25 December 2014

Hotel Kosit , Hadyai.

Waaa...tertukar dengan entry GA by Siti pula . Entah manalah hilang kisah Hotel Kosit yang asal.  SS saja yang sempat tinggal komen. Kendian-kedian  yang singgah sini  mesti heran tajuk lain , cerita lain....haih Kosit, Kosit.

Meh sini kena karang  sekali lagi.

Disebabkan tarikh kami ke sana jatuh hujung minggu maka , banyak hotel dah penuh. 
Cuba riki-riki kawasan nadi Hadyai area Lee Gardens  semua katanya  dah full.
Kenapa sebut kawasan Lee Gardens , sebab di situ ada banyak lagi hotel lain.

Ya.... senang orang tahu sebab Lee  Gardens ini hotel besar yang kena bom hari tu.
Memang happening kawasan ini  di waktu malam .
Bila tidur di hotel kawasan ini senang nak menapak ke Pasar malam Hadyai yang meriah gila tu. Silap hari bulan boleh berjumpa gajah  yang  ke pasar malam juga.... heheheh. Habis gajah tu masuk kedai dan restoren . Jadi sapa yang nak bergambar , nak belai-belai gajah kena bubuh 20,30 bath dalam mangkuk yang tuan gajah bawa.

Bila dah deal nak pergi 13 /12 maka kami bulatkan hati pergi juga walaupun hotel nak menginap tak tahu mana  lagi. Jadi saya cuba hubungi Mat Lee Tour yang suami pernah pergi ke Chiangmai firts time dulu. jadi dia yang bookkan hotel ini dengan harga yang tak sampai seratus....oklah kan . Tak susah hati bila  sampai hotel terus ambil kunci.

Ini bilik kami.
Kami tidur 5 beranak walau pun ada 2 katil single sahaja.
Bilik luas dan selesa. Duduk  5 orang pun ok lagi tak belaga punggung ... hahahah.

Air mineral Siam ni pelek sikit dalam botol kaca. 
Berat nak bawa balik kena cajlah.

Boss tengah skodeng ke luar hotel.
Masa ni baru sampai .

Bilik kami tingkat 2 betul-betul atas pintu masuk.
Kedai bercat kuning ialah kedai agen perlancongan .
Pagi-pagi dah stat berniaga.

Kedai makan halal , ikut kiri dari  kedudukan bas. Kedai Rohana Tomyam.
cerita ada DI SINI. Senang nak cari , kami jalan kaki saja tak sampai 5 minit dah nampak kedai.
Jadi tak susah  walau pun jauh di hujung Hadyai tapi ada tempat makan halal. Pada saya lebih banyak pilihan daripada Hamid dan Salma Restoren.

Macam Hamid , harga memang tinggi sebab jadi tumpuan pelancong terutama orang Malaysia.
Betul tak sapa pernah makan sini dan kena bayar kaw-kaw punya?


Tapi , makan angin ke Hadyai memang best bagi saya .
Selain dekat (kami berkereta ke sana), makanan sedap dan barangan masih murah walau pun ringgit kita jatuh berbanding baht.

Rasa nak repeat lagi la.....

24 December 2014

23 December 2014

1st Giveaway by Ibu Zarith



JOINT GA IBU ZARITH DI SINI

Tarikh tutup : 31 Disember 2014



Saya tag:
1. zarul farhana
2. acikwatie
3. ana-mizu

Jom meriahkan GA Ibu Zarith untuk Goldbar LAdy Fortuna 1 g!!





Give Away Untuk Blogger

Giveaway untuk Bloggers
Jom sertai

Jom mencuba nasib .
Hadiah menarik disediakan jadi tak salah kalau hendak mencuba.

Anda boleh ke blog SAFIRULAMAR untuk  melihat syarat dan hadiah yang disediakan.


Jom, jom.




20 December 2014

Hadyai lagi...Restoren Rohana Tomyam dan kedai aksesori kereta

Cuak hati bila tengok di Agoda  semua hotel di pusat bandar Hadyai penuh, Hotel Grand Plaza yang kami pernah inap   pun penuh....hoi, hoi  kata hati nak pergi juga. Bertabahlah..

