12 November 2012

Makan -makan di akhir tahun - Hotel Warisan Taiping.


Majlis akhir tahun kami di Hotel warisan di tengah-tengah bandar Taiping. 
Hotel baru lagi dibuka. Berhampiran Masjid Taiping dan paling dekat dengan nya ialah Sek. Convent Kota. 
Senang sangat nak cari. 
Hari tu rombongan dari  Terengganu bermalam di situ untuk majlis bertunang esoknya.


Hadiah yang dapat hari tu. Hadiah tukar-tukar semua dapat sorang satu.
Abaikan Big Apple kat atas.
Yang tu beli sendiri makan sendiri.

Penuh meja dengan makanan

Menu nasi putih dan lauk pauk Melayu. Ada juga kuih-muih pencuci mulut seta cendol.

Hamper pun dapat juga. Sorang satu juga. Semua dapat. 
Masa balik tak cukup tangan nak bawa hadiah.

 Ini pun dapat juga .
Tapi bila sampai rumah relai habis dikerjakan anak-anak sebab nak ambil patung dan gula-gula  tu.

Tahun depan di mana pula?

Selamat bercuti dan Happy Divali.

2 comments:

  1. zaman mengajar dulu, majlis cam ni lah yg ditunggu2.. seronok.

    ReplyDelete