20 March 2013

ABC merah menyala


Saya suka minum ABC. Nak pula yang ada macam-macam rencah di dalamnya. 
Ada kacang , lengkong, buah pala (yang panjang-panjang), kacang merah ,kalau kat Penang mesti dia bubuh  buah kabung . 
Kenal tak buah kabung ? 
Meh nak tunjuk
.

.
.
.
.
Buah kabung.
Banyak kat Pasar Chowrasta.


Bila gigit rasa kenyal-kenyal . 
Bila bersatu dengan rasa  manis dan lemak susu , gula merah, dan bahan-bahan yang lain ...wah sedapnya.
Tambahan pula tengah-tengah hari panas macam sekarang.

Sebenarnya , saya nak cerita tentang ABC yang saya minum dulu( gambar di atas). 
Pewarna merah tu memang dia tuang terus dari botol pencelup merah. 
Depa ni tak masak air gula dulu . 
Pakai tuang saja.
Bila kita minum , tu dia aih....merah menyala jadinya.









8 comments:

  1. nens nk cari abc yg moden, ade letak eskrim pastu lelehkan coklat..alahaiii mana nk cr..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg tu abc special namanya.jgn risau mesti adalah.

      Delete
  2. Makchaq pun teringin nak minum ABC yg ada macam2 macam kat penang tu.. Dengan ais yg sagat haluih.. La ni abc aih dia kasaq2 tak best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg haluih dan siram susu byk sikit , mesti best punyalah.

      Delete
  3. assalam nieda,..acik suka sangat makan buah kabung..tapi susah nak dapat disini

    ReplyDelete
  4. Sedapnya ABC yang ada buah kabung...kak Zai suka.

    ReplyDelete
  5. Saya suka ABC yang bubuh banyak kacang merah dan cendol. Dulu kan Nieda, dekat Sungei Wang Plaza ada satu restoran, nama dia Satay Anika... kepunyaan penyanyi lagu2 jazz yang terkenal tu Zain Azman. Saya suka pergi minum ABC special kat restoran tu. Memang special, tak tahu macam mana nak gambarkan. Tapi memang terbaeklah... sampai sekarang saya tak jumpa lagi ABC yang special macam tu. Restoran tu dah tak ada lagi... tak tahulah pindah ke apa...

    ReplyDelete