12 December 2017

Scone Mudah Sukatan Cawan



Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Scone + sapu dengan blueberry


Sudah lama teringin nak makan scone. Bahan tak banyak , hanya yang ada di dapur sahaja.
Maka malam ni , mula menscone  sorang-sorang.
Sekejap je ...nasib baik jadi. Makan panas-panas sapu dengan jem blueberry .
Alahai sedapnya.


Bahan-Bahan;

 2 Cawan Tepung Naik Sendiri ( saya guna tepung gandum + 2 sk baking powder)
 1/2 Sudu Teh Baking Powder
 2 Sudu Besar Gula Kastor
 2 sudu besar  Potong Butter Sejuk
1/2 Cawan Kismis Hitam ( tak letak)
 1 Cawan Susu Cair
 Sedikit Garam
1  buji telur ( guna separuh sahaja) Separuh lagi  untuk sapu pada permukaan  scone.

Cara-Cara;

1. Tepung , gula , garam satukan  sehingga jadi serbuk roti.
Potong kiub butter yg baru keluar dari fridge, ketepikan.
2. Campurkan semua bahan kering kecuali kismis, gaul sebati.
3. Kemudian masukkan kiub butter dan ramas sehingga sekata.
4.  Buat lubang ditengah tepung dan masukkan susu dan satukan sehingga jadi doh lembut.
5. Masukkan kismis dan gaul lagi sehingga sekata.
6. Bulat-bulatkan / tekap dengan acuan bulat
7. Bakar pada suhu 180 selama 20 minit.

No comments:

Post a Comment