31 December 2012

Entry pertama 1213




Selamat datang 1213 , bye-bye 1212.

Semoga tahun baru lebih  baik dari tahun lepas. .
Pahit manis 1212 menjadi kenangan.
Hanya tersimpan kejap dalam memori kehidupan.

Happy New Year.





HCMC - part 2

Bersemangat pula bila ramai yang tweet-tweet nak baca cerita Vietnam ni. Bila sampai seru laju saja tekan keyboard. 

Kasih Redza, Daddy Ziyyad dan Nekcik dah keloi-keloi.


Ini kedai kopi terkenal seperti yang dinyatakan oleh Dove pemandu pelancong kami di sana. Gambar pun dari dalam bas saja.

 Bila ke Vietnam wajib minum kopi di sana. 
Memang rasa kopi Vietnam mengancam habis. 
Selepas balik dari cuci mata di pasar malam , kami 3 beranak singgah di Serai Restoren pekena kopi. 
Saya order kopi panas , Alia kopi ais , abahnya teh tarik.
Setiap satu 34,000 dong.
Cuba convert sendiri , mak tak reti.


Sehingga kini saya teringat-ingat kopi yang diminum di sana.
Mungkin mereka menggunakan susu cair bukan susu pekat .


Kaki lima di hadapan Hotel penginapan kami- Thianh Lien.
Penjual dah sampai seawal 8 pagi di sana.  Pukul 9 pagi  Malaysia .Tapi lagi dasyat jika di Indonesia. Lebih  ramai dan serabut dengan jurujual..


 Penjual nasi lemak halal. Lambat sampai , kami semua dah kenyang makan roti.

 Sementara tunggu bas datang , sempat lagi servis kasut. 
Dapat RM  7.50.

Malam pertama, kami dibawa makan di restoren Shamsudin. Dicelah-celah lorong kami dibawa. Kedai makan halal ini terletak di bahgian belakang kedai makan non halal.

Satu lagi cawangannya dekat Terowong Chu Chi. Baru dibuka. Kami makn di situ pada hari ketiga.


Makan malam kami di malam pertama setelah kami tiba di sini.
Kami sampai dalam pukul  2 petang.
Member lain siap pergi window shooping di Pasar Ben Thanh.
Akak berehat di dalam bilik saja sementara menunggu temu janji makan malam dan  ke Sungai Saigon naik kapal.

 Kenyang di Restoren Samsuddin.

Alamatnya :

445 Le Hong Phong,
 P2, Q.10 Tp, HCM.
email  : kedai _shamsuddin@yahoo.com
http: ///www.restoren-shamsuddin.com.vn





30 December 2012

Ho Chi Minh City 1

Susahnya nak dapat feel menulis percutian ke kota HCM ini. Nak tunggu semangat datang berhari-hari.

Bila modem kena kilat 4 hari sebelum bertolak, maka saya fikir lebih baik modem diganti selepas pulang dari bercuti.

Kami bertolak pada 17 Disember lalu dan pulang pada 20 Disember. Namun kami dah keluar awal sehari dari rumah dan bermalam sehari di rumah baru abang ipar di Senawang. Selalu kami lepak di Mandy Apartment sebelum terbang ke  mana-mana destinasi. Kali ni bergerak dari Senawang ke LCCT. Punya ramai orang nak bercuti , bila masuk jalan ke LCCT saja kereta menderu-deru menuju ke sana.

Cerita  KAT SINI. Ada DISINI JUGA.

Abang ipar pun selalu ikut makan angin tapi kali ini mereka berpindah rumah jadi tak ikut ke HCMC. Tahun depanlah agenda melancong bersama.

 
 Taman Bandar Senawang.
Dulu rumah tinggi sekarang rumah bawah pula. Senang anak-anak nak bermain.


Duduk  sebelah mamat Vietnam. Mula-mula ingat  cina Malaysia tapi silap.Nak balik kampung kut.
Cakap pakai bahasa isyarat saja. Dia tibai cakap bahasa Vietnam dengan saya . Mana nak faham. Cakap bahasa inggeris dia pula tak faham.




