Lokasi : Waterfont
Sederet dengan Hotel Waterfront Boutique
Lobby
Senja
Kawasan jogging depan hotel.
(Sumber gambar di atas : FB Bayfront Hotel PD)
Bilik keluarga 1 katil single dan 1 twin katil
Bilik luas dan selesa.
Buka pintu , terus mata memandang ke laut lepas.
Damainya hati ...
Ada kapal berlabuh nun di sana.
Anak mak..Ain dan Shauqi
Hotel baru dibuka , memang beruntung la dapat menginap semalam dua .
Memang best , bilik baru , semua baru.
Ada disediakan kopi, gula , dan kettle tapi tiada freeze dan almari baju.
Bilik air luas, walaupun tak ada bathtab untuk berendam
tapi
shower dia mak aii ....besar muka orang.
Ada disediakan satu besar satu kecil dan ada juga pili air dalam bilik air ...sesuai untuk nak ambil air sembahyang.
Berdiri di balkoni boleh layan perasaan sambil tengok aktiviti orang di bawah .
Dua buah kerusi taman di balkoni untuk duduk -duduk bersantai.
Petang dan pagi ada saja orang berjogging dan ambil angin di laluan pejalan kaki.
Ada juga keluarga yang berkelah .
Bilik keluarga ni berharga RM220 semalam...tapi diberi potongan
dapatlah RM 198 ...katanya less 10 %. Namun harga bermula dari RM 170 untuk standard room.
Hotel ini terletak di bangunan kedai, jadi mudah untuk mendapatkan makanan, dekat dengan Maybank, 7E , restoren dan mall.