15 July 2013

Cara nak buat telur masin ..


Telur itik.

Sebenarnya nak buat telur masin senang sahaja.
Saya suka buat menggunakan telur itik sebab lebih besar dan dah terbiasa makan telur masin telur itik sejak dulu-dulu lagi. 

Tapi kalau tak ada telur  itik , boleh saja  guna telur ayam.

Bahan utama:
10 biji telur itik
1 cawan penuh garam kasar
6 cawan air panas (utk buat air garam)
Boleh tengok dalam gambar ,air hanya separuh besen sahaja tapi bila kita masukkan
 ke dalam balang air akan penuh ke atas.

Caranya:
Mula-mula basuh dulu telur ayam bersih-bersih supaya nanti telur masin tak busuk.
Kacau garam kasar dengan air panas.
Biar sejuk air garam baru di masukkan ke dalam bekas telur.
Simpan sehingga 2 minggu baru boleh rebus.
Lagi lama lagi masin.

Tapi ikut resepi mak saya ini , tak masin sangat. 


Selamat mencuba.





7 comments:

  1. assalam nieda..kalau yang baru seminggu tu acik suka buat mgulai masak lomak cili api..sedap..lemak2 masin.

    ReplyDelete
  2. macam2 boleh kita buat ye acik. anak2 saya suka kalau ada telur masin bila berbuka atau sahur.
    boleh juga dijadikan lauk bila lauk dah habis masa bersahur.

    ReplyDelete
  3. Esok kak Zai nak cari telor itiklah,boleh buat telor masin.

    ReplyDelete
  4. air kena didih betul2 baru teur tahan lama.

    ReplyDelete
  5. salam... kalautak de garam kasar guna garam halus boleh ke???

    ReplyDelete
  6. Salam Neida... terima kasih... Alhamdulillah telur masin menjadi... walaupun baru 10hari direndam... mohon share resepi ke blog Ifa celik-celik dapur... terima kasih sekali lagi... :)))

    ReplyDelete
  7. telur ayam pun bole ka di kasih jadi telur masin? tiada telor itikkkk....

    ReplyDelete