lama tak buat meroti. Boleh lupa letak gula dalam adunan. Langsung roti jadi bantat, berat dan tak kembang. Gulakan egen penaik  juga selain yis.

Resepi  roti banyak , bila jumpa je resepi roti ambil salin dan simpan masuk buku resepi. Akhirnya bila banyak sangat tak tahu resepi yang mana satu yang dok buat selalu.

Resepi Roti Garlic ini saya nak simpan kat sini , nanti senang cari balik.

Sumber resepi : Rosmarlina @ jintanmanis.com

Roti Garlic

350 gm tepung roti
50 gm tepung gandum
2 sb gula
2 sudu margerin (saya letak shortening)
3 sb water roux
1 sudu teh esen vanilla
1 bj telur (dikocok dan tinggakkan sedikit untuk glis pada roti)
2 sb yis
1 sb madu
180 ml susu suam /air suam
2 sb susu tepung



Caranya-caranya

1. Kalau ade  BM tu leh lah masukkan semua bahan  dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.

2. Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 16 ke 18 bahagian kecil dan bulat-bulatkan, biarkan selama 7 ke 8 minit.

4. Sedia untuk menggulung, lihat gambar no.1 , kemudian gambar no.2, ambil satu doh dan lipat dua, kemudian runcingkan bahagian hujung seperti gambar no.3,  selepas itu, terap memanjang doh tadi, pastikan tinggal sedikit bahagian pangkalnye, cara terap dan gambar doh boleh rujuk gambar no.4 dan no.5, akhir sekali gulung perlahan dari arah atas sampai hujung dan anda akan dapat rolls yang cantik gulungannye seperti gambar no.6 dan no.7. Ulang langkah tadi hingga doh habis. Biarkan butter rolls naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 1 jam ke 40 minit.
5. Setelah butter rolls naik dua kali ganda, gliss, pemukaannya dengan bancuhan telur dan susu serta madu tadi, dan bakar  pada suhu 180darjah selama 18 ke 20 minit ataupun sehigga permukaan butter rolls perang, setelah masak, angkat dan susun butter rolls di atas redai untuk disejukkan, simpan di dalam bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutannye, Selamat Mencuba.

09 September 2012

Payung kuning tu


Gambar dari FB.

Berlaku kemalangan di Pekan Selama. Sementara menunggu ambulance sampai apek  memangku mangsa kemalangan ini.

Tak tahulah kemana orang yang sebangsa pergi. Tapi respeklah sama apek cina ni.

07 September 2012

Shauqi dah masuk sekolah.

Cerita Shauqi masuk sekolah pula hari.
 
Baru empat tahun , tapi apa salahnya mak dia nak hantar masuk tadika. Tiba-tiba rasa hati nak suruh dia belajar .Dapat sikit-sikit pun tak apa. Asal dapat ilmu. 
Daripada duduk kat rumah tak buat apa-apa.

Lepas cuti pertengahan tahun bulan Jun lepas , kami mula daftarkan dia di sekolah Tadika Islam Perak berhampiran rumah.  Tapi bukan mak ayahnya yang pergi daftarkan, pak ndak dan mak ndak(pengasuhnya) yang uruskan.Shauqi panggil bapa dan ummi.

Sekali ada juga maknya pergi sekolahnya, aik.... takkan nak serah bulat-bulat kat orangkan.Masa nak ambil Shauqi balik, rupa-rupanya ummi tu tunggu dari pagi lagi .Minggu pertama sekolah, rupa-rupanya depa ni dok tunggu anak ni.
Kesian la kat depa dua laki bini ni.Lepas tu pesan tak payah tunggu dah. Budak ni kalau dok tunggu menggada sikit.

Hari pertama bayar yuran , buku dan pakaian sukan sahaja yang dapat . Uniform  ungu sekolah kena buat sendiri. Sekolah dah tak sediakan pulak. Maklumlah masuk tengah tahun.

Mula -mula ingat nak beli yang siap...tapi tak jumpa pula. Last-last beli kain lah jawabnya . 
Tapi masa tu dah dekat nak raya tukang jahit dulukan baju raya pula.
Akhirnya baru semalam siap dan dapat pakai hari ni. 

Wah ! punya lama dok menunggu  baju sekolahnya.
Tapi dia tak kesah pun , hari -hari pergi sekolah pakai seluar panjang dengan tshirt macam nak pergi  jejalan pulak.

              Gambar tahun lepas di hadapan  rumah asal Mantan PM , Tun Dr Mahathir di Alor Star, Jalan Kilang Ais. Kat tepi tu memang ada kilang ais. maknanya kilang tu dah lama beroperasi.

.
Bukit Bendera


 Tasik Banding dengan Abang Aiman, dan Hafiz(sepupu)

Inilah uniform sekolah yang baru siap. 

Jumpa lagi.

06 September 2012

Tapai Pulut.

Petang tadi pekena tapai pulut 4 bungkus sekali hadap. Sedap pula  makan sejuk-sejuk.  Baru keluar peti.
Orang bagi, murah pula rezeki petang-petang ni.

Bila makan tapai  ni, teringat sorang anak  yang tak ada di rumah -Ahmad Izzat Hakimi . Suka betul dia dengan tapai.








Dibalut dengan daun pisang. Kalau di Kelantan mesti dibalut dalam daun getah. Kecik comel. Sekali buka mulut terus hilang masuk perut.

Rezeki lagi.

04 September 2012

Resepi roti pun dah lupa

Akibat cuti sebulan (bulan puasa) tepung roti pun dah berulat.  Tiba-tiba teringin nak makan roti pula. Selak-selak buku resepi tak ingat pula resepi mana yang dok buat dulu.

Sememangnya banyak resepi roti yang ada. Jadi keliru pula bila ada banyak resepi untuk dipilih.
Kena google balik kat blog Jintan Manis, sebab selalu buat ikut resepi dia punya.


03 September 2012

Cuba teka ?



Lepas raya taka ada idea sungguh nak mengarang . Aduhai.....?

Untuk malam ini hanya gambar ni sebagai santapan.

Cuba teka gambar budak-budak ni, yang mana satu lelaki atau dua -dua lelaki atau dua -dua perempuan?