Warga guru baru menyambut Hari guru pada 16 Mei yang lalu. Bagi memeriahkan suasana kami sesama guru ada buat pertukaran hadiah sesama sendiri. Harga hadiah dah ditetapkan. Jadi carilah hadiah dalam linkungan harga yang dah dipersetujui . Balut elok-elok bawa mai sekolah , kemudian cabut nombor pula.
Kotak hadiah yang sama nombor dengan nombor yang kita cabut akan jadi hak milik kita.
Tahun ini saya dapat kotak yang tersangat ringan . Macam tak ada isi. Rasa tak sabar nak buka tang tu juga. Tapi sabar , balik rumah baru buka.
Bila buka , saya tengok kotak microphone sekali dengan guaranty card pun ada lagi.
Siap dengan resit beli .
Memang tak ada isi kosong .
Sungguh.
Tapi ada RM 35 ....sebenarnya hadiah yang patut beli RM 25 sahaja. Saya dah untung RM 10 ...hihiihi.
Jadi semalam saya pun gigihlah pergi beli barang dengan duit hadiah yang saya dapat tu.
Saya beli penyidai tuala dari kayu . Dapat pula RM 30.
Masih untung RM 5.
Berbaloi juga dapat duit tunai, boleh beli hadiah ikut pilihan hati sendiri.
Ini lah rupanya....