08 July 2013

Klinik Pakar Telinga, Hidung dan Tekak Dr Sudha, Taiping

Semalam bawa Shauqi untuk rawatan telinga sebab ada cakenit dah masuk dalam telinga dia. Walaupun dah buat rawatan tapi masih nampak binatang tu  masih ada di dalam telinga Shauqi. Nak tarik sendiri tak boleh .

Pergi hospital pun mereka tak berani nak keluarkan sebab takut kena gegendang telinga bila dia meronta-ronta. Mereka hanya bagi ubat titis saja.

Walaupun Shauqi dah tak demam dan boleh pergi sekolah macam biasa tapi masih rasa  sakit bila tersentuh telinganya.

Jadi untuk lebih baik pergi jumpa pakar .

Doktor Sudha masukkan kamera dan nampak di skrin tv. Geli-geleman nampak binatang tu dengan telur-telur dia sekali dah ada dalam telinga . Masa ini Shauqi dah kena kepit sebab dia dah mula menangis dan meronta-ronta.

Bila tengok di skrin tv, nampak cakenit tu dah putih dah mati  tapi nak tunggu dia jatuh sendiri tak tahu bila.

Kemudian bila dah nampak kedudukan cakenit , doktor masukkan air dengan alatannya yang panjang. Pam air ke dalam telinga. Boleh nampak telur-telur tu keluar di dalam besen yang ditadah .

Selepas tu baru nampak doktor ambil penyepit untuk keluarkan cakenit tadi. Saya tak perasan bila cakenit dah keluar sebab asyik kepit Shauqi yang super power meronta.

Chek sekali lagi telinga Shauqi, nampak di skrin semua dah keluar dan bersih.

Memang satu pengalaman baru bagi saya yang tak pernah kena cakenit tambah-tambah lagi masuk ke dalam telinga . Tempat yang susah nak cabut keluar benda tu. Kalau orang tua-tua dulu bubuh air tembakau saja dah lega. Kami pun dah buat ikut cara orang lama ini.

Binatang ni , kalau kena kat kaki pun sakit dan lenguh . Inikan pula kena kat budak 5 tahun.

Kesian Shauqi...







Post a Comment