Gambar ni dia yang tolong ambilkan. Sampai 14 keping sekali dia petik.
Nanti kalau tak ada idea nak post entry boleh boh gambar  siri ini.

Dah sampai , sedang tunggu nak kutip bag.
Sejuk dalam kapal terbang terasa nak terkucil . Tak tahan dah. Tapi perlu diingatkan kat airport Vietnam tak  disediakan air di dalam tandas. Kita perlu bawa botol mineral dan isi air di situ.

Masa sampai hari tu  penuh dengan orang Malaysia beratur nak masuk tandas  dengan botol mineral.
Dalam penerbangan majoriti orang Malaysia saja. Boleh kira bangsa mereka sendiri.


Kami disambut oleh Dove , pemandu pelancong selama 4 hari 3 malam  kami di sana . Dove ni menggunakan bahasa Indonesia semasa berinteraksi dengan kami. Berselang seli dengan bahasa Inggeris sekali sekala. Dia juga boeh berbahasa Jepun juga. 

Sekarang orang Indonesia dan Malaysia merupakan pelancong utama ke sana. Nak tak nak kena belajar bahasa Indonesia. Dia belajar bahasa Indonesia selama 4 bulan sahaja.


Bilik kami . 1  katil besar dan 1 katil bujang.ada tv lcd, dan cerek air.Bilik air pun bersih dengan bath tab sekali . aksesori mandian juga di sediakan seperti berus dan ubat gigi, sikat rambut, putik kapas dan ada juga pencukur .  Benda-benda yang tetap ada seperti shower cap. Saya jarang jumpa pencukur di sediakan sekali. Bestnya setiap hari benda-benda  akan  berganti.

Kami dibri sarapan pagi dan dijamin halal oleh Dove . Makan juga disediakan dibilik lain.
Hari pertama ada nasi goreng dan roti.  Pagi kedua ada popia goreng . Tapi kami hanya makan roti saja setiap pagi.

 Keropok juga ada . Tapi kena bayar.
Tak makan pun . Bekalan dari Malysia masih ada.Mula-mula tu , Shauqi nak juga. tapi bila kena pujuk ok jelah.
Nasib baik Shauqi dengar kata.

Lobi. 4 beradik.

 Sorang lagi kat sini. Jual mahal pula.


Bia terbang diawan biru, rasa bahagia melihat keindahan  ciptaan 
Tuhan. Suka tengok awan-awan putih di luar tingkap.
Bila mahluk yang hidup di bawah berada di angkasa ia merupakan satu nikmat bagi saya. Bila lagi peluang ini datang kembali.

Hotel kami:
Thanh Lien Hotel,135-137 Ly Tu Trong St,
Ben Thanh Ward, Dist 1, HCMC.
Tel: (848)38234372
email : contact@thanhlienhotel.com.vn
website: www.thanhlienhotel.com.vn


Selamat Tahun Baru 1213.
Cepatnya masa berlalu.




Tanda hati dari Mulan dah sampai.




Asyik teringat jika kiriman dari Mulan ni sampai keika saya tak ada di rumah. Maklumlah bercuti seminggu ke Vietnam tempohari.  Sebabnya Mulan ada email nak nombor telefon awal bulan Disember  .Lepas tu dok   ingat mesti sampai lepas-lepas tu.

Tapi ....nasib baik hari Jumaat lepas sampai  dengan selamatnya.

 Hadiah GA mudah dari Mulan tempohari . Walau pun salah teka dia bercuti di mana tapi tetap dapat hadiah. Semoga Mulan dimurahkan rezeki hendaknya.

Terima kasih  Mulan atas hadiah ini. 

29 December 2012

Segmen Bloglist Mama KayBee 2013

Teringin pula nak joint segmen Bloglist Mama Kaybee  ni.
Caranya mudah saja.

saya C&P saja syarat-syaratnya.

