20 December 2015

KRABI-PHUKET-HADYAI MELALUI JALAN DARAT



 Ke Thailand lagi le kita ...
5 hari 4 malam .
Kali ini trip ke tiga dengan berkereta   dan berjaya  memandu  sehingga  ke Phuket bersama keluarga.
Trip sebelum ini hanya ke Hadyai walaupun berangan nak terjah sehingga ke Krabi.



Jun lepas KLIK  DI SINI terjah Hadyai

Amboi, amboi  setiap 6 bulan masuk Siam.....entah lah agaknya  sekarang tak terbang maka ke situlah pilihan sesuai untuk makan angin mengikut jalan darat. 
Selain berkereta kami juga pernah masuk dengan bas ke Hadyai untuk terbang ke Chiangmai pada tahun 2013.

Dari Hadyai ke Chiangmai juga 
dan 
 Lawatan Penanda aras warga Pendidik ke Hadyai 2013 (tak dapat cari pautan)

Kali ini kami masuk melalui Padang Besar  dan tidak melalui Bukit Kayu Hitam seperti selalu.
Tapi urusan imigresen sangat-sangat mudah tak sampai 30 minit dah 
selesai sebab orang tak ramai di sini. 

Menuju Padang Besar dari Changloon.
Kiri kanan pemandangan melaut dengan tanaman tebu.

Ada juga kawasan kosong yang tidak diusahakan .

Pondok kawalan polis di tengah perjalanan ke Padang Besar.


Tunggu giliran nak cop paspost.

Jangan lupa buat insuran kereta ke Siam.
Kami singgah di Changloon , di sini berderet kedai yang boleh buat insuran.
Kedai makan , kedai runcit semua boleh......kami juga tukar duit di kedai yang sama buat insuran .
Sedih bila tukar  duit Malaysia dapat sikit..huhuhu.

Jika membawa kenderaan  perlu diingat :
 Bawa geran kereta (salinan pun tak apa)
 Pastikan kereta atas nama  sendiri atau jika kereta pinjam/ sewa  pastikan 
ada surat kebenaran dari pemilik asal.
Beli insuran kereta di pekan Changloon sebelum masuk ke sempadan Thailand.
Murah saja  RM 14.

Bila semua dah ada , anda boleh memandu dengan senang hati .



Ini borang insuran kereta yang dah siap.
Tinggal nak hulur ke Imigeres Thai saja.

Dah masuk Padang Besar , Thailand.
Padang Besar Malaysia sebelum border.
Sebelah je...







Dari hadyai terus ke Krabi.
Lihatlah jalanraya Thailand ....luas , lurus , tiada tol tapi minyak mahal.



Kami berkonvoi  seramai 4 keluarga. 11 orang anak dan seorang ibu kepada  seorang ahli rombongan kami.



Hotel Green House , Krabi.

Kami bermalam di sini setelah sampai pada malam pertama di Thai.
Terletak dengan pasar pagi , sempat la singgah sekejap di  situ.

Terletak di jalan Maharaj.

Lobby

Komputer dan boleh berinternet




Mesti bawa sorang satu.


Tengok jangan kata apa-apa...

Murid sekolah menunggu bas.
Dah petang sangat ni , bagi murid sekolah rendah. Di sana bukan musim cuti sekolah  seperti di Malaysia,
Saya perhatikan murid-murid ini  bersekolah hingga ke petang. Guru-guru juga masih berpakaian formal sepanjang hari. Bangunan sekolah yang besar-besar , juga padang yang luas pula berada di hadapan sekolah bukan  di belakang macam sesetengah sekolah kita di Malaysia.




Banana  Pan Cake di Krabi

Kami dah kena ketuk malam pertama di  sini.
Minum teh dan kopi  (untuk 6 orang) serta 5 keping banana pan cake ini 300 baht.
Cawan teh separuh saiz cawan di Malaysia ...cenonit je macam cawan nak minum air zam zam.

sambil minum dia buat  show kat kami pula sambil  diiringi lagu.
Macam pertandingan teh tarik F&N dulu- dulu .

Ternganga budak Shauqi ni..tengok teh tarik .

Teh merah dalam cawan comel.

Kopi kaw  punya ...pun dalam gelas comel



Kereta sorang dari kami rosak pula esoknya sebelum kami bertolak ke Phuket.
Datanglah pomen tapi katanya kena tunggu dari spare part dari Bangkok. Kalau ada boleh siap seminggu , kalau barang tak ada sebulan atau lebih....hew,hew.
Dugaan betul bila sedang makan angin kereta rosak  . 
Rosak pula nun di negara asing.
Tapi sabar.. Allah nak uji kita tu.

Bincang punya bincang kami akan terus ke Phuket juga dan kereta akan kami selesaikan apabila balik dari Phuket nanti.

Nasib baik  ramai, bolehlah tumpang kereta ahli rombongan yang lain. 
Walaupun bertolak lewat   pada pagi itu tapi misi diteruskan juga ke Phuket.


Pekerja hotel (baju merah) boleh kecek Kelantan. Senang banyak lah. 
Dia orang Naratiwat. Dia yang banyak menolong bila kereta rosak ni. Tolong call mekanik semua dan jadi jurubahasa .



Nanti kita sambung lagi.



**Sedihnya saya tertinggal baju tidur di hotel ini. dah la bawa  sehelai saja.




Post a Comment