28 February 2015

Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2015









Ini adalah pengalaman pertama saya ke karnival Pendidikan Tinggi.
Sebenarnya , Karnival ini akan diadakan diseluruh negara mengikut tarikh-tarikh yang telah ditetapkan.

Oleh kerana ada anak yang akan sedang menunggu keputusan SPM tahun ini maka baik juga  pergi meninjau peluang-peluang yang  disediakan di sini.
Kami ke USM Kepala Batas  semalam (hari pertama) dan hari ini 1 Mac pun masih sempat lagi untuk singgah ke sana.

Antara Universiti yang ada UniKL.

Ramai sangat ....budak sekolah dan ibu bapa .

UniKL lagi ...mendapat maklumat.

Beg-beg dari universiti di berikan.
Banyaknya kakak tu dapat....kami dapat satu je.

Ada juga jika nak menerai jubah konvo  di booth  USM.

Syarat-syarat jika nak masuk akaun.

Selain itu ada juga PTPTN , bahagian tajaan , IPG, MARA ,  termasuk  universiti awam dan swasta yang lain. 


Keputusan  temuduga UTP tempohari  dah keluar  dan Ain berjaya. 
Cerita  UTP DI SINI.
Masih berbelah bahagi nak terima atau nak tolak. 
Nanti tunggu keputusan SPM ynag sebenar minggu  depan  3.3 2015.
Oh ...sukarnya membuat keputusan.






21 February 2015

Sehari ke UUM , Sintuk

Semalam bergerak ke UUM menghantar Alia anak yang sulung yang belajar di sini. Sekejap saja dah habis cuti dua bulan. Highway menghala selatan memang jem teruk sepanjang-panjang  jalan .
Ada pula kemalangan lagilah terbantut kereta bergerak  macam semut la jawapnya.

Ada yang balik kampung beraya , ada yang balik Hadyai juga....
Niat hati nak masuk Hadyai tak pun Danok terpaksa dilupakan.
Balik kepada objektif asal ....hantar anak masuk U jelah.
Padahal buku merah ada dalam beg tangan....sedih  misi  tak tercapai.


Jom layan gambar ajelah.

Pintu gerbang UUM( nampak dashboard saja yang lebih)

Menuju ke asrama.

Menghijau

Jalan utama ke asrama


Lagi...

Tahun ini berpindah blok , teman sebilik pun orang baru.
Perabut dalam bilik pun dapat baru.

Masih dalam proses , almari dibuang dari atas gedebom gedebam jatuh ke bawah.
Bantal tak bawa , mungkin tak  dapat lagi . Tapi tilam semua baru.
Jadi , lepas hantar barang keluar makan dan cari bantal.

Nak menuju ke Mall di Canglun , mak aiii tengok kereta pukul berapa nak sampai ni?
Kami patah balik  ikut jalan shortcut beli di kedai kampung bantal kekabu.

Eh! tiba-tiba nampak pula kedai jual nasi ayam RM2. Singgah pula makan di situ. 
Bukan nasi ayam  saja , bihun sup, bihun goreng , nasi goreng semua berharga RM2.

Nasi ayam (goreng) RM2 .
Tapi tak ada disediakan dengan sup dan kicap pedas .
Padanlah dengan harganya  yang penting kenyang juga.

Bersebelahan dengan kedai runcit (ada jual bantal kekabu yang dicari)
Nasib baik jumpa bantal kalau tak berbantalkan lenganlah Alia.

Limau bali...eh! limau siam.
Putih sebiji RM 10 dan merah RM 8.


Sepanjang jalan balik arah  ke selatan ada gerai jual limau besar-besar ini tapi semua bekalan dari Siam kata kakak penjual.Limau Malaysia tak musim lagi katanya.
Ada isi berwarna putih dan ada yang warna merah.
Sedap lagi yang putih lebih bersari dan harganya lebih mahal dari yang isi merah .

Kami bertolak keluar dari UUM hampir  7 petang. Jalan dah clear  berbanding masa awal datang tadi.
Kami pulang dengan sebiji buah limau sebagai buah tangan dari Kedah.






11 February 2015

Homestay Seri Iskandar

Sambungan  cerita dari  SINI.

Kami memilih bermalam di Seri Iskandar supaya tidak tergojoh-gojoh bertolak pada awal pagi ke UTP keesokkan hari.  Seawal 7.30 pagi Ain dah bermula sessi temuduganya. Walaupun dalam satu negeri (Perak) tapi 3 jam juga nak sampai ke sana dari rumah. 

Kali ini saya memilih untuk menginap di Homestay pula sebab kami pergi 4 beranak lebih selesa kalau berbanding menyewa  hotel dengan kadar sewa yang sama .Pihak UTP juga ada memberi nama-nama hotel dan homestay yang boleh disewa.