Kedian saya berFB dengan  egen yang pernah ke Chiangmai (1st time suami pergi) dulu. Dia kata tak pa ...Hotel Kosit ada lagi tapi bukan area Lee Gardenslah. Bertambah best harganya tak sampai seratus ringgit. So...bolehlah booking melalui dia. Kebetulan dia pun ada di Hadyai pada masa tu . Jadi kami jumpa di Kosit sajalah.

Hotel ini, dah cukup selesa untuk kami anak beranak. Lagi memudahkan keadaan, jalan sikit sebelah kiri dari pintu keluar hotel dah jumpa kedai makan halal. Banyak pilihan makanan yang sedap di tekak saya . Malah saya rasa lebih sedap dari Salma Restoren atau pun Hamid Restoren yang glamor dan mahal tu.

Ada nasi kerabu  (6o bath), mee, bihun , kew tiew (50 bath) , roti canai dan air teh panas yang sangat kaw.


Rohana Tomyam. Lokasi sebelah kiri Hotel Kosit.



Pilihan mee, bihun, kew tiew, nasi goreng  ....boleh campur 50 bath sepinggan .Kuih-kuih pun ada


Nasi kerabu pula .....melantak lepas makan mee goreng .



Teh panas yang tersangat best. Eh! dah kenapa muka Alia ni.... dia makan roti canai    2 keping.



Depan hotel.

Yang pakai baju merah pemandu  motor tapi d panggil motor teksi. Kita boleh minta dia hantar ke mana saja tapi sorang sajalah yang dapat naik motor tu.... Kami guna khidmat motor ini untuk bawa ke Hotel Kosit . Dah pusing 4,5 kali tak jumpa bayar sajalah pada mereka ni. Tak pening kepala dah....terus di hantar ke pintu hotel. Bayar 40 bath.





Sebelah malam kami ke Floating market . Alia dan Ain anak saya , tukang baca peta. Peta , kami dapat di border masuk. Banyak disediakan di pintu masuk ke Siam.

Kalau sampai di Floating marking jangan lupa beli air dalam bekas seramik  seperti gambar di atas. Boleh bawa balik rumah buat bubuh pen/pencil.

Saya makan  kuaw tiew sup ( tak sedap sangat)  dan somtam. Saya tercari-cari jeli ( buah comel inti kacang hijau) tak ada pula. Nak try sushi  seketul  5 kupang pun tak ada juga... haihh  tak dak rezeki.


Alia  @ Central Festival Hadyai




Saya dan Rapizah yang selalu ikut jalan-jalan ( Bandung, Jakarta dan Chiangmai)

Berhadapan Mall besar Central Festival mercu tanda jika kita dah sampai ke Hadyai. Bangunan yang besar ini yang kita nampak  bila kita mula-mula masuk ke bandar  Hadyai ini.


Jalan di belakang kami  ialah jalan arah balik ke Malaysia.

Kali ini kami ke sana dengan kereta sendiri .Senang saja jalan ke Hadyai ,  nak ke sana tak payah potong kanan kiri dah . Straight terus masuk Hadyai. Lagi mudah ada  signbord boleh kita rujuk. Bapa- bapa tengah pilih aksesori kereta masa ini. Mak-mak sibuk mempotretkan diri.

Kedai aksesori kereta berhadapan dengan Central Festival.

Sesiapa yang nak  nak tambah aksoseri kereta  terutama jenis 4X4 di sini tempatnya.
Ramai juga orang Malaysia yang datang ke sini membeli  semasa kami di sini. dari Penang, KL sanggup depa mai. Jurujual wanita di kedai ini boleh cakap melayu.
Senang kerja....















