28 January 2015

POLIS


Wah, wah, wah! Ada lesen ?



Shauqi  & Iqbal

Tiba-tiba cita -cita  pun berubah bila dapat naik motor besar abang polis.



21 January 2015

Tahun 1 dah

Tahun ini , si bungsu dah 7 tahun . Pejam celik , pejam celik Shauqi dah masuk Tahun 1.
Kena abadikan gambar-gambar budak ini di blog mak dia.
Mesti!
Blog mak sebagai diary sepanjang zaman....gituuu.


Foto pada 19.1.2015
Baru sampai sekolah  , tempat parking kereta .



Tarikh  : 31.12.2014
Hari Transisi, tali leher  tak ada lagi.


Tarikh :19.1.2015
Lokasi dalam kelas 1 Teratai.


Tarikh : 19.1.2015
Dalam kereta nak ke kelas KAFA.
Senyum paksa.


Tarikh : 19.1.2015
Senyuman yang ini  ok sikit.

Sedar tak sedar lagi seminggu nak masuk bulan Februari.
Lap peluh...


19 January 2015

Manek Urai- Kuala Krai

Malam Sabtu lepas suami saya dan rombongannya  (guru-guru dari Maahad Al Ehya Asshariff , Gunung Semanggol) . Sekolah ini istimewanya ditadbir oleh tiga orang adik beradik dari Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran dan PK Hal Ehwal murid dalam satu sekolah. Bertuah ibu mengandung.

Bertolak ke Kelantan untuk Misi Bantuan Banjir  ke Manek Urai dan Kuala Krai.
Mereka berkonvoi dengan sebuah van, 4  buah 4x4 dan sebuah kereta.  Bermalam di Machang di rumah kenalan mereka.

Siangnya mereka bergotong royong memasak nasi arab di kampung yang terpilih (yang masih kurang bantuan) dan mengagihkan bantuan yang dibawa.

Ada dapar dan gas, pakaian lelaki dan kanak-kanak/ bayi , beg sekolah namun mereka masih mengharapkan tikar sebagai alas untuk duduk dan tidur.

Saya tak pergi nak sembang lebih-lebih tak tahu sangat. Jadi jom layan gambar sajalah.



Kereta bersalut lumpur . Boleh hidup ke lagi?





Mesin dan peti sejuk barukah?


Rumah batu lebih bernasib baik, masih kukuh binaannya.


Habis musnah



Rumah baru tinggal dalam khemah saja.



Sekolah  ...tapi saya tak tahu sekolah apa?





Rumah kayu tinggal tiang, ...


Habis runtuh dan rosak.


Tinggal tapak , yang tinggal hanya kenangan.

Musibah banjir , disebaliknya mungkin ada rahsia  yang kita tidak tahu .

Setiap kejadian menguji kesabaran  dan ketaqwaan kita terhadap penciptaNya.




17 January 2015

2nd Giveaway Sulaman Lace Heaven by Fuza



Klik untuk joint  Giveaway Sulaman Lace Heaven



Ucapan Hari Lahir untuk Fuza

Selamat menyambut ulang tahun kelahiran buat Fuza. Semoga tahun ini lebih membawa kebahagian dan suksess dalam semua bidang yang diceburi.
Mendapat  kehidupan yang baik di dunia dan di akhirat hendaknya.
Amin, amin, amin.



My Birthday Giveaway by Dr Shikin



Tag: Eilya Maisara


Hadiah menarik dan tak perlu tunggu lama-lama sebab nak tahu keputusannya....anytime akan ditutup bila-bila masa. Jadi cepat-cepat jangan lepaskan peluang sebelum terlambat.



















16 January 2015

Eeh ! Gold Coast.



Memang saya terperanjat sangat bila dapat FM Gold Coast dari blogger  DJ ni...
Tak sangka tapi sangat -sangat happy.

Apa-apa pun terima kasih  tak terhingga ke pada DJ atas ingatan beliau.
DJ baru  balik dari  Autralia dan New Zealand . Jika anda nak baca kembara beliau ke luar negara boleh terjah ke blog wanderlustdj.






10 January 2015

Hadyai - last part.

Cerita Hadyai lagi  , walaupun pergi semalam tapi cerita bermalam-malam...... eh .

Mari kita sambung....

Pagi-pagi pada hari kedua di Hadyai , kami bersiap awal . rugi berlama-lama di dalam  bilik hotel takut tak sempat nak cover satu Hadyai maklumlah tak lama bercuti di sini. 

Bersiap semua kami pun turun cari sarapan pagi. Sebelum tu , call bilik sebelah ( kawan saya )dulu siap ke belum? Rupa-rupanya  suami Pizah , Hamzah tak lena tidur sebab Hilux dia terpaksa parking di luar hotel. Parking hotel kecil sangat  tak muat untuk semua pelanggan..... terpaksa letak  di tepi jalan . Sanggup dia bangun tengah malam pergi turun check kereta dia. 