Bila digoogle-google saya memilih homestay yang satu  ini,  sebab tertarik dengan harga paling rendah RM120  semalam . Manakala yang lain-lain semua dalam RM150.
Apalagi terus telepon untuk booking.

Nasib baik masih kosong tapi katanya owner dia , RM120 yang saya tengok  masa google tu harga lama.Harga sekarang dah naik , rata-rata semua RM150 semalam. Tapi lokasi yang dekat dengan UTP dan malas dah nak mencari yang lain kira jadilah saya ambil homestay ini. 

Mudah berurusan tanpa bankin duit deposit sebagainya sampailah kami tiba ke sana . 
"Pakai aku percaya kat hang , hang percaya kat aku" kekdahnya. 

Dari rumah kami bertolak selepas  asar , sampai di Seri Iskandar dah malam. selepas singgah makan malam di Restoren ayam Kampung di bandar baru Seri Iskandar baru kami ke Homestay di Bandar Universiti.

Bestnya , tuan rumah bagi harga Rm130 sahaja.

Rumah selesa dan bersih  dengan semua kemudahan asas disediakan.

Kemudahan yang ada;

*Aircond(dalam 2 bilik)
*seterika dan board
*tv
*petisejuk
*mesin basuh
*dapur
*gula, teh, garam, sabun pun ada.
*pinggan mangkuk
*telekung pun disediakan(bagus)


Bilik utama +aircond

Ruang tamu

Bilik bujang+ kipas angin

Bilik Ain+aircond+seterika+almari

Dapur

Saya rasa puas hati dengan servis yang disediakan dan selesa menginap di sini.
Kalau anda ke  bandar Seri Iskandar bolehlah 
contact nombor di bawah :

  0125063684


*Sekadar berkongsi rasa.

09 February 2015

Universiti Teknologi Petronas (UTP) Seri Iskandar, Perak.



Hari ini  buat pertama kali , saya menjejakkan kaki di UTP di bandar Seri Iskandar menemankan anak kedua saya Ain  untuk temuduga (foundation)  kemasukkan bagi bulan Mac.
Universiti ini terkenal dengan pengkhususan dalam bidang Engeneering dan ICT. 

Saya terpegun dengan senibina Dewan Canselornya yang tersergam gah di situ.
Senibina moden dan tersangatlah besar saiznya. UTP juga dikenali dengan keunikan bangunan akademiknya  terutama  Dewan Canselor ini yang telah  mendapat  pengiktirafan dunia iaitu Anugerah Shah Jehan  seperti yang dianugerahkan kepada PETRONAS Twin Tower.  

UTP telah beroperasi bermula 1997 , sudah 17 tahun usianya.

 Sesi temuduga telah berlangsung selama 3 hari , bermula Sabtu dan berakhir pada hari ini(Isnin).
Dalam sehari , ada 2 sesi iaitu sesi pagi seawal 7.30 pagi-12 tengahari dan petang bermula jam 2 -6 petang.

Satu sesi lebih kurang 250 orang calon, jika sehari dalam 500 orang calon.
Jadi 500 calon X 3 hari lebih kurang 1500 calon.   Ramainya yang memohon  ke UTP.
Soalan sangat tought dan dalam Bahasa Inggeris.
Ain, ada rezeki adalah...

Jom tengok gambar lah...

 Dewan Canselor UTP

Ibu bapa yang menghantar dari seluruh negara.

Dah mula beratur panjang sampai ke pintu masuk dewan.
Kami sampai 7.30 pagi, dah ramai. Tak tahulah yang di depan tu sampai pukul  berapa?


Ibu bapa dan calon diminta mendengar taklimat  di dalam dewan.
Nasib baik Ain dah makan roti buat alas perut.
Kami semua , tak sempat sarapan lagi......tahan perut.

Kusyuk.
Bahagian atas, di penuhi anak-anak (calon-calon )yang akan ditemuduga.

Sesi mendengar taklimat .

UTP ialah universiti swasta maka bayaran untuk degree engeneering  lebih kurang RM78K.
Foundation selama setahun RM13K .

Namun  pelajar-pelajar yang ditawarkan ke sini boleh memohon biasiswa/ pinjaman daripada PETRONAS  dengan syarat - syarat yang tertentu.







02 February 2015

ABC



ABC idaman kalbu.

Dalam cuaca panas terik , sedapnya  menikmati ABC yang aisnya halus dimesin. Ada kacang merah dan jagung , campuran sirap dan gula merah serta lemak dengan curahan susu pekat. Gerai pula di tepi sungai, penat berendam boleh menjamu selera di sini. Harga sebegini cuma RM 1.50 saja.

Wah ...heaven!