29 January 2014

Kayu Tanaka from Myanmar

Beli kayu dapat batu.
1 set RM10.


Bila  berhari-hari tak berupdet blog....otak pun beku tak tahu nak mula bagaimana.
Cara senang cari gambar yang belum publish. Kemudian buat cerita.

Sebenarnya kayu Tanaka ini saya beli di Myanmar dulu (tahun lepas). Masa di sana macam rajin saja nak nak gesek-gesek kayu tanaka  kat batu lepas tu sapu kat muka . Kut-kut dapat muka gebu macam Nora Danish ....

Bila balik , buat juga sekali dua lepas tu batu dan kayu dok diam-diam dalam plastik juga. Susah wooo  nak asah . Pulun dok asah tapi dapat secuit saja.

Kayu ini pula ada kategori dia. Kayu yang mengerutu di bahagian kulit luarnya lagi mahal sebab bahagian kulit itulah yang digunakan untuk disapu di muka bukan bahagian bawah kayu .





Majoriti  wanita Myanmar memang menggunakan kayu tanaka untuk kecantikkan kulit wajah mereka. iaitu kayu  tanaka yang sudah diproses dan dibotolkan seperti dalam bekas berwarna hijau dan putih . Kelihatan juga tanaka dalam bentuk serbuk di dalam plastik putih di atas meja.


Takut nak beli yang siap diproses  , takut ada bahan kimia dan tak sesuai dengan muka sendiri ,  maka kami bertiga hanya beli kayu tanaka original sahaja. Dia juga tunjuk  tanaka gred 1 dan gred 3 yang telah siap diproses  dalam bentuk  krim .

Penjual wanita di gerai ini memujuk kami membeli . Kata dia saya muslim you pun muslim tak tipu punya la.
Eh! tapi kami speaking la........



22 January 2014

Sapa nak ikut makan angin ke Bandung dan Jakarta ?

Trip lawatan ke Jakarta dan Bandung pada bulan 6 2014 .
Trip selama 4 hari dalam bajet RM 1300 all in one. Murah dah tu.

Seperti selalu kita akan dibawa ke Taman Safari, Tanah Abang , Tangkuban Perahu, bershopping di Mangga 2 @ 3, Makan di restoren Padang dan Sunda, Masjid Istqlal (Masjid terbesar ) dan Taman Mini Indonesia (tapi rumah besar-besar) , tempat barangan kulit dan paling best Pasar Baru bagi yang suka bershopping.

Siapa yang berminat boleh  contact di email saya cempaka_1002@yahoo.com


Bagi yang nak membaca lebih lanjut boleh klik:


21 January 2014

Nak duit tak?

Jana income Rm900 sehari tanpa modal. Tuan/Puan drpd kita berfb@ berwechat@ whtsapp tak dapat hasil..apa kata sambil2 tu kita buat income nak? Sya nk berkongsi 1prgm dari US yg boleh buat income sampingan. Free register tiada apa2 bayaran dikenakan. Tiada tipu muslihat (kalau anda rasa prgm ni menipu...anda tk rugi apa2 pun, anda tk keluar modal pun kan?) Tak perlu cari org..tak perlu beli or jual brg. Syarat kelayakan: Anda ada fb@wechat@whtsapp dan tahu guna komputer sikit2. Apa saje termasuk tweeter dan laman sosial lain. Anda hanya perlu open link di bwh dan register sebagai member. Lepas register anda terus dpt 25usd x 3.4 = rm85.00...lepas tu anda akan dapat link anda sendiri. Apa lagi anda copy link anda sendiri dan copy ayat2 sya ni dan paste dekat fb, twitter dan sebagainye. Setiap org yg buka link anda, anda akan terima ganjaran sebyk 10usd x 3.4 = rm34.00 , mudahkan? . Duit anda boleh pilih, samada duit masuk ke acc bank atau cek akan dipos ke alamat rumah anda. Register percuma sila isi di sini:
http://stayreward.com/index.php?share=37443




Saya terpengaruh dengan kawan saya yang kaki meniaga ni. Sekarang dia memperkenalkan program baru tanpa modal hanya dengan hebahkan di FB, blog , whtsapp, berwechat dan duit masuk. Siapa tak nakkan?

Selalu dia suruh joint  bisnes tak pernah bersambut.



Bila kita regester saja kita akan dibayar 25 usd= 25usd  x 3.4 = RM85.