Ok....semua dah keluar bilik , kami pun menapak ke Restoren Rohana Tomyam sebelah kiri hotel . Dekat  saja , tak sampai 10 minit dah sampai .


Siap makan semua , kami dibawa oleh En Ramlee (egen travel) ke kedai -kedai aksesori kereta. Tak cukup semalam sambung lagi hari ni bapak-bapak driver kami tu.
Dah berkenan barang  di sini tapi tak ada stok  kena order  pula.
Jadi terpaksa dilupakan cari kedai lain.

Kedai pertama yang kami singgah.

Jadi untuk memuaskan hati kaum wanita dan pria, maka  kami minta dihantar ke Nora Plaza.
Pergilah kaum bapak-bapak mencari idaman hati.....eh kereta sajalah.

Dekat saja dari kedai pertama tadi, pusing-pusing dah sampai.
Turun saja kereta, kami diberi kad diskaun 20%. Peganglah kad tu, sehingga kita nak membayar baru serah pada cashier.

Nora Plaza. 
Dalam ni saya beli kasut dari kulit kambing.

Nasib baik kami di sini , hujan punyalah lebat. Memang tak boleh ke mana kalau kami tak ada tempat berlindung. Anak-anak dah start baca novel sebab ada disediakan kerusi untuk pelanggan duduk.
Berjam-jam kami di sini sambil menyopping dan menunggu bapak-bapak selesaikan kerja mereka.

Di Nora Plaza , terkenal dengan barangan kulit , kasut, tali pinggang, topi, dompet, batu permata , ubat-ubatan, cenderamata  dan sedikit kain baju dijual.

Dari Nora Plaza , kami ke Ice Dome.
Tapi malangnya Ice Dome in renovation, tak boleh masuk. Ice Dome ini best juga sejuk macam oversealah juga. Bayaran masuk 300 baht seorang dan diberi baju sejuk.

Masa mak pergi dulu , klik di sini  ICE DOME  .

Tak bestnya rasa... kesian pada anak-anak tak dapat merasa macam mana mak rasa dulu.
Tapi masa tu dah tengahari kami pun fikir kita makan sajalah di restoren di atas bukit dalam kawasan Ice Dome juga. Nanti takut tak jumpa restoren halal pula susah pula. 

Tengah pilih makanan.


Ain dan Nasi+ ayam percek.

Pizah dan anaknya.
Set ulam-ulaman akan diberi percuma penuh meja macam ni.
Kenyang perut suka hati.

Final toach, kami singgah di Central Festival mall yang besar di Hadyai.
Tapi barang memanglah mahal .Macam harga di Malaysia juga.jadi cuci mata sajalah.

Ain , Alia dan shauqi.

Motor besaq..

Selesai semua kami pun bertolak ke sempadan , hari pun dah petang.
Sampai di border dah maghrib .

Sebelum tu dalam perjalanan kami singgah solat Asar di masjid  ini. 
Saya sempat mandi , nasib baik mandi sampai  di rumah hampir jam 2.30 pagi!


Masjid ini sangatlah cantik, bilik air dan tandas bersih. banyak pula tu....
Ada juga disediakan wakaf , kerusi meja untuk berehat dan lanskap yang dijaga .
Terletak di sebelah kiri ke sempadan keluar.
Saya tak ambil nama pula ....kalau tak silap di Sadoa.

Sampai di Danok kami singgah beli beras  dan pulut susu dan sedikit jajan.
Kedainya ke dalam sikit dari jalan besar dan jurujualnya muslim.
Bestnya barang-barang nya murah, kacang tumbuk RM2 saja. Saiz yang sama di kedai Pak Ali Jeruk madu RM 4 . 
Jangan marah Pak Ali haaa...

But not me in frame ye...

Saya tak nampak toto di atas kepala tu sebab asyik memilih jajan murah.

Best, best, muroh, muroh...
Pek yang kecik-kecik tu semua RM2.

Sampai Danok harus cari pulut mangga .
memang tak menyesal beli pulut mangga makcik ni...terbaik.
Manis , lemak semua cukup. 
Menyesal beli satu tak cukup....
Harga RM6.

Dia jual pulut ayam juga.

Cukuplah di sini  , ke Hadyai 2 hari satu malam saja bercerita makan tahun.
Masa di border nilah suami saya  dan   Pizah kena pau RM4 dek imigresen  Thai tu. Suami saya tak ada duit Malaysia (habis beli besi Ford)
Nasib-nasib.
Namun semua menjadi memori manis semasa berjalan di tempat orang.

Jumpa lagi...


06 January 2015

Permainan Petanque

Dulu saya berjanji dengan Orkizuna  tentang permainan petanque, Ada juga orang sebut pay tong. Permainan ini seperti boling tetapi menggunakan bola besi yang berat. Setiap pemain mesti mempunyai 1 set petanque yang mempunyai 3 biji bola.

Set ni boleh dibeli dalam harga Rm 80 -RM100. Mula-mula nak cari bola ni sehingga ke Thailand . Rupa-rupanya ada di Padang Besar. Petanque di Siam dah berkembang maju rupanya.


