25 December 2014

Hotel Kosit , Hadyai.

Waaa...tertukar dengan entry GA by Siti pula . Entah manalah hilang kisah Hotel Kosit yang asal.  SS saja yang sempat tinggal komen. Kendian-kedian  yang singgah sini  mesti heran tajuk lain , cerita lain....haih Kosit, Kosit.

Meh sini kena karang  sekali lagi.

Disebabkan tarikh kami ke sana jatuh hujung minggu maka , banyak hotel dah penuh. 
Cuba riki-riki kawasan nadi Hadyai area Lee Gardens  semua katanya  dah full.
Kenapa sebut kawasan Lee Gardens , sebab di situ ada banyak lagi hotel lain.

Ya.... senang orang tahu sebab Lee  Gardens ini hotel besar yang kena bom hari tu.
Memang happening kawasan ini  di waktu malam .
Bila tidur di hotel kawasan ini senang nak menapak ke Pasar malam Hadyai yang meriah gila tu. Silap hari bulan boleh berjumpa gajah  yang  ke pasar malam juga.... heheheh. Habis gajah tu masuk kedai dan restoren . Jadi sapa yang nak bergambar , nak belai-belai gajah kena bubuh 20,30 bath dalam mangkuk yang tuan gajah bawa.

Bila dah deal nak pergi 13 /12 maka kami bulatkan hati pergi juga walaupun hotel nak menginap tak tahu mana  lagi. Jadi saya cuba hubungi Mat Lee Tour yang suami pernah pergi ke Chiangmai firts time dulu. jadi dia yang bookkan hotel ini dengan harga yang tak sampai seratus....oklah kan . Tak susah hati bila  sampai hotel terus ambil kunci.

Ini bilik kami.
Kami tidur 5 beranak walau pun ada 2 katil single sahaja.
Bilik luas dan selesa. Duduk  5 orang pun ok lagi tak belaga punggung ... hahahah.

Air mineral Siam ni pelek sikit dalam botol kaca. 
Berat nak bawa balik kena cajlah.

Boss tengah skodeng ke luar hotel.
Masa ni baru sampai .

Bilik kami tingkat 2 betul-betul atas pintu masuk.
Kedai bercat kuning ialah kedai agen perlancongan .
Pagi-pagi dah stat berniaga.

Kedai makan halal , ikut kiri dari  kedudukan bas. Kedai Rohana Tomyam.
cerita ada DI SINI. Senang nak cari , kami jalan kaki saja tak sampai 5 minit dah nampak kedai.
Jadi tak susah  walau pun jauh di hujung Hadyai tapi ada tempat makan halal. Pada saya lebih banyak pilihan daripada Hamid dan Salma Restoren.

Macam Hamid , harga memang tinggi sebab jadi tumpuan pelancong terutama orang Malaysia.
Betul tak sapa pernah makan sini dan kena bayar kaw-kaw punya?


Tapi , makan angin ke Hadyai memang best bagi saya .
Selain dekat (kami berkereta ke sana), makanan sedap dan barangan masih murah walau pun ringgit kita jatuh berbanding baht.

Rasa nak repeat lagi la.....

Post a Comment