18 March 2014

Sekolah Saya

Ini sekolah awal saya semasa bersekolah rendah dari tahun 1 hingga 6 di  SK Sungai Bayor.
Bangunan biru di depan pintu pagar utama merupakan bangunan awal yang dibina . Di situlah kelas saya semasa belajar dalam darjah 3.  Sekarang usia nya dah hampir satu abad.

Kelas yang dekat dengan jalan besar , membuatkan mata asyik memandang keluar bila bas , kereta atau apa-apa yang menarik lalu di jalan.

Paling best bila cikgu bawa kami keluar belajar di kaki lima mengadap jalan.
Apa lagi besar mata dok tengok kiri kanan. Cikgu yang mengajar tu pun dah tak ada lagi . ALFatihah untuk arwah. Jasamu dikenang.

Tingkap kayu yang boleh di buka lebar , menjadikan kelas kami sejuk dengan angin masuk dari luar.
Tapi bila kena denda  berdiri atas kerusi tahu malu pula..... hihihi.



Pandangan dari pintu masuk .





Masa dulu laluan tengah tu  tak berturap. Ada pokok sebatang di tempat bangunan pak gad . Sebelum balik ke rumah ,  wajib solat zuhur di surau sekolah  sebelum balik. Bagusnya Ustaz Halim  (pun dah tak
ada )yang train kami masa tu. Boleh lekat solat sampai sekarang. Bukan solat fardu saja, solat raya haji dan puasa  pun .Sukalah kami , nanti bila di kelas dia akan tanya sapa pergi solat raya ?. Masing-masing angkat tangan . Itu kut yang best tak mahu kalah dengan kawan yang lain.




Masa dulu mana ada pak gad.



Sebelum balik sekolah , pekena ais krim sebatang dulu. Ais krim coklat jumbo memang sedap rasa coklatnya.  Tak cukup duit boleh hutang..... huhuhu.
Baik sungguh pakcik yang meniaga ais krim tu.

Waaa...kecik-kecik dah pandai berhutang.



12 comments:

  1. Kenangan mengusik jiwalah ni.... kan bagus kalau laluan tengah tu tak di turap... biar je pokok merendang kat situ, sejuklah sikit kawasan... tapi itu pendapat saya je Nieda... saya suka pokok-pokok lebih-lebih lagi kalau ada di kawasan sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawasan tengah tu kecik, bila saya lalu cikgu2 parking kat luar sekolah.

      Delete
  2. sekolah dulu2 memang pakai tingkap kayu gitu.best je..tak payah sibuk2 nak cuci tingkap lama2..sapu sekali je dengan bulu ayam tu kan??sekarang palkai cermin tu..bahaya pun bahaya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana nak jumpa pesen macam ni dah , sekarang moden . bangunan pun bertingket2

      Delete
  3. best sekolah zaman kita kecik2 dulu..sekolah takde guard.. tiap kali balik ayah dah tunggu depan pagar.. sian pulak anak2 sekarang kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walau tak ada pak gad tapi keselematan terkawal

      Delete
  4. Zaman sekolah dulu beli aiskrim mesti harga seposen je kan baiknya pak cik tu bg utang. Pak cik tu ada lagi x :-)

    ReplyDelete
  5. tak cukup duit boleh hutang?? itu paling terbaik!!

    ReplyDelete
  6. ayat last tu mmg best..kecik2 dah belajar berhutang..muahahaa..

    ReplyDelete