Set Petanque


Boleh agak bola ini sebesar mana?
Berat ? Eh !..Shauqi pun boleh angkat.



Baling bola sehingga terkena bola yang satu lagi.


Permainan di kawasan berpasir ye..


Kena gosokkan bola dengan tuala supaya bola bergerak pantas dan tangkas........



Haaa.........macam ni.


Landasan baru di siapkan untuk latihan petanque di rumah sendiri.

Jangan tanya  saya lebih-lebih pasal petanque, sebab yang main petanque bukan saya tapi suami saya.Saya  buta undang-undang petanque. Setakat pegang bola boleh , nak over sorry....heheh.

Pagi bertanding di utara (di Bukit Mertajam ) malam bertolak  ke Melaka pula untuk  joint pertandingan. Gagah sungguh !! Tak dan rehat.

Selalunya kalau menang pun hadiahnya taklah hadiah besar-besar.
Setakat RM50 pun dah syukur.
Tapi hadiah kecil bukan ukuran bila hati dah berkenan.







04 January 2015

Hadiah GA NASA Keneddy Space Centre by Siti dah sampai



T-Shirt biru NASA dari blogger Siti.


Rezeki awal tahun baru...dapat hadiah baju-t dari Siti,
Terima kasih pada Siti  yang bermurah hati .
Alhamdullillah.




01 January 2015

Happy New Year 2015 & Floating Market Hadyai

Semua updet sambut tahun baru 2015...kite terlambat  atau buat-buat lambat.
Semoga tahun baru akan membawa seribu kebaikan dalam hidup kita . Berhijrah dari negatif  ke positif, dari tak berapa alim jadi lebih alim, dari susah kepada senang, dari buruk kepada cantik , dari leka  kepada beringat........mudah-mudahan. Amin.




Meh sambung cerita yang tak habis lagi ni....


Entry sebelum ini ,  HOTEL KOSIT

Kami bermalam di hotel Kosit. First time dengar ...errr  ...tak kisah asal boleh tumpang tidur. Menariknya , Hotel Kosit ini masuk-masuk dah nampak tanda kiblat depan pintu masuk walau nya pun sure hotel ini bukan orang muslim punya. Atau tanda betapa ramainya orang Islam  yang datang ke Siam ni.....

Tanda kiblat  terbentang . 
Tak ada lah tertanya-tanya nak solat arah mana?

Kami sampai di bilik dalam pukul 3.30 petang macam tu lebih kurang. Dalam kepala dok memikir nak ke mana lepas ni? Berjalan aci redah saja, Agenda utama  sebelum bertolak sebab nak  cari kedai aksesori kereta laju ja suami akak setuju .

 Kami memandu sendiri masuk ke Hadyai.
Berehat sekejap , bagi driver rilex-rilex (kang nak drive lagi) sebelum keluar semula lepas waktu  asar.  Memula pergi servey tempat kereta dulu yang depan Central Festival Mall. Kita boleh nampak bila mula-mula kita sampai ke Hadyai.

Ini kedainya.

Lokasi berhadapan dengan Central Festival.
Ada sky bridge  , senanglah mak-mak window shopping tak kala bapak2 di kedai kereta ini.

Hilux kawan saya  ni memang dah banyak aksesorinya tapi tambah lagi di sini sebab harga dan kualiti yang berbaloi-baloi katanya.

Dari sini kami terus ke Floating market, nun di hujung Hadyai. Dua anak saya di belakang tukang baca peta. Alhamdullillah sampai juga kami di situ.

View dari atas jambatan baru.
Kali pertama saya sampai jambatan ini tak ada lagi.
Jambatan asal kayu yang nak roboh terletak di hujung  sungai.
Kiranya jambatan batu ini menggantikan jambatan kayu yang lama.

Cikgu Sazali dan isteri  , terjumpa di Floating market.

Abang baju kuning tu wajahnya digunakan dalam peta pelancongan Thai.
Jual pais ikan. 

Tak sangka boleh terjumpa kawan suami (orang malaysia) di  Floating Market.
Kecilnya dunia....

Kami selamat melepasi border Danok dah  tengahari  tapi kami teruskan perjalanan sehingga terjumpa kedai makan halal dalam perjalanan ke Hadyai . Jangan pening cerita pusing terbalik.....
Sekali ,lepas kami masuk ada ramai rakyat Malaysia yang singgah sekali makan di situ.
Kami order nasi putih , sayur kangkung belacan , telur goteng dadar ,tomyam.
dan saya order nasi paprik..
Jadilah  buat lapik perut.

Nasi paprik 



Abang driver I...

Tom yam 


Tomyam ni membuatkan Shauqi makan nasi seperti banjir. Banjir dengan kuah tom yam.

Kota Hadyai

Terujanya saya bila dah masuk melepasi sempadan  ... .seperti biasa di Thai  raja mereka adalah segala-galanya.



Mampukah kita seperti mereka?