Isnin lepas (beberapa minggu yang lalu) saya ke Penang ikut rombongan sehari
budak-budak Pra sekolah.
Bermula pukul 7.30 pagi bertolak dari sekolah dan pukul 10.15 malam
baru tiba di sekolah
semula.
Dalam masa sehari tu kami singgah di Aquarium Tuanku Abdul Rahman di Batu Maung.Memang dekat sangat dengan Jambatan kedua. Bila keluar dari jambatan tak sampai 5 minit dah sampai di aquarium. Masa sampai tu aqurium pun tak buka lagi.
Waktu operasi bermula pukul 10 pagi -5 petang.
Harga tiket RM5 untuk dewasa, RM2 untuk kanak-kanak (7-12 tahun) dan Rm1.50 untuk rombongan sekolah. warga Emas dan OKU percuma.
Murah kan? Kalau nak banding dengan fasiliti di dalamnya sangatlah berbaloi.
Tol di Jambatan Sultan Abdul Halim
Lenggang .
Ahli rombongan.
Kawasan sekitar dihias dengan taman mini ...cantik dan bersih.
Ikan yang paling mahal....kelisa emas.
Kuda laut. Kenapa ia berbentuk panjang tah? Bentuk biasa pun ada di belakang .
Dah besar kuda laut ni , 3,4 tahun dulu besar kelinking budak saja.
Jangan ada yang ingat sebesar kuda di darat pula....
Depan giant akuarium.
Dalam ni ada ikan yu.
Tulang betul ini.
Ikan paus yang terdapar di pantai yang diambil dan diproses dan dipamerkan.
Bangkai yang di jumpai di pantai Pulau Sayak pada tahun 2011.
Bayangkan betapa besarnya paus ini dengan saiz kanak-kanak pra .
Dari akuarium kami ke Bukir Bendera.
Bukit Bendera pun dah lawa selepas direnovate.
Bukit Bendera berwajah baru.
Ini model gerabak-gerabak lama yang pernah digunakan dulu.
Sekarang dah canggih beraircond bagai.
Lokasi baru.
Di sini ada kedai makan di atas , dan tempat jual servenior di paras dua. Bawah sekali ada Owl Muzium.
Lebih tersusus dan bersih dari dulu.
Ramai pengunjung walaupun hari kerja.
Nak masuk ke situ , ikut laluan owl besar di pintu masuk.
Di atas ni ada pagar berjaring , tempat kuncikan keylock .
Nak beli keylock dan tulis nama ada disediakan di tepi tu. Tapi macam sama saja warna dan bentuknya dah beli tempat yang sama.
Dah macam kat obersea la pula.
Kat dataran (100 plus )tu lah mangga kunci di pateri.
Train laju dan beraircond.
View dari puncak Bukit Bendera
Lagi view dari puncak
Lagi
Moscow?
Tak pasti rumah orang ke apa?
Dari Bukit Bendera , kami ke Masjid Negeri untuk makan dan solat.
Kami makan nasi hujan panas you... walau pun panas berdeting,
Sedapnya samapi tak cukup satu bertambah-tambah kami makan...
Tempah khas dari SINI . Sapa lagi Makcik kantinlah.
Untung ya ...alam maya memudahkan dan menghubungkan silatulrahim.
Dah kenyang perut kami ke Rumah P.Ramlee.
Sayangnya ia ditutup untuk lawatan pada hari Isnin.
Jadilah dapat tengok rumah P.Ramlee dari luar.
Pandangan dari luar.
Dari rumah P. Ramlee kami ke Taman Belia.
Bagi mandi budak-budak tu....
Kolam besar syoklah budak berendam.
Di Taman Belia ini sangat cantik dengan landskap dan banyak kemudahan yang disediakan .
Surau, tandas bersih , trek jongging, kedai , kolam kanak-kanak dan kolam dewasa pun ada. Nak berkelah pun boleh.
Bunga dan pokok -pokok dijaga dan ditrim.
Dah puas mandi dan berendam masa balik singgah Padang Kota dulu minum petang (makan roti dan minum air kotak je pung ) sambil tengok orang main wau.
Last sekali kami singgah di Kedai Jeruk Madu Pak Ali dan solat maghrib di situ . Ada surau di bahagian belakang kedai tempat parking bas yang luas.