28 November 2014

Sehari di Penang

Isnin lepas (beberapa minggu yang lalu) saya ke Penang ikut rombongan sehari 
budak-budak Pra sekolah.
Bermula pukul 7.30 pagi bertolak dari sekolah dan  pukul 10.15 malam 
baru tiba di sekolah 
semula. 


Dalam masa sehari tu kami singgah di Aquarium Tuanku Abdul Rahman di Batu Maung.Memang dekat sangat dengan Jambatan kedua. Bila keluar dari jambatan  tak sampai 5 minit dah sampai di aquarium.  Masa sampai tu aqurium pun tak buka lagi. 

Waktu operasi bermula pukul 10 pagi -5 petang.
Harga tiket RM5 untuk dewasa, RM2 untuk kanak-kanak (7-12 tahun) dan Rm1.50 untuk rombongan sekolah. warga Emas dan OKU percuma.
Murah kan? Kalau nak banding dengan fasiliti di dalamnya sangatlah berbaloi.

Tol di Jambatan Sultan Abdul Halim

Lenggang .

Ahli rombongan.


Kawasan sekitar dihias dengan taman mini ...cantik dan bersih.

Ikan yang paling mahal....kelisa emas.

Kuda laut. Kenapa ia berbentuk panjang tah? Bentuk biasa pun ada di belakang .
Dah besar kuda laut ni , 3,4 tahun dulu besar kelinking budak saja.
Jangan ada yang ingat sebesar kuda di darat pula....

Depan giant akuarium. 
Dalam ni ada ikan yu.

Tulang betul ini.
Ikan paus yang terdapar di pantai yang diambil dan diproses dan dipamerkan.
Bangkai yang di jumpai di pantai Pulau Sayak pada tahun 2011.

Bayangkan betapa besarnya paus ini dengan saiz kanak-kanak pra .

Dari akuarium kami ke Bukir Bendera. 
Bukit Bendera pun dah lawa selepas direnovate.
Bukit Bendera berwajah baru.

Ini  model gerabak-gerabak lama yang pernah digunakan dulu.
Sekarang dah canggih beraircond bagai.

Lokasi baru.
Di sini ada kedai makan di atas , dan tempat jual servenior di paras dua. Bawah sekali  ada Owl Muzium.

Lebih tersusus dan bersih dari dulu.

Ramai pengunjung walaupun hari kerja.

Nak masuk ke situ , ikut  laluan owl besar di pintu masuk.


Di atas ni ada pagar berjaring , tempat kuncikan keylock .
Nak beli keylock dan tulis nama  ada disediakan di tepi tu. Tapi macam sama saja warna dan bentuknya dah beli tempat yang sama.
Dah macam kat obersea la pula.

Kat dataran  (100 plus )tu lah mangga kunci di pateri.

Train laju dan beraircond.

View dari puncak Bukit Bendera

Lagi view dari puncak

Lagi

Moscow?


Tak pasti rumah orang ke apa?

Dari  Bukit Bendera , kami ke Masjid Negeri untuk makan dan solat.
Kami makan nasi hujan panas  you... walau pun panas berdeting,
Sedapnya samapi tak cukup satu bertambah-tambah kami makan...
Tempah khas dari SINI . Sapa lagi Makcik kantinlah.
Untung ya ...alam maya memudahkan dan menghubungkan silatulrahim.

Dah kenyang perut kami ke Rumah P.Ramlee. 
Sayangnya ia ditutup untuk lawatan pada hari Isnin.




Jadilah dapat tengok rumah  P.Ramlee dari luar.

Pandangan dari luar.

Dari rumah P. Ramlee kami ke Taman Belia.
Bagi mandi budak-budak tu....

Kolam besar syoklah budak berendam.
Di Taman Belia ini sangat cantik dengan landskap dan banyak kemudahan yang disediakan .
Surau, tandas bersih  , trek jongging, kedai , kolam kanak-kanak dan kolam dewasa pun ada. Nak berkelah pun boleh.
Bunga dan pokok -pokok dijaga  dan ditrim.

Dah puas mandi dan berendam  masa balik singgah Padang Kota dulu minum petang (makan roti dan minum air kotak je pung )  sambil tengok orang main wau.


Last sekali kami singgah di Kedai Jeruk Madu Pak Ali dan solat maghrib di situ . Ada surau di bahagian belakang kedai tempat parking bas yang luas. 





27 comments:

  1. Dulu tadika dan pra sekolah anak buat lawatan, ke tempat2 macam ni laa.. yup banyak perubahan, yang dekat ni pun belum naik train baru bukit bendera.. ntah bila nak naik pun tak tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. perubahan terbesar kedai bertingkat tu...lebih cantik dan tersususn.

      Delete
  2. bestnyaa... aritu saya gi bukit bendera memang best dah.. lain sangat masa saya gi kecik-kecik dulu.. hihi.. plan nak bawak anak saya ke aquarium tu nanti.. :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. aquarium pun best dan bayaran masuk pun tak mahal

      Delete
  3. seronok pulak ikut rombongan budak sekolah ni...teringat zaman sekolah dulu..suka benar dapat berombongan....nekcik pun dah lama jugak tak ke Penang ni..nawaitu tu ada dah..tak terlaksana lagi..insyaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pergi sendiri mungkin tak dapat pergi semua tempat dan dah tentu bayaran masuk lebih murah

      Delete
  4. Laksa Penang... Nasi Kandaq... Pasembor... Yummyyy...

    ReplyDelete
  5. kalau ke Penang mesti cari jeruk Pak Ali tu

    ReplyDelete
  6. Enjoy betul budak2 tu.

    Kak zai banyak kali ke Penang ikut hubby outstation tapi tak pergi ke Bukit Bendera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik di puncak nampak sampai ke jambatan Pulau pinang

      Delete
  7. Dah lama tak jalan2 kat belah penang nun..Bawak anak2 time cuti sekolah ni mesti best..

    ReplyDelete
  8. byk berjalannya tu...


    mmmm rindunya penangggg

    ReplyDelete
  9. Wah cantik banget ikan termahal "Kelisa emas", berapa harga ikan kelisa emas itu Bu Nieda ?

    ReplyDelete
  10. seronok lah anak2 ni.. bergembira sungguh.. balik sure lepak tu kan..

    ReplyDelete
  11. rindu nak jalan2 ke Penang..huhu

    ReplyDelete
  12. best nye tak penah smpi lgi la..hepi je bebudak tu ye..

    ReplyDelete
  13. bestkan Penang... kalau ke sana memang tak puas berjalan... akuarium tu kalau RM5 utk orang dewasa tu terlampau murah.. macam sedekah je kat tempat tu...

    dari dulu teringin nak bela ikan kelisa... nak bela dari kecik sampai beso sebenarnya... tapi kat KK ni elektrik selalu putus... bimbang kiok jer

    ReplyDelete
  14. Wow,murah la tiket dia cikna yg sllu blik kg pun xprnh smpi sini lg, next time kne g nieyhh... kilang jeruk pak ali dh prnh smpi sedapkn jeruk dia....>_<

    ReplyDelete
  15. Bestnya Penang!!! Memang nak pergi melawat negeri Pulau Mutiara ni. Banyak tempat sejarah dan menarik kan :)

    ReplyDelete
  16. Untung anak anak tadika ni... auntie gb tak penah sampai lagi bukit bendera. Hehehe

    ReplyDelete
  17. xtahu plak penang ada aquarium...
    padlock tu tahun lepas xda lagi time saya p

    ReplyDelete