28 December 2016

Dari Arab Saudi terus ke Krabi

Assalamualaikum

Wah....hujung-hujung tahun ni sekali harung dua tempat sekali dalam sebulan. Mentang-mentang lah cuti sekolahkan? Awal tahun dulu duk diam-diam tak ke mana pun. 

Balik Dari Arab Saudi, berehat 2,3 hari kami ke Krabi pula. Kali ni bawa anak yang kena tinggal masa umrah dulu ,....Izzat dan Shauqi.

 Kami pergi jalan darat  melalui pintu masuk Wang Kelian- Satun - Trang -Krabi. Rombongan berkereta ini dengan 3 lagi keluarga .Sorang dah pernah pergi bersama hujung tahun lepas . 2 keluarga lagi merupakan kali pertama masuk Siam ikut jalan darat berkereta .

Big boss dah siap google jalan pintas ke sana.
Kami bergerak awal dari homestay di Perlis .

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Mercu tanda.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Buah berangan sekilo 200 baht . Kalau dalam ringgit Malaysia sama dengan RM 26 sekilo.
senang nak makan sebab dah diketuk kulitnya. Tinggal nak kopek je masuk mulut.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Walaupun jauh di Krabi, nasi kerabu juga pilihan hati.
Ini sarapan pagi di sana.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Restoren Mariam....dia tak faham minta teh ais dibagi teh o ais.
Bila tambah susu ....ceroi dan terlebih manis la pulak.
Tapi di kedai-kedai lain memang sedap rasa tehnya. 
 Harga 
20 bath segelas  wajib.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Island hopping.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Shauqi dengan topi koboinya.

Lepas sarapan tengok-tengok di kedai sebelah...
Di belakang tu , dok tengok benih pokok nak bawa balik Malaysia.


Tahun 2010 dulu tukaran sama ...ringgit diterima oleh pekedai semasa jual beli sekarang tak ada lah...



Bila masuk negara jiran , tak best bila ringgit kita jatuh teruk. Tukaran yang kami buat masa ni RM100 = 780 baht. Sama juga ke Arab Saudi, Riyal lagi tinggi dari RM.

Tapi peniaga di sana suka sangat kalau tahu kita dari Malaysia, sebab org Malaysia kaki shopping.
Betul tak? Fakta atau auta?

Di tarik kita masuk ke kedainya. Murah, murah katanya. 
Dan sebahagian dari mereka tahu berbahasa Melayu.

Setiap kali balik  dari masjid mesti singgah membeli di kedai sebelum balik ke hotel. Kalau tak membeli pun jamu mata . Esok-esok boleh singgah beli pula.
Terapi jiwa sungguh.






27 December 2016

UMRAH 2016

Assalamualaikum.

Lama tidak menulis menjadikan otak kering idea......huhuhu. Bagaimana nak bermula, payah sekali .

Jauhkanlah dari rasa riak dan takbur untuk aku menulis kembara umrah  ini.

Mari kita mulakan .... awal Disember , 6 -16 Disember kami 3 beranak menjadi tetamu Allah di Mekah dan Madinah. Sebelum berangkat ada juga dugaan  yang datang.  Emak  terkena minor strok anggota sebelah kiri tangan dan kaki. Tapi boleh berjalan cuma terasa berat .Emak , kami bawa berurut dan fisioterapi .


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Wafi, abah dan emaknya.

Kami berdua suami isteri sudah  berkira-kira siapa yang akan tinggal untuk jaga anak-anak dan mak.
Namun rezeki Allah , emak beransur pulih dan ada adik dan emak saudara yang akan membantu di rumah kami sepanjang kami tiada. 

Saya percaya kata-kata kalau dah sampai seru...kita akan menjadi tetamu Allah jua.
Pada mulanya , suami mengoffer anak ketiga , si  abang pada anak  yang kami bawa. ini  Tapi si abang tak nak pergi. Jadi tawaran dapat ke adik  yang menunjukkan keterujaan
nya untuk ke Tanah Suci. Dipendekkan cerita dapatlah adik ikut kami berdua.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Kaabah di Masjidil Haram

Ini ada lagi satu cerita .....sebenarnya umrah kali ini turut disertai oleh abang dan adik sebelah suami saya. Kami tak berjanji pun nak pergi pada bulan yang sama, Tup-tup masa raya puasa hari tu baru  tahu bila masing-masing berkumpul di kampung. Walau pun  masing-masing pergi dengan pakej yang berbeza tapi tarikh tak lari jauh.