 1) jadi followers blog saya, (you follow, i'll follow you back...but please make sure you have followers widget in your blog so that i can follow you)

2) buat entri dengan tajuk "SEGMEN: BLOGLIST MAMA KAYBEE 2013",

3) masukkan banner di bawah & linkkan ke entri ni:


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj09lXQP3y2Q3W6FcEUOsAy0RPkgrM7wYtF33nERhIeJGL4scbr3QsuTxeuE1JTGtAaQlGDF_WmpHFuahk4ssMVo3vUirtp60ClqRbTT5GR9vTYuzzjCmO0z7964tYKrcZo0tjmNtkxKns/s320/header.png

4) tinggalkan link penyertaan you all pada ruangan komen di bawah...(hanya di ruangan komen sahaja)

5) segmen ni bermula 23 Disember 2012 hingga 31 Disember 2012 (7.00 petang)...

Klik DI SINI untuk ke blog Mama Kaybee.

Ada hadiah lagi untuk yang menyertai segmen  ini. Jangan tolak tuah. Cuba jangan tak cuba.

28 December 2012

SEPERTI DIBERI NYAWA

Penantian sudah selesai. Hampir sebulan masalah putus talian internet di rumah. Hari  ini dah ok. Fuh  ! Lega
Orang TM menyelesaikan masalah.  Terima kasih pada Encik Osman.

Nantikan cerita tertunggak  di Cempaka Biru. Cerita  ke Vietnam pun dah tak panas lagi. Huhuhu.

Vietnam dari udara.

25 December 2012

Minta maaf

Minta maaf tak sempat nak menziarah ke blog teman-teman. Internet beum ok agi. Hari ni tumpang wifi  di tempat kerja.

Lepas ni kena BW laju-laju.

Masak daun ubi tempoyak petai


Jatuh cinta bila selalu dijamu dengan masakan ini di Negeri Sembilan, semalam cuba buat sendiri.
Pucuk ubi belakang rumah.
Tempoyak sedia ada dalam peti sejuk.

Jom makan.

20 December 2012

Bye-bye Vietnam


Dah selamat tiba di tanah air tercinta. 4 hari 3 malam di sana penuh dengan pengalaman baru. Berbagai-bagai situasi yang akan menjadi kenangan.
Hingga balik pun saya tak mahir mengira dalam mata wang . Di sana saya menggunakan dollar. Mata wang ringgit Malaysi pun boleh terima. Tetapi jika harga barang 3 dollar yang sama dengan nilai rm 9,bagi rm 10 jangan harap dapat baki balik.
Masih di KL. Nanti balik rumah akan ziarah teman-teman dan bawa kisah dari Vietnam.
Jumpa lagi.

18 December 2012

selamat pagi dari Vietnam


Selamat pagi semua.Saya sekarang Di Kota Ho Chin Minh. Sudah dua malam di sini. Bermalam di Hotel Then Lien berhampiran Banth Tahn Market.
Hari ni akan ke Ku Chi.
Selepas beberapa hari senyap sunyi dan hari ni dapat bersiaran terasa syoknya terasa.
Nasib badan , 2 hari sebelum ke sini modem pula kena kilat. Maka untuk mengganti modem baru adalah selepas pulang dari Vietnamlah jawabnya. Banyak cerita yang terpendam . Nanti selepas pulang akan di story-story.
Terima kasih yang meninggalkan jejak, Kak Zai, Makchaq, Ibu Hani,dan Ami.

12 December 2012

Cempaka Biru dah ok.


You are currently using 0 MB (0%) of your 5120 MB. Upgrade Storage ©2011 Google Terms - Download Picasa - Privacy Policy - Developer - Blog - Google Ho
Bila digodek-godek , gambar dah boleh masuk dalam blog Cempaka Biru.
Gembira tak terkata. Akhirnya boleh kembali ke blog asal.
Syukur sangat-sangat.

Testing saja .


Testing, testing. Boleh masuk ke tidak gambar ni? Bolehhhhhhhhh dah !

03 December 2012

Blog lama vs Blog Baru


Sayang nak tinggal blog ini . Walaupun dah seminggu dua menyepi tapi masih ada yang singgah . Follower pun ada yang baru add. Pageview dah masuk 78 ++++.