18 December 2014

Simple GA : Vietnam Shawl by Dr. Shikin

Mandi di sungai siputeh

Orang tua belajar , susahnya nak mengingat apa yang dibaca. Minggu depan dah periksa ...huhuhuh.
Tapi yang bestnya , satu semester dah habis. Tak payah pergi kuliah dua kali seminggu ke USM. Tak payah drive kereta naik jambatan Pulau Pinang. Sibuk oooo, tambahan bila waktu puncak.
Muda remaja dulu punyalah teruja dapat  naik Jambatan Pulau Pinang , siap berhenti di tengah-tengah ambil gambar . Bukan tengah jalan tapi  tengah jambatan yang ada tiang besar kiri kanan.

Meh sini nak updet blog. Buka blog hilang mengantuk tapi kalau buka buku ....mak aiii  tersenguk-senguk.

Hari ini punya cerita.

Hari ini sibuk melayan tetamu dari Singapura. Mereka ni dalam acara melawat Malaysia Utara , Taiping , Bukit Merah dan Pulau Pinang. Perkenalan di Ghuangzhou dengan suami saya bebarapa tahun dulu membawa mereka ke teratak kami. Bukan Vietnam saja ada utara -selatan tau ....hihihi

*Bertukar cerita dengan orang Singapura -Malaysia lah hari ini. Misalnya , sekarang kerajaan Singapura menggalakkan rakyatnya mempunyai anak ( tak macam dulu setakat 3 orang sahaja, yang ke 4 parents  kena bayar kepada kerajaan ). Sekarang terbalik, kerajaan bayar kepada ibu bapa yang mempunyai anak seawal anak dilahirkan sebanyak 6000 dollar secara berperingkat.

*Sungai dah tak ada di Singapura.

*Hanya ada satu kawasan yang masih dikekalkan kehijauannya. Lain-lain kawasan dah dikomersialkan. Tak ingat la pula tempat tu...

*Kebanyakkan tinggal di rumah pangsa.Harganya sekitar 300, 000 dollar walaupun rumah flat.

* Kebanyakkan rakyat Singapura bergerak dengan kenderaan awam. Jika mempunyai kereta itu merupakan satu keperluan yang terpaksa dibyar dengan nilai wang tinggi. Parking kereta di rumah sendiri pun kena bayar beb!

* Dah lama tak tengok kambing , lembu , kerbau secara live.

Maka selepas makan tengahari kami pun bawa mereka mandi di Sungai Siputeh . Air sejuk macam ais...di kelilingi bukit bukau . Pemandangan menarik sepanjang perjalanan ke sana  , ada sawah padi , lembu ,kambing boleh nampak di tepi jalan. Dapat tengok pokok pinang .
Suka sungguh dema nih !

Benda macam ni lah mereka nak lihat...tempat sendiri dah lama tak ada.Kita yang dok nampak hari-hari ada kesah ?


Malaysian + Singaporean



Yang basah balik duduk belakang kereta...hahahha


Sungai ...sejukkkk.


Budak kecik first time masuk sungai.


Dah mandi perut lapar  , makan laksa Penang pula.
Teh di kedai ini boleh bagi A++

Sebenarnya mereka ni asalnya orang Pontian , Johor. Bila Singapura keluar dari Tanah Melayu, ibu bapa mereka memilih kekal di Singapura. Saudara yang lain ada yang balik Pontian semula.


Semoga silatulrahim berkekalan antara satu bangsa dari dua negara.



** Kalau ke  Singapura dah ada orang tunggu < @@>
                                                                               ~~


13 December 2014

Hadyai Disember 2014

Trip singkat 2 hari satu malam ke Hadyai  adalah pengubat rindu nak jalan-jalan. Mak tak senang duduk dah ni ,,,,,,,,,,,lepas balik Bandung/ Jakarta   bulan Julai lepas tak ke mana lagi.

Mak pun susun agenda , semalam pun semalamlah . Kata bloggerkan?
Mana boleh tak ke mana-mana  lama-lama ....tak ada ceritalah  nak tulis blog...hahahaha.

