24 December 2013

Hadyai ke Chiangmai - part 2)

Rombongan kami seramai 13 orang  hanya di  antara  kami anak-beranak , kenalan saya dan suami sahaja.
Mereka yang  ikut kali ini juga pernah joint lawatan ke Jakarta dan Bandung sebelum ini. Rombongan kali ini bukan sahaja kami dapat melawat Chiangmai tetapi terus masuk ke Myanmar.

Selain itu kami juga ke kawasan tanah tinggi Doi Poi yang berada 1003 m dari paras laut.
Bestnya terasa sebab boleh sampai ke situ kerana untuk naik ke situ hanya dengann menggunakan kereta , van atau motosikal sahaja.

Jika menggunakan bas , memang tak boleh sampailah jawapnya sebab jalannya kecil dan berliku-liku.
Sampai kawan saya , Pizah pening dalam van semasa nak naik ke situ.


Backpaker kecik dah sampai di Chiangmai.

Perjalanan udara selama lebih kurang 2 jam dari Hadyai selamat tiba di Chiangmai 11.30 pagi waktu Siam.

Kami telah ditunggu oleh Ali dan pembantunya untuk 2 buah van , merangkap driver selama kami di Chiangmai.Tapi nak jadi cerita hari  malam terakhir dia buat hal pula. Terpaksa suami saya cari van lain untuk lawatan yang masih ada sebelum terbang balik  .

Tempat pertama yang dibawa oleh Ali selepas mendarat di Chiangmai .....makan dulu di restoren muslim.

Mee kari versi Siam , Alia punya.
Makanan lain ada nasi ayam@ itik (boleh pilih). saya dan suami pilih nasi bukhari daging.
Tapi portion dia tak banyak.....ada yang lepas makan nasi ayam order pula mee kari.
Rupanya untuk mee kari , mereka akan bagi juga kim chi . Saya ingat kat Korea saja  ada Kim chi rupanya di sini pun ada juga.....bolehlah merasa.

Tengah mengadap  makanan.
Suasana yang sejuk berangin membuatkan perut nak makan sahaja.....sejuk.


Bila selesai makan, kami di bawa ke Gems gallery tempat batu permata dihasilkan.
Mula-mula kami dibawa masuk ke sebuah bilik untuk menonton video  cara penghasilan batu permata dari dalam tanah sehingga menjadi perhiasan yang menarik.

Tapi kami tak dibenarkan mengambil gambar.
Tak beli pun , harga yang mahal sehingga puluhan  malah ada yang menjejah ratusan ribu.
Mana nak mampu bagi kami  orang biasa-biasa sahaja ini.

Saya berangan nak beli sebentuk cincin di bahagian paling murah di sini tapi bentuk yang saya suka tak ada pula .  Nasib baik  tak beli , saya dapat cincin  dan gelang yang lagi murah semasa di Myanmar. 
Alhamdullillah.

Ada harga di antara RM 80 ke bawah.Di situ ada rantai tangan dari batu jade, cincin  dan loket yang berharga RM 10 sahaja .
Pizah ,teman saya  beli  loket untuk anak gadisnya .

Semasa di sini juga kami berjumpa dengan cina malaysia sekeluarga. tapi mereka dah nak balik esoknya.



Selepas melihat batu permata kami singgah di kedai kulit pula.
Lulit lembu, buaya di buat beg tangan , tali pinggang , dompet dan sebagainya.
Pun  saya tak beli apa....mahal juga .
Harga pelancong.

Kak Mun isteri cikgu Meor sempat beli sebiji beg tangan  berharga   RM 40.



Kilang beg kulit .



Inilah van yang kami naik, besar dan selesa.

Kami sampai di hotel penginapan dah gelap. Kami menginap semalam di Al -  Farooq hotel (hotel muslim).
Jadi esok pagi bersarapan di hotel sahaja.
Sekitar hotel adalah penempatan muslim mungkin Myanmar sebab kulit peniaga di situ gelap.


Al Farooq Hotel
 CAHROENPRATHED RD. T,CHAGKLAAN A,MUANGCHIANGMAI 50100, Chiang Mai 50100, Thailand


Bas hijau  dalam  foto di atas datang dari Yala , selatan Thai.  Dari Yala , Bangkok terus ke Chiangmai . Satu perjalanan yang sangat panjang. 
Kematu punggung dalam bas perjalanan 2 hari 2 malam baru sampai Chiangmai.
Mereka datang untuk berseminar .

Dari tingkap balkoni hotel sebelum checkout.
Deretan kedai muslim Chiangmai.

Beli roti dan bekalan untuk perjalanan ke Meisai pula.

😊
Sarapan pagi di hotel Al Farooq.
Nasi goreng dengan telur mata + sosej yang di belah 4, bubur nasi , roti.
Bolehlah untuk  mengalas perut.


Hotel Al Farooq dari hadapan.

Selepas siap bersarapan dan mengemas kami pun checkout untuk ke Measai pula.
4 jam berjalanan dari hotel ini. Cuaca semakin sejuk dengan angin bertiup.
Jaket suami menjadi tukaran   hihiihi...dia dah bebel  sebab tak bawa baju sejuk dari rumah. Anak-anak pun dah bising sejuk, sejuk, sejuk.

Sebenarnya , lokasi hotel ini jauh dari Anusan Night Market dan Kalare  Bazzar di pekan Chiangmai. Tapi driver kami suggestkan hotel ini , terpaksa ikut juga. 

Kalau ikutkan suami saya dia nak menginap di hotel yang dekat  kedua -dua Bazzar tersebut  sebab senang ahli rombongan nak balik ke hotel sendiri dengan  jalan kaki saja. Di hotel ini kami kena naik tuk-tuk balik ke hotel dari Anusan Market bila di tinggalkan oleh driver kami.













13 comments:

  1. Kat Measai tu lagi sejuk dari Cameron Highlands ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat sejuk sampai tangan pun boleh beku.....siap beli sarung tangan

      Delete
    2. nanti tepek gambar kat Measai tu banyak banyak ya..:)

      Delete
  2. sedapnyaa mee kari versi siam tuu

    ReplyDelete
  3. lain sikit dari mee kari malaysia....rasa tersangatlah rempahnya

    ReplyDelete
  4. banyak tempat makan halal kat sana ya..?
    kat Measai pun ada?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat halal tak ada masalah nak cari....kami makan di cawana restoren Ruomit. ada di chiang mai dan
      mae sai.servis pun cepat.

      Delete
  5. Dari Chiang Mai terus ke Mymmar.. menarik sangat tu.. tak sabar nak baca..
    Keadaan di Chiang Mai nampak mudah untuk makanan Halal.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. masuk sempadan myanmmar sgt lah best . barang murah2 . ....ada bedak tanaka mcm nora danish ...hihi

      Delete
  6. alamak bestnyer tak sabar gak nak baca entri akan datang....
    trip ramai2 lagiler bestkan.. harap dapat gak pergi cam gini...

    ReplyDelete
  7. dapat travel ramai-ramai,,, memang besttt

    ReplyDelete