Bercinta nak keluar entry baru aih !
Dah lama dok dalam draf gambar-gambar ini . Nak menaip mak aaiii......
Tulis la sat sementara nak masuk dapur pula lepas ni.
Berkunjung ke Indonesia kali ini , hanya 2 jam di Pasar Baru untuk membeli belah.
Tak beli , nanti apa pula kan . Dah sampai mesti sambar apa yang patut. Mangga 2 pula pun lebih kurang juga. Sekejap saja sebab hari last , dah balik . Takut tertinggal kapal terbang pula.
Setakat 2 jam , memang kelam kabut membeli . Bila jumpa pilih-pilih bungkus terus.
Di sini kami beli telekung, kain pasang, batik indon, dan sikit barang -barang lain.
FM juga beli di tangga depan masa menunggu supir .
Tempat lain susah nak jumpa.
Dapatlah 6 keping FM yang jenis getah (dalam sekeping ada 6 FM) Rph 100000.
Mula-mula dia memang tak bagi sampai 6, tapi dah pernah beli dulu makanya minta enam jugalah.
Pasar Baru - beli kain batik ela .
Untuk buat kameja suami.
Kenapa beli? Sebab tak berkedut ...jangan tak tahu tak payah seterika pun tak apa.
Sebelum memilih kasi duduk dulu ci abang tu.
Biar dia tak merungut menunggu lama.
Beli kerepek dan pisang keju .
rupa-rupanya di sini pun ada amplang macam kat Sabah tapi bentuknya macam kerepok lekor panjang-panjang. Sedap pula terasa isi ikannya. Ada yang biasa dan ada yang pedas (sangat pedas).
PENGAMER
Masa memilih kudap-kudapnya datanglah pengamer ni .
saya okey saja ....nyanyilah lama-lama pun.
Dari Pasar Baru kami meneruskan perjalanan untuk ke Kawah Putih pula.
Lama juga menunggu si Jodi supir kami sampai ambil kami semula. Macet sangat.
Masa menunggu Jodi di atas tangga Pasar Baru nampak buah salak yang besar mengancam. tapi tak terbeli...kalau rasa nak beli , beli terus jangan tunggu nak beli tempat lain akhir langsung tak jumpa.
Masa kami di tangga ni juga , ada penjual beg sandang (boleh buat beg sekolah anak ) dah fasih bercakap melayu Kelantan. Confuse sekejap dia ni orang Kelate ko orang Indon? mesti orang Kelate ramai ke Bandung bershopping sebab dia kata belajar dengan pelancong saja sudah pandai .
Bersama Jodi supir kami. Orang Padang dan pemegang ijazah .
Makan tengahari di Restoren Manjabal 2 .
Sedap dan murah .
Kami makan nasi Timbel.
Menu
Macam nak tambah jer....
Jus oren yang kaw.
Sambal + ulam.
Di restoren ini ada musala ( majoriti kedai makan di Indonesia ada di sediakan surau ) kami solat dulu sementara makanan siap .
Selain itu kawasannya cantik dan bersih . Ada juga tempat makan bersila ala-ala Jepun disediakan. Tapi kami makan di bahagian atas saja .
Menghijau........
Dah.....jom masak.