Jadi , pagi Jumaat lepas berangkatlah kami masuk sempadan dengan 2 buah kereta. Kawan saya , Rapizah sekeluarga ( pernah ke Chiangmai tahun lepas, dan  Bandung+ Jakarta  2010).Sebelum tu singgah UUM dulu ambil anak dara saya Alia . 


Agenda  lain , nak letak spare part pada 4x4 pada kereta masing-masing. Kat Siam harga lebih  murah dari Malaysia dan  banyak pilihan katanya. 


Pasport dan insuran kereta.

Bersedia untuk keluar sempadan.
Sediakan pasport dan salinan geran kereta jika nak masuk menggunakan kereta sendiri.
Tak susah sebenarnya, cuma kena singgah beli insuran di Changloon dulu dengan bayaran RM 19.
Sepanjang jalan di Changloon  ada banyak kedai yang menjual insuran. Kami singgah di kedai berhampiran T Hotel dan dekat dengan Kedai 1 Malaysia .

Pintu masuk Bukit Kayu Hitam.
Laluan masuk ramainya manusia nak ke sana .

Bahagian imigresen Malaysia sangat mudah berurusan .
Hulur pasport ( 5 orang )dari dalam kereta sekali harung .
Tapi  di Imigresen siam...siaplah kena beratur  . Kalau ramai lamalah  menunggu
dan RM 1 kena sediakan juga selit dalam pasport. Kalau tak , di main-main buat lambat-lambat nak copkan pasport kita. Ada aku kesah? Boleh je tunggu....jangan galakkan rasuah .

Tips saya........... jangan selit dulu. Tunggu dia minta . Buat-buat bodo tak tau.
Kalau dia tak minta selamat RM. 
Kita kan pergi anak-beranak, 5 orang dah RM 5.
Masa nak balik  ke Malaysia lagi hebat  dia minta RM 2 pula....berani sungguh depa.


Candid dulu

Tunggu giliran di Sadoa Imigresen. 
Nasib la sapa yang kena singgit.
India yang depan  anak saya ,agaknya tak ada singgit kut ...dibaginya not RM 5.

Peserta termuda 

Bahagian kereta di sebelah sana yang ada lori kontena warna putih  .
Tapi driver kena beratur di line sini juga, 
lepas tu bawa insuran dan geran di pondok khas bahagian kereta sahaja.

Dah selamat cop ..

Pekan Danok.

Maka kami pun terus menuju ke Hadyai...

Gerbang macam ini pemandangan biasa.
Gambar raja dan permaisuri Thai di merata-rata.

Dan saya sangat respek semangat nasionalisme orang Thai ...
kali pertama saya ke Hadyai , saya terpegun bila berjalan di Pasar pagi,  tapi  bila berkumandang lagu NEGARAKU mereka semua orang berdiri tengak termasuk kereta, motor , bas , tuk-tuk dan segalanya di jalan raya pun berhenti. Kami yang tak paham bahasa  ni berjalan sambil klik-klik gambar diberi pandangan tajam oleh rakyat tempatan.


Cerita Hadyai Jun  2012  DI SINI.
dan  Disember 2013 Hadyai-Chiangmai  di sini.





10 December 2014

Chatting

Transcript

Pam: Hello,Sir/Madame, how may I assist you ?
Me: I need hotel with parking. The hotel location in town .Which hotel that i want to choose?
Me: hellow
Pam: hello
Pam: Location hotel please ?
Me: in town hadyai .....near the lee gardens
Pam: which period you looking for ?
Me: on Friday 12/12
Pam: Sorry our quota for period you require has fully booked
Pam: Every hotel that we have


Tengah dok  klik2  hotel untuk hujung minggu ini terjumpa laman web yang membolehkan kita bercatting untuk bertanyakan hotel di Thailand. Menarik.....dan semestinya free. Hari ini saya bercatting dengan Pam.

Takutnya .. dah penuh hotel pada tarikh yang kami akan ke sana.

Tapi tak tengok lagi Agoda @ Booking.com.
Minta-minta ada lagi kosong .

KLIK Di sini untuk bersembang free atau mendapat maklumat tentang percutian anda di Thailand.