Dia dah dapat habuan  270 usd  semalam dan  dibayar dengan cek ke alamat rumah sendiri.Cuma darab dengan 3.4 berapa yang dia dapat hanya dengan FB , dan sebagainya.

Cubalah .
Hanya sekali klik di papan kekunci anda  yang mungkin akan jadi rezeki kita pula.


18 January 2014

Doi Poi Part 2 ...dah nak balik .

Detik-detik ke penghujung sebelum kami menamatkan percutian di utara Thai hujung tahun lepas.
Aktiviti terakhir sebelum menuju ke lapangan terbang.
Sebetulnya , rasa gembira bercuti bersama keluarga walaupun pada awalnya 
macam nak patah balik ke Malaysia .
Semasa di sana juga tidak ada perkara yang tidak diingini yang berlaku.
Alhamdullillah.

Entry ini saya rangkumkan sekali gambar-gambar terakhir di sana.
Jadi panjang sikit ceritanya.

Pemandangan  dalam perjalanan ke puncak Doi Poi.
Pemandu kami yang baik hati tu berhentikan van walaupun dah terlajak sikit dari lokasi ini semata-mata untuk kami bergambar .

Lokasi untuk bercable car.

Kami tak berhenti .Tapi di sini memang ramai orang. Di sini juga lokasi yang boleh sampai dengan bas.
Selepas dari sini bas dah tak boleh lalu sebab jalan dah sempit dan kawasan di tanah tinggi menuju ke Doi Poi.

Orang yang nak naik cable car. 
Mesti menarik juga ni tapi kami tak sempat mengejar masa.

Pandangan dalam perjalanan ke DoiPoi.

Satu lagi .

Gambar keluarga . 
Dibelakang adalah pemandangan bandar Chiangmai dari puncak  tapi tak nampak jelas terlindung dengan body-body kami.

Airport Chiangmai .
Kami dalam perjalanan dari Chiangmai ke Hadyai di hari terakhir. Kembara
6 Hari 5 malam di bumi Siam.


Van patah balik ke hotel untuk mengambil beg-beg kami yang beranak pinak di hotel .Dekat saja , tak sampai 3o minit van pun dah sampai balik ke airport semula.
Masa ni maktok susah hati beg telekung dia tertinggal dalam van. Nasib baik van nak datang balik hantar beg pakaian kami yang tak muat van tu.


Tulis nama ya....

Selepas tu kami mencari tandas dan bersolat jamak.Bilik solat di 
Airport Chiang Mai ini sangat selesa tapi mix untuk jemaah lelaki dan wanita.
Di dalamnya disediakan tempat wuduk sekali.
dah masuk dan menggunakannya silalah tulis nama di dalam buku yang disediakan seperti dalam gambar di atas.

 tiada orang, kami sajalah.

Tingkat atas , senang nak cari dekat tangga selepas pintu masuk .

Ronda-ronda di dalamnya terjumpa panda . Apa lagi ....bergambarlah sekejap.

Kedai cenderamata.

Bila travel dengan anak-anak mak tak berpeluang dok tepi tingkap.


Pagi esoknya di Hadyai ke pasar pagi  sebelum balik ke Malaysia.
Masa ini terjumpa kedai beras . Ada pulut susu, beras nasi dagang dan semua jenis beras ada. tapi tauke cina Alor Star. Speking utaralah kami.


Bas dah sampai. Lokasi dia depan Lee Gardens yang kena bom dulu.tapi sekarang dah beroperasi  semula.
Bas bertolak pukul 9 .30 pagi . Pukul 10.30 pagi pun ada. Sejam sekali kut.

satu saja yang tak best naik bas , bas berhenti makan di kedai non Muslim untuk makan tengahari di Changloon. Memang tempat bas berhenti rasanya kedai besar . Ada tandas , surau , money changer (untung tukar kat sini )tapi makanan halal saja tak ada. Lebih baik beli siap-siap dan makan atas bas. 
Kami makan jagung rebus saja beli di sempadan Bukit Kayu Hitam.


Bas selesa dengan 3 kerusi sebaris dan luas tempat duduknya.
Boleh tengok movie dan dengar  lagu.


Kami sampai di terminal Kosurtium Kamunting jam 2 petang.

Tiket yang dibeli awal Januari ....setahun menunggu untuk bercuti.
Tahun 2014 tak tahu nak ke mana lagi.
No idea.



