Assalamualaikum
Satu-satunya kad raya yang diterima pada Syawal tahun ini.
Ingatan dari Mazu blogger yang suka berjalan makan angin tu .
Respect pada Mazu yang masih rajin menghantar kad melalui pos.
Mana ada orang buat dah kan?
Jarang-jarang , tapi touching la terima kada raya by pos ni.
Sekarang ni , kebanyakkan ucapan semua melalui alam maya.
Teringat masa muda remaja dulu, bila time nak raya rajin pos kepada PM, Sultan dan pembesar-pembesar negara zaman tu. Ini idea cikgu sejarah kami . Sukanya bila kad raya dibalas....
Selalunya VVIP ini letak gambar keluarga utk kad raya masing-masing. Seronoklah boleh kenal putera-puteri raja. Pernah juga dapat balasan dari Sultan Perak salah satu kad raya yang diterima .
Walau pun lambat balasan diterima tapi setiap kad mesti dibalas juga.
Satu kelas masa tu, asyik menunggu balasan kad raya yang dihantar.
Punyalah lama nak up entry ini...samapai nak masuk raya haji pula .
Maaf Mazu, sekarang ni nak menulis diblog dah suam-suam kuku.
Terima kasih Mazu atas kiriman kad raya tempohari. Semoga silatulrahim berkekalan hendaknya.
Selamat menyambut 10 Zulhijjah.