Dalam hati masing-masing berdoa dapatlah bertemu 3 beradik di sana.
Tapi hari demi hari berlalu begitu sahaja. Tak nampak rezeki nak terserempak.  Malam terakhir sebelum Abang Lan di Mekah sebelum bertolak ke Madinah berjumpa juga akhirnya. Tapi dengan si adik , Liza tak jumpa sampailah  balik ke Malaysia.



Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Abang dan adik bertemu jua di hadapan Kaabah.



Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Masa ini, sesudah Isyak di pintu 93.
Rezeki berjumpa di Masjidil Haram sukar nak ditafsirkan dengan kata-kata.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Ini pun rezeki juga....diajak naik kereta golf (yang  selalu orang guna di hotel-hotel ) selepas balik dari Masjidil Haram.  Saya tak tahu nak sebut apa kereta jenis ini...hehhee.
Kalau nak menapak jauh juga nak sampai hotel.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Bersama kawan sekolah ...saya , Pizah dan Ana di Masjid Terapung Jeddah.

Ini umrah kedua bagi saya dan umrah ini sangat istimewa.
Selain dapat bawa anak walaupun sorang, saya juga kembara umrah bersama tiga sahabat dari zaman sekolah menengah lagi. seorang lagi Azimah tiada dalam gambar. Secara kebetulan juga datang dengan pakej yang sama. Wah...manisnya kenangan umrah kali ini.


Wassalam....nanti kita sambung lagi.







19 December 2016

Terima kasih SS dan JM


4 in 1
(copstiks, FM, keychain dan bag shopping)

Apa lagi yang perlu diucapkan ...hanya ucapan terima kasih atas ingatan
 dari adik manis  SS & JM berdua.

Semoga murah rezeki kalian berdua, diberi Allah panjangkan langkah melihat dunia ciptaanNya.
Hadiah istimewa atas persahabatan di alam maya.
 Agar perkenalan ini  ia terus kekal selamanya.

Insya allah.






23 November 2016

Giveaway Kek Lapis Sarawak by Ain Syahirah




Apa yang perlu dilakukan :

1. Buat Post Giveaway ini dengan bertajuk Giveaway Kek Lapis Sarawak by Ain Syahirah
2. Letak banner dan link ke post ini.
3. Tinggalkan komen dan ikut syarat-syarat.


Tempoh Giveway : 20 November 2016- 1 Januari 2017. ( Satu bulan lebih )
Keputusan : 2 Januari 2017
Hadiah akan dipos : 15 Januari 2017

SELAMAT MENCUBA  DAN SEMOGA BERJAYA !!


07 November 2016

Shanghai Fridge Magnet Giveaway By Jari Manis & Scdha Sein Travel





Siapa tak teringin FM besar , cantik dan berkilat-kilat ni.
Jadi , apa tunggu lagi? Mai kita joint GA anak dara dua orang ni SS dan JM. 
Siapa  tahu kalau dah rezeki kita tu  dapatlah barang seketul dua. 
Kan.......?

Semua syarat ada  di sana . 
Jom baca.

Tag : Nazaisma





06 November 2016

Bilik Tamu Pusat Islam , USM


Assalamualaikum

Saya nak kongsi tentang penginapan semasa majlis konvo USM saya  baru-baru ini.
Saya dan keluarga menginap di bilik tamu Pusat Islam. Memang rezeki saya lah , sebab Bilik Tamu tak lah banyak biliknya , ada 5,6 bilik saja. Sedangkan yang ingin menyewa ramai.

Saya mengambil 2 bilik bersebelahan  .  Semalam hanya RM 70 untuk satu bilik , memang berbaloilah kan....

Bilik disediakan penghawa dingin , katil bujang tapi 2 piece. Boleh tarik dibahagian bawah dan dinaikkan sama tinggi dengan katil bahgian atas tu.

Bilik air di dalam   dengan pemanas air lengkap.
Kain telekung dan sejadah juga disediakan.



Pintu masuk ke bilik Tetamu  Pusat Islam, USM.
Di dalam ini ada 5 bilik lagi.
Bilik kami nombor 4 dan 5  dekat sangat dengan pintu utama ini.

Jati

Almari , kettle  dan  peti sejuk comel.


Katil 2 in 1

Bilik air .
Bilik air  yang ni kecil sikit berbanding yang satu lagi.

Lokasi berdepan dengan tangga masjid USM memudahkan penyewa bersolat di masjid. Gembira mak dan mak mertua setiap kali masuk waktu  dapat berjemaahlah .
Bonus buat penyewa . Senang sungguh.

Yang lucunya masa azan Subuh berbunyi, cepat-cepat bangun 
nak berjemaah . tak sempat tengok jam dah.

Tapi bila sampai tak ada lagi orang  kecuali 3,4 orang
 yang baru sampai 
(nak konvo)  berehat di lobi masjid.

Nak patah balik malu pulak rasa...masa tu  baru 5.15 pagi. 
Tak masuk lagi waktu , cuma azan pertama nak gerak orang bangun kut . Macam azan di Mekah dan Madinah yang dibuat 2 kali. 
Jadi masa menunggu tu buatlah apa yang patut....


No Tel:

04-653 3910/04-653 3753

03 November 2016

USM PreKonvo ke 54

Sarjana Pendidikan, USM
Raptai
23hb Oktober 2016



Hitam putih pun ku pandang cantik...hiks.


Konvokesyen ke 54











Semester 1 - 4 bersama ke akhirnya.




Posing lagi


Sebelum raptai bermula , harus sekali ketik.




Mak-mak berposing


Antara rakan sekelas yang dapat bergambar bersama.


Ini bukan gambar di hari konvo tapi hari raptai sehari sebelum berlangsungnya majlis gilang gemilang untuk yang menamatnya pengajian.

Bergambar sakan  laa...


Syok ke Konvo?
Bagi yang melaluinya tentu hari itu amat bermakna dan akan dikenang sepanjang hayat.
Apatah lagi mendapat teman sekuliah yang baik dan berkongsi masalah bersama.

Sesungguhnya ini adalah pengalaman kedua menaiki pentas  menerima ijazah selepas   ijazah  pertama dahulu .
 Suasana berbeza , tempat berbeza di universiti yang berbeza dan kawan baru yang berbeza.
Manisnya pengalaman itu!

Ini motivasi untuk  anak-anak juga , ibu dan ayah selangkah kehadapan. semoga anak-anak kami juga berjaya dalam pelajaran , berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.
Aminn.

Impian untuk memegang ijazah Sarjana Pendidikan akhir tercapai jua...syukur Alhamdullillah.

Hari pertama ke kelas ditemani oleh emak tersayang .
Maklumlah kelas kami bermula pukul 5 -7 dan 8 -10 malam.  Bila nak balik malam sorang-sorang risau pulak dia. Semester pertama begitulah selalunya berteman dengan mak, kadang-kadang  anak-anak pun ikut sekali. Mereka menunggu di masjid USM sementara kelas nak habis.

Bila semester 2, 3 dan seterusnya dah jumpa kawan yang sehala baru mak lepaskan pergi sendiri.
Dan kadang-kadang ditemani oleh suami pula.





Teman sekereta berulang ke USM .


















Thanks Tana..banyak gambar di ambil dari kameranya.








Hadapan Perpustakaan Hamzah Sendut

Taraaa.....





Entry kenangan ..
Oleh kerana semua gambar hanya disimpan di sini, haruslah berkeping-keping.




02 November 2016

Hotel Houseton Kuala Kangsar

Sesiapa yang datang ke Kuala Kangsar bolehlah singgah menginap di Hotel Houseton di sini.
Kebetulan masa kami balik dah malam  dari Seri Iskandar menghantar anak  balik ke sana, terasa penat pula tukang driver.

Hotel baru, dengan sewa  bawah seratus ( RM75 je) dapatlah berehat dan  kumpul tenaga semula. Apa lagi yang ditunggu , masuk bilik , bersihkan badan .....dan tidur.
Sederet dengan restoren Uncle Jimboy( maaf kalau tersilap eja) .

Malam sampai , memang penuh dengan pelanggan di Restoren Jimboy tu.
Tak sempat nak skodeng  apa lah yang menarik di situ.



Bilik tidur.



Bilik air ....air laju,  best.




Tandas


Air laju ooo





Menariknya setiap dinding dihiasi dengan lukisan -lukisan begini.




Rotan sebagai hiasan



Lagi


Lagii


Hiasan di tingkat 1 


Lukisan lagi


Dari tingkap bilik kami pukul 7 pagi


No sunrise  pagi ni  sebab hujan.


Selepas bersiap , kami keluar cari sarapan sebelum bertolak balik ke rumah.
 Selepas makan roti canai di KK , kami pun tak singgah mana terus memandu pulang.

Alamat

Persiaran Lavender , Taman Lavender 17, Jalan Taiping , 33000 Kuala Kangsar.
05-7702100