14 January 2014

Doi Poi, Chiang Mai Part 1

Terima kasih pada Daddy Ziyyad  yang respond  Entry Nak Tanya Sikit?


Lokasi ke Doi Poi ialah tempat terakhir sebelum kami balik kampung.  Hari ini juga kami menggunakan van dan driver baru  dari egen perlancongan di sana. Kalau egen yang berdaftar di Thailand mereka wajib membawa seorang tour guide bersama (ada duduk di depan ).

Driver baru  kami .

Bertingket-tingket.

Dah sampai di Doi Poi.

Jamu mata Thai Silk

Kat Puncak Doi Poi

Menuju ke taman

 
Bunga popi. Pertama kali dapat tengok pokok popi depan mata sendiri.

Bunga popi ada yang berwarna merah , putih dan ungu.
Lawa pula bunga popi ni  ada iras tulip tapi kelopak dia lembut sikit dari tulip.

Bersama pelancong  (baju hitam ) dari Pattani. 
Kami speaking Melayulah....

Di dalam perkampungan ini sebenarnya terletak di tanah tinggi.
Jadi kedai yang dibina adalah bertingkat-tingkat.
Masa nak mula naik bukit , mengah wei! Pertengahan dah mula menurun sehingga ke pintu keluar .


Dah ke hujung.....mula mendatar perjalanannya.

Makan tengah hari di sini  - mee sup berserta dengan kimchi.

Kimchi juga diberi untuk makan dengan mee.

Mee Kari 

Saya order mee sup . 
Oleh kerana anak-anak  dah makan dulu (mak lambat singgah kedai serbinier)  makan mee kari , pakat nak rasa mak punya mee sup pula. Mak tak puas hati order semangkuk pula mee kari.

Kawan saya dan tauke kedai .

Teksi merah.

Kereta  saja yang boleh naik ke sini.  sebab jalan kecil dan berliku-liku.

Nampaknya kena sambung lagi entry ni sebab ada gambar tak berjaya diuploadkan.





11 January 2014

Kasut Bola


Imej dari Google


Anak bujang minta kasut bola.
Mak dok fikir nak beli kat mana ?
Nak pergi pekan lama Parit Buntar yang banyak jual kasut sukan tu kah?

Sekali fikir , malas pula nak memandu jauh-jauh .
Tapi kalau dia cakap awal boleh pergi ke Pasar kemboja sekali.

Beli kat Gamei sudahlah.
Dekat saja.
Minyak pun tak habis, badan pun tak letih.

Tuan badan kata beli yang murah-murah sudahlah. Nanti kalau wakil sekolah baru beli yang mahal sikit.

Tapi bila bila bapa bagi idea, beli yang elok sikit tahan lama.
Nanti pakai tak dan mana dah bersepai pula.



Tengoklah esok nak singgah kedai mana?

Nak tanya sikit?

Saya teringin nak letak catatan perjalanan  di sebelah sidebar. Tapi tak tahu nak mulakan . Nak klik apa  di bahagian reka bentuk tu? Saya keliru banyak sangat ikon  . Tak tahu yang mana yang sesuai.

Siapa yang tahu boleh bantu saya.?

Terima kasih.






09 January 2014

Tiger Kingdom, Chiang Mai

Lokasi kedua di hari terakhir di bumi Siam kami tiba selepas tengok show gajah di Measa Camp. Di sini tak lama tak sampai sejam kut. 

Kalau nak masuk bergambar dengan rimau-rimau ni ada charge lain pula.
Kami tak masuk ke dalam sangkar hanya tengok dari luar saja di bahagian jejantas khas yang dibina di luar sangkar.


Tanda dah sampai sini ...wajib!

Setiap seorang yang jaga rimau ni akan memegang sebilah rotan di tangan.
Tapi rimau-rimau baik-baik semuanya.


Tengok dari  jejantas di luar.

Bermesra dengan rimau.
Besar  rimau ni.

Nak bergambar la tuuuu...

Dari sini kami ke Doi Poi pula.
Perjalanan ke situ dari Tiger Kingdom lebih kurang 45 minit.

Di sini tandasnya bersih dan ada pili air di dalamnya.
Masing-masing masuk tandas dulu sebelum menuju ke Doi Poi.
Sejukkkkk.




Measa Elephant Camp, Chiangmai.

