23 December 2015

Simpli Kedai Kak Pah di Mydin Parit Buntar

Ini kedai sandal  Simpli sahabat saya , Sharipah yang beroperasi di Mydin Parit Buntar. 
Bumiputera berniaga kita sokong seratus peratus.
Harga dijual  di antara RM 12.90- RM 29.90 rasanya semua mampu beli.
 Harga  mampu milik .

Ceria ...berwarna warni .
Design pun menarik dan moden.
Yang penting selesa di kaki.


Senang nak cari sandal nak buat pakai hari -  hari nak ke pantai atau nak bercuti ke pulau-pulau .
Ke Krabi ke , batu Feringgi , Redang , Perhentian  atau Pulau Pangkor  boleh saja.
Nak bawa naik kapal terbang pun tak segan.

 Nak bercuti ke pulau-pulau ni , tak payahlah nak bawa banyak kasut.  Leceh pula banyak nak angkut. Selipar tulah yang pakai dari sampai hingga nak balik kan? 
Betui dak?

Lagu ni  pun ada ...

Lagu ni pun ada juga ...  warna menarik .
Anak-anak nak masuk asrama sesuai juga.
Mesti depa suka .

Fesyen ni ok juga...boleh pakai ke pekan  makan roti canai. 
Atau window shopping pun ok pa..

Belang -belang ... and for ladies  too ( tumit tinggi)

 For ladies too... pilih, pilih.




Simpli adalah  one stop centre  untuk sandal  terletak di Mydin Parit Buntar .
Jika  anda ke Mydin singgah lah ke  kedai Kak Pah menjamu mata .
Untuk anda yang  ingin bergaya   santai   tapi  selesa .
Paling  penting harga pun tidak membebankan . 
Kalau anda singgah katakan anda tahu dari blog Cempaka Biru.

Jom  singgah ...Simpli Kak Pah


Post a Comment