30 June 2013

Homemade Coklat

Anak sulung saya pengemar coklat. Boleh dipanggil hantu coklat.
Namun yang baiknya, dia berusaha buat homemade sendiri.


Baru dikeluarkan dari acuannya.
kecil-kecil dapat banyak.

Ini rupa acuan coklatnya bentuk empat segi seperti gambar di atas..
Sekeping acuan dalam RM 3.90.
Boleh dapat 40+ biji coklat.

Acuan ini pula bentuk bunga .
Cantik tapi besar, dapat tak banyak. 

Bila dapat sikit kerana saiz coklat yang besar , anak-anak saya ini cairkan 
balik coklat dan masukkan ke dalam 
acuan 4 segi yabg mula-mula tadi.
Punya nak dapat banyak coklat sangup buat kerja dua kali.
Bertuah betul budak-budak ni!


Coklat yang digunakan ialah jenama Beryl's.
Rasanya memang dah sedia sedap tak perlu tambah apa-apa lagi.

Sangat mudah untuk membuat coklat ini sendiri di rumah.
Hanya larutkan coklat secara bath stim.

Kemudian masukkan ke dalam acuan yang disukai.
Sejukkan dan sedia untuk dimakan.

Boleh guna badam, kacang, kismis, hazel atau apa-apa yang disukai.
Boleh juga campur dengan coklat putih bagi memberi warna yang berbeza.

Dan ia disahkan halal.




3 comments:

  1. Beryl punya coklat bar memg sedap.

    ReplyDelete
  2. assalam nieda..buatkan acik teringin nak buat sendiri juga ni..cara2 semua ada dibungkusan ye nieda

    ReplyDelete
  3. Hari raya nanti bolehlah jamu tetamu dengan homemade coklat.

    ReplyDelete