Hari ini hari terakhir di Chiangmai tapi kami kena cover 3 tempat lawatan sebelum terbang pulang.
Namun hari terakhir yang sangat puas hati sebab boleh sampai sehingga  ke Doi Poi kawasan tanah tinggi lebih 1003 meter dari paras laut.

Pagi ni tak sarapan , terus ke tempat gajah ni. Kami singgah beli roti dan minuman di kedai 7 Eleven dalam perjalanan ke Measa Elephant Camp. 

Rupanya bukan saja gajah yang boleh kita tengok di kawasan Measa ini, tetapi binatang-binatang lain juga ada untuk dilawati seperti  rama-rama , harimau dan ular, yang dibuat camp khas terletak di sepanjang jalan ke tempat show gajah ini.

Sebelah kanan jalan ada ladang bunga matahari yang luas. Ada yang sedang berbunga ada yang dah botak.
Bunga-bunga dia besar-besar tengah menguning.

Pertunjukkan bermula pada 10.30 pagi. Bila kami sampai elok-elok duduk saja show pun bermula.
Bayaran masuk dalam RM 20 seorang.

Pintu masuk .

Pertunjukkan gajah baru nak start. 
Ada banyak show sebenarnya, ada gajah main bola, angkat kayu , pijak orang (ala-megurut ja), melukis.

Pecahkan belon  gajah vs manusia.
Si adik baju oren tu lagi hebat dari si abang pecahkan belon.
Ayah kat belakang asyik dok tepuk tangan bila anak berjaya pecahkan belon.



Kelihatan gajah membawa orang di belakang sana.

Kami tak ambil pakej menunggang gajah sebab nak kejar masa.
Hanya tengok show gajah saja tu pun lama juga. Kalau naik gajah 1jam lebih . Naik gajah
 RM80  for 2.

Gajah main bola .


Bila gajah berjaya buat sesuatu dia tunduk hormat dan angkat kaki sebelah  kat penonton dan semua orang bertepuk tangan.



Bila show dah habis, gajah pergi dekat audiens. Masa ini ada yang bagi duit dan ada yang bagi pisang . Pisang dijual sesikat RM4 .
Ada juga yang nak pegang belalai gajah.

Beratur  nak ambil gambar kat sini.
Kena tunggu giliran tau..macam kat Tangkuban Perahu pula.
Masa ni pertunjukkan dah habis , jadi ramai yang keluar dari show berhenti nak bergambar.

Hasil lukisan gajah. Mahal tau....
Gambar pemandangan tu 6000bath(RM600) dan di sebelahnya 2000 bath.


Gajah  sedang mandi.


Tempat duduk bertingkat .


Gajah tu golek-golekkan punggung saja kendian dia langkah.

Dah kena belit dengan belalai gajah...tapi sporting makcik ni gelak-gelak saja.
Kalau sayalah mesti dah kecut perut.

Ada juga kedai  jual cenderamata ....semua tentang gajah.


Dok depan sekali.

Yang ni pun RM 200.....gajah lukis.
Masa melukis tuan dia dah siap-siap letak warna dan berus dimasukkan ke dalam belalai gajah.
Eh ....rasa ngilu la pula.



Ini show apa pula tah ?

Pakcik dan makcik Jepun ni dah nak habis trakking dengan gajah.

 
Tempat pertunjukkan gajah tu kena panjat bukit  tapi adalah tangga dibina. Mengah juga . Dahlah dok berebut dengan orang ramai yang sama-sama nak ke situ. Nak cop tempat yang best .

Laluan menuju ke pertunjukkan gajah.
Di bawah tu, ada sungai gajah dok mandi.

Lepas masuk dah jumpa orang jual cenderahati.
Tak beli pun.

Ambil peluang bermesra dengan gajah.

Shauqi pun beli pisang suap kat gajah.
Tak sempat nak ambil gambar dia tengah posing.

Bijak sungguh orang yang latih gajah ni. Semua dengar kata ...hihihi.

Tapi yang tak bestnya , masa nak keluar rasa nak ke tandas . Sejuk , nak terkuncil saja .

 Beratur  punya lama sebab orang ramai (lepas show) tapi bila masuk tandas  tak ada air pula . Walau pun bawa botol air tapi tak sedap pula sebab pakaian tulah yang akan pakai seharian  sampai terbang balik  . Nanti nak solat susah pula.  Nasib baik lepas di sini ke Tiger Kingdom.   Melepas kat situlah.

Jangan lepaskan peluang datang ke sini jika  anda datang ke Chiang Mai.