26 April 2015

Beg Tangan Wanita

Hari ini baru saya tahu ,rupanya  ada lapan  jenis beg tangan wanita semuanya. Banyak benar...

Mengikut tulisan Johardy Ibrahim dalam Utusan Malaysia hari ini, beg tangan wanita terbahagi kepada flat, messenger, satchel, hobo, purse, tote, doctor dan evening.

Wanita ini banyak citarasanya  , beg bekerja lain, kalau nak  bawa makan angin beg  lain, nak shopping beg lain ...heehhehe
Kalau bercuti saya selesa dengan sling beg saja. Senang galas  ... rilex sikit nak berjalan. Tangan boleh pegang kamera, ye dak?


Mari kita  lihat jenis beg-beg wanita ini.


Hasil carian imej untuk tote bag
Tote beg

Jenis ini semua di bawa membeli belah atau bagi ibu-ibu boleh isi semua barang anak-anak.
Botol susu, lampin, tuala kecil . 


Evening beg

Sesuai untuk makan malam dan digayakan untuk majlis rasmi.




Macam-macam........hobo, satchel, messenger, tote .

Hasil carian imej untuk purse gucci murah
Dulu saya ingat  purse hanya yang  macam ini.
Tapi .....sebenarnya banyak  lagi .

Iaitu beg tangan yang selalu kita bawa.

Sebab tu wanita rambang mata memilih beg tangan . 
Beg tangan wanita direka mengikut situasi dan keperluan.
Pilih yang mana sesuai dengan citarasa.
Yang penting duit mau ada...












19 April 2015

1 REJAB datang lagi.

Kongsi-kongsikan semoga pahala kita berpanjangan.




Rejab tahun ini jatuh pada 20 April, esoknya.

Antara , amalan yang dituntut ialah berpuasa sunat Rejab.



Selamat Beramal!






12 April 2015

Stokin mahal

Vken

Jumpa stokin bawah meja , tapi sebelah saja.
Cikgu tanya , sapa punya  ....sorang pun tak mau mengaku.
Stokin mahal ini, stokin berubat.

Mentang-mentanglah stokin tu warna hitam ada yang ambil buat stokin sekolah.
Last-last tinggal sebelah .
Mesti mak budak-budak ni cari mana hilang stokin sebelah lagi.




06 April 2015

Tangki air wiper dah kering



Imej dari google

Pagi tadi, tiba-tiba masa wiperkan cermin kereta ...air keluar sikit  sangat.
Dup dalam hati ....eh kering ke airnya. selalu banyak saja bila push keluar banyak air buat sapu cermin.

Hati berdebar-debar , dah la petang ni nak ke USM ada kuliah...

Sampai di sekolah , bercerita dengan kawan sebelah meja.  Dia kata , kering dah tu....kalau lambat sikit boleh "jem" kereta.

Punyalah  tak tahu....saya ingat tangki sama dengan tangki air cabaretor ( betul ke ejaan?) .

Lepas tu terus turun ke parking isi air ..... memang kosong licin tak ada air setitk pun.
Mana tak kering sejak beli 2010 dulu tak pernah isi air pun..

Tabung air untuk wiper ada di sebelah kiri kita (kalau kita mengadap ke  kereta), serta ada  lambang
air terpancut di penutupnya. Manakala untuk caberator pula dekat bateri kareta.

Kurangnya ilmu saya ....huhuhu

Nasib baik tak jadi apa-apa lagi